Terasa amat rugi
Kerana aku baru hendak bermula
Mereka yang lain sudah pecut berlari
Aku masih dalam fasa untuk belajar merangkak
Terlalu banyak yang aku tak tahu
Menangis dalam hati..
Tiba-tiba ada rasa hendak berputus asa meninggalkan medan penulisan...
=(
=(
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Wednesday, 30 November 2011
Terlantar kaku...!
Aku hanya bangun untuk solat dan menjamah makan
Namun serasa makanan itu ingin diluahkan kembali.
Kepala teramat berat
Badan lemah umpama hilang segalanya.
Lama aku berfikir kenapa keadaan hari ini..
Masa hanya dihabiskan dengan tidur.
Demamku menjadi-jadi kukira..
Tuhan....kuatkan aku hari demi hari
Walau sedikit cuma
Aku redha.
Terima kasih atas sedikit tenaga ini
Walau sedikit aku bersyukur...

Tuesday, 29 November 2011
Bersilih ganti..
Aku semakin tidak mengerti.
Di sana lain, di sini lain
Moga kesannya ada nanti
dan moga kelegaan itu ada kelak..
Aku semakin penat untuk menerima apa-apa jua bentuk ubat.
Aku meletakkan sepenuhnya penyembuhan ini padaMu Ya Allah
Kerana Engkau yang menyembuhkan dan mendatangkan sesuatu penyakit
Amin

Apa Saya Sedang Buat??
| MASTER BAHASA MELAYU (TANPA TESIS) |
| PROGRAM MASTER TANPA TESIS Program: Master Bahasa Melayu Pengenalan Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali yang relevan dalam bidang bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang bahasa Melayu. Syarat Kemasukan
Semester Pertama dan Kedua. Keperluan Program a. Keperluan Kredit Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:
Senarai Kursus i. Kursus Wajib (21 kredit)
ii. Kursus Elektif (12 kredit)
iii. Kursus Persediaan (10 kredit)
Sinopsis Kursus b. Keperluan Lain i. Projek Penyelidikan
Yuran Pengajian
Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000 bagi setiap semester. Maklumat Lanjut Sila hubungi: Seksyen Siswazah dan Pengantarabangsaan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Malaysia Tel: 603-89468702 Email: usp@fbmk.upm.edu.my atau Penyelaras Program Siswazah Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Malaysia u.p : Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Tel: 603-89468746 Email: amusanif@fbmk.upm.edu.my | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Monday, 18 April 2011 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Diambil daripada sini:http://www.fbmk.upm.edu.my/siswazah/v3/content/view/13/32/lang,eng/
Masih terlalu awalkan untuk memikirkan semua ini? Entah panjang atau tidak umurku untuk menggenggam Master?
Erti Sebuah Pengalaman
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Nah, tidak semena-mena ilham menulis datang. Benar kataku. Idea datang pada penulis tidak sama.Siapa sangka kala waktu hujan lebat diselang-seli dengan guruh serta kilat. Kala aku sedang bertarung dengan sakitku yang tidak pernah surut-surut selepas pulang dari Ipoh Ahad lalu. Seksa juga kukira.
Aku tinggalkan banyak perkara. Terlalu banyak dan terlalu lama pula.Pembacaanku banyak yang terhenti. Masih banyak buku-buku yang tersusun rapi belum kusentuh. Dek persediaan untuk Malam Gala Nostalgia. Kemudian bertembung pula dengan minggu peperiksaan (Ah, derita aku memikirkan perihal peperiksaan) dan usai itu Pertandingan Forum menanti.
Kurang tidur yang nyenyak, kurang juga rehatnya. Hendak tidur pun masih sempat berfikir masalah. Bangun pula menyambung kembali berfikir. Telefon apatah lagi. Tidak berhenti berdering. Serasa mahu sahaja kucampak jauh.
Namun, siapa sangka, disebalik kesibukan aku itu. Allah kurniakan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dibeli dimana-mana. Yakni pengalaman. Terlalu banyak dan teramat membantu. Namun, untuk mencari sebuah pengalaman itu, liku-likunya terlalu banyak. Hanya aku sendiri tahu apa. Selautan terima kasih kepada mereka. Mereka yang selalu berada dibelakangku tidak kira masa
Syukur padaMu Ya Allah. Kini tangan kembali ligat dan otak sedang berfungsi dengan baiknya. Tetapi tidak mudah. Sampai saatnya, otak kembali beku. Tangan pula menjadi kaku. Saat itu peritnya hanya Allah yang tahu buat penulis amatur sepertiku.
Kembali menyambung pembacaan. Moga Allah permudahkan..
Amin..
Kepala sudah ligat berfikir tentang tempat 'posting'
Aha sudah tidak sabar nampaknya
Tetapi perasaan takut itu tetap ada
Dekat bawah ni merupakan negeri yang teringin sangat untuk dipostingkan
- Sabah
- Sarawak
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Putrajaya
Teringin sangat-sangat untuk terbang ke negeri di bawah bayu atau Sarawak. Tapi belum tahu rezekinya di mana. Doa banyak-banyak moga Allah permudahkan urusanku. Amin
Cuti-cuti ini ada kalanya aku isikan dengan memasak
Menajamkan kemahiran lagi yang sememangnya tumpul
Bila ada sahaja makanan yang terasa nak makan
Aku akan cuba
Walaupun daku memanglah tidak pandai memasak
Selalunya alhamdulillah tekak boleh terima
Tetapi, semuanya lebih kepada makanan barat
Entah mengapa
Walaupun tekak ni tekak orang Melayu
Masaknya kebanyakannya masakan barat
Kalau cuba masakan Melayu pun pasti akan diubahsuai menjadi masakan barat
Alahai wani...

Soothing ears...
Currently listening to nasyeed songs in my favourite list
Like usual
While it was raining outside
And the night is getting dark
I already feel sleepy
But still cant close my eyes
There's something on my mind
Is it supposed to end like this?
Or do I need to keep it?
Another a year..
Then graduate..!

Monday, 28 November 2011
Manusia tidak akan terlepas daripada rasa futur
Termasuk manusia bernama aku..
Seringkali putus asa tiba saat aku berada di alam kebangkitan
Namun kuasa Allah Taala
Ujian ditanganNya bukan?
Jadi tidak mengapa andai ditarik balik semua rasa semangat itu
Cuma aku berdoa
Agar futur itu tidak terus menyelubungi hidup aku
Supaya aku terus boleh bangun menjadi hambaNya yang berilmu
juga beriman
Supaya aku boleh terus-terusan melawan semua sakit yang ada padaku
Kerana aku yakin seyakinnya
Percaya dan terus percaya
Allah itu sayangkan hambaNya
Senantiasa
Cuma kita sebagai manusia yang dilimpahi dengan rahmatNya
Terlupa untuk ada rasa sayang padaNya
Juga pada kekasihNya Nabi Muhammad SAW

'The Apartment'
Menonton rancangan itu semalam
Tetapi tidak pasti 'channel' mana
Berkisar tentang hiasan dalaman
Berbentuk pertandingan kukira
Seperti juga rancangan "Masterchef, Topchef dan Hell's Kitchen'
Cuma pertandingan berbentuk kumpulan yang terdiri daripada dua orang.
Dan mereka diberi tugasan untuk menghias apa-apa jua ruangan mengikut tema.
Tersenyum aku dalam hati..
Astana di Astro Ria juga menarik minatku.
Rancangan yang menunjukkan teratak artis atau orang-orang terkemuka
Nah, hiasannya sudah tentu-tentu indah belaka
Cuma ada beberapa astana yang kukira tidak kena hiasannya pada mataku
Pandangan manusia tak serupa kan?
Jadi tidak salah jika aku bising komen ini itu..
=)

Usai melewati blog Fatimah Syarha.
Suami dan isteri, kedua-duanya sama hebat dalam menebarkan dakwah
Juga sama-sama menulis buku ilmiah beserta novel islamik
Indah dan bahagia.
Ada terselit perasaan cemburu dalam jiwaku
Betapa hebatnya mereka.
Aku?
Tak punya apa-apa..
Mencari pasangan yang turut punya minat sama bukan mudahkan?
Sama-sama minat menulis dan juga bidang fotografi serta hiasan dalaman
Kalau menulis, menulis kerana Allah
Kalau bidang fotografi, gambar yang diambil hanyalah untuk memuji kebesaran Allah.
Ahaaa.. Klise bukan apabila blog kerap membicarakan soal hati..

Sunday, 27 November 2011
Banyak perkara masih belum dilunaskan..
Nak salahkan siapa?
Tudinglah pada diri sendiri
Dek hanyut terlalu lama.
Novel yang sepatutnya boleh habis dua tiga hari sahaja
berlanjutan berhari-hari.
Cerpen? Nah, langsung tak berjalan
Blog kelas lagi..
Alahai wani..
Sikit lagi nak genap 2 bulan...
Cepatlah masa berlalu..
Caiyok2..

Terima kasih adik...
Kokni hargai semua itu...
Allah Maha Kuasa..
Bersabarlah..
Aku berbicara masalah bersama salah seorang adikku. Siapa sangka deritanya sebegitu.. Dalam diam aku menangis semahunya. InsyaAllah, perlahan kau pasti temui sinarnya. Bangga kerana dikau begitu tabah. Tidak seperti aku. Bahagialah engkau kelak kerana Allah sering menguji. Walau diuji itulah tanda sayang..
Ya Allah,
basahkanlah pipi ini dengan linangan airmata hanya kerana mengingatiMu
basahkanlah pipi ini dengan linangan airmata hanya kerana gerunkan azabMu
basahkanlah pipi ini dengan linangan airmata hanya kerana takutkan dosa-dosa lampau
basahkanlah pipi ini dengan linangan airmata hanya kerana merenung banyaknya kekurangan diri
basahkanlah pipi ini dengan linangan airmata hanya kerana mengingati keluarga yang berada di hati

Melewati laman 'Twitter'
terjumpa satu kata-kata
namun diolah sedikit
Nah, tamparan maha dasyat terkena pada diri
Sibukkan diri mencari kesalahan diri sendiri yang menggunung daripada sibukkan diri mencari kesalahan orang lain..
Akulah itu.Kesalahan diri terlampau banyak namun masih sibuk mencari salah orang lain.
Dasar tak sedar diri!!
Aku kesali sifat itu.
Terlalu banyak sifat yang buruk perlu dibuang.
Hidupku tak lama
Kutahu itu..
Selama hayat yang ada, aku akan cuba sedaya upaya mencari semua kesalahan diri.
Kerana kutahu, aku insan yang lemah dan hina..

Ya Allah, aku dah tak mampu
Putus asa mula bersarang dalam diri
Inikah petanda bahawa aku akan pergi?
Aku tidak layak untuk merungut Ya Allah
Namun hanya Engkau tahu bahawa aku semakin tiada daya...
Ya Allah, terima kasih atas dugaan Maha Hebat ini
Kutahu, tidak diuji diri manusia melainkan tahap kemampuannya..
Bagaimana untuk menghadapi semester depan?
Dengan keadaanku yang begini?
Aku hanya membayangkan sesuatu..
Ditahan di hospital adalah caranya....
Biar selama mana aku disitu,
Walau aku terpaksa menangguh sesi pengajian
Aku redha dan terima..
Asal semua ini berkurangan walau mengambil masa yang lama..
Buat mama, abah, kakak dan adik-adik.. Maafkan aku.. Tiada terlintas aku untuk menyusahkan kalian. Kutahu kalian juga rimas dengan aku. Batuk,asma dan selsemaku telah menggangu kalian. Maafkan aku. Bukan pinta aku untuk jadi macam ni dan mengganggu ketenteraman semua. Andai diberi pilihan, biarlah nyawaku ditarik. Supaya tiada lagi gangguan. Terima kasih kalian, kerana mampu bersabar dengan keadaanku. Mama dan abah, doakan yang terbaik untuk anakmu ini...
Apabila tiba satu tahap, manusia itu ingin cuba larikan diri daripada segala perkara termasuk keluarga dan insan-insan disekelilingnya. Kerana jika dia berada dalam kelompok itu, boleh jadi dia menjadi pemusnah kepada banyak perkara. Aku ingin berlari Ya Allah jika mampu. Supaya tiada siapa mampu melihat deritanya aku. Supaya tiada siapa yang kasihan tentang masalah kesihatanku...Allahu Rabbi, kurniakanlah aku kekuatan..
Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(hadith:Muslim)
Tahun baru yang penuh makna..
Diiringi hujan renyai yang mendamaikan
bersama mama ke tempat semalam..
Terima kasih mama atas ajakan itu..
Pulang ke rumah, berkumpul sekeluarga..
Anak kecil itu tersenyum ceria selepas bangun dari tidurnya di Awal Muharram.
Comel!!
Allahuakbar!!! indahnya ciptaanMu
Sekeluarga menunggu peluang itu
Alhamdulillah, bayi itu menginjak dewasa
Terima kasih Ya Allah...=)

Kutelah temui jawapannya kini
Menulis itu sesuatu yang INDAH, kerana ia adalah SENI.
Seni yang lahir dari hati, yang jarang dimiliki oleh manusia
Dari hati mengekpresi diri...
Terima kasih buat Aksara Fathi, manusia yang tidak pernah jemu mengajakku kearah ini. Moga penulisanmu bakal sebaris dengan penulis terkemuka dan selamat maju jaya dalam bidang ini..

Katanya, idea akan datang mencurah-curah saat begini hingga jarum jam membidik 2 atau 3 pagi
Namun tak semua dikurniakan bakat yang sama
Aku mencuba sepertinya juga untuk mencari idea kala embun pagi menampakkan diri
Tetapi macam tiada hasil.
Saban hari mata hanya mampu terlelap jam 3.
Walau ditemani sakit yang tak pernah hilang
Diri, manusia itu Allah ciptakan berbeda kan?
Mungkin ideaku datang pada sebelah siang.
Idea memang banyak
Melalui tontonan drama dan filem
Juga melalui pembacaan
Ya Allah.. Kurniakan aku bakat dalam bidang penulisan ini. Aku tidak petah berkata-kata, namun biarlah aku petah berbicara melalui pena. Usah dipendam bakat ini Ya Allah.. Luahkanlah wahai diri.
Menulis tak habis-habis...
Baik status di 'facebook'
mahupun di sini
Kini kerap menulis di status 'facebook'
berbanding di sini.
Bait kata-kata terlintas di kepala
terus aku tulis
namun silap aku tidak bersama pen dan kertas
sebagai teman
jika idea datang tiba-tiba
bolehlah kusimpan terlebih dahulu sebelum ditaip semula ke sini
tadi di tempat itu, kutemui satu kata-kata
namun dek kerana tiada catatan, aku terlupa.

Saturday, 26 November 2011
Sesungguhnya aku lebih rela miskin harta
Berbanding miskin budi bahasa
Harta tidak dibawa ke mati
Namun budi, selamanya dikenang walau diri dimamah bumi..
Sesungguhnya aku lebih rela kurang ilmu
Berbanding banyak ilmu di dada tetapi tidak diamalkan
selama mana hayat aku di dunia
Ilmu yang banyak jika tidak diamal menempah dosa
Tetapi ilmu yang kurang,andai dicari
Nescaya memberi pertolongan hingga ke mati

Cuti ini kucuba manfaatkan sebaiknya
Lantas seminggu selepas ini mengambil keputusan untuk meninggalkannya
Maaf buat sesiapa yang menghubungi selepas ini.
Telefon itu bakal ditinggalkan kerana tiada topup saat cuti..
Duit untuk topup sahaja tercari-cari umpama peminta sedekah.
Jadi, itulah yang terbaik...

Memintalah pada yang ada
Pada yang sudi mendengar segala keluhan
Pada yang tahu segala kesusahan
Pada yang memberi segala rahmat pengampunan
Ya Allah, hanya Engkau tempat aku mengadu segalanya
Terima kasih Ya Allah
Ya Allah, aku malu untuk meminta kerana tidaklah layak insan berlumuran dosa ini mendamba. Namun, kurangkanlah walau sedikit penyakit ini. Hanya Engkau layak menyembuhkannya.. Amin
Friday, 25 November 2011
Maghrib itu dengan tiba-tiba kaki ingin melangkah ke sana
Selepas adik memberitahu padaku
Tanpa ragu aku terus bersetuju.
Syahdu..
Akhir kalamnya dihiasi dengan peringatan yang sarat dengan keinsafan
Kuterdengar esakan di belakang
dan aku turut jua bersama mereka.
Aku tenang di sana tadi.
Bersama mama disebelah.
Salam Awal Muharram 1433H
Walau sering kudengar isi tentang sirah itu, namun kali ini lebih bermakna..
Terima kasih Ya Allah..

Tiadalah juga kebahnya
Malah semakin hari semakin bertambah
Daku kehilangan banyak tenaga dan daya hari demi hari
Demam berlanjutan hari ke-5
Malah asmaku juga kini berlanjutan dari awal pagi ke pagi seterusnya
Airmata ini menitis lagi
Perlahan-lahan memikirkan bingungnya aku dalam mencari semua solusi untuk ini
Ya Allah...!!!

Thursday, 24 November 2011
Silent and stay away from a lot of thing..
The thing that make my life more miserable.
SERENITY... I need you..
Say NO to "IT"
I hope so...!
SORRY.. But only Allah knows the reason why I'd made this decision..
"Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..."
Day 5: The fever still not recover....

Wednesday, 23 November 2011
Cuti ini kukira persoalan itu tidak akan berhenti
Sekejap tadi mama sudah berbincang dengan kakak dan bertanya
"Hang bila nak kahwin?"
Nah, umpama terkena tamparan hebat..
Jawapan jujurku,
"Nak sambung 'master' dulu ma"
Hati bergetar hebat saat perihal perkahwinan ditanya kembali..
Belum lagi sampai seruku ke arah itu
Andai seruannya sudah tiba, belum pasti aku bakal ke arah itu dalam keadaan begini..
Dan aku telah membuat janji dalam diri...
"Hal itu" perlu berlaku dahulu...
Kerana bimbang jika hal itu tidak berlaku sebelum aku
Aku bakal menyesal seumur hidup..
Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui isi hati ini...

Berada di rumah membuatkan aku menjadi buntu
Demamku berlarutan hingga ke hari 3 cuti..
Batuk, selsema dan asma itu sudah menjadi teman setia
Badan makin lama makin lemah...
Ubat? Ya ubat juga sudah tidak terhitung banyaknya kutukar
Namun tiada yang berkesan..
Berpantang? Mungkin aku harus kembali berpantang selepas aku tinggalkannya kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa di sana..
Bersabarlah wani..... =(

Tuesday, 22 November 2011
Terlalu mudah meminta manusia meninggalkan kejahatan lalu disuruh melakukan kebaikan. Terlalu mudah meminta manusia berubah meninggalkan kemaksiatan dan diajak membenci kemungkaran. Namun, tanyalah pada diri, adakah kita yang menyeru ke arah itu tidak melakukan perkara yang sama? Atau kita turut ikut serta melakukan dosa dalam diam? Tepuk dada ketuk diri. Andai kita juga sama, maka berdiam dirilah buat seketika.. (Ya Allah, andai diberi peluang, ingin sahaja aku meminta doa agar dibisukan buat seketika kerana jika aku fasih berbicara, nescaya lebih banyak dosa yang aku bakal lakukan. Ampuniku Ya Allah.)
Kebisuan itu terkadang membantu. Sebagaimana yang aku lakukan dahulu. Satu persatu perkara yang membuatkan aku buntu. Kecewa dan sedihnya aku belum tentu mampu terubat saat ini. Aku punya mata, juga telinga dan aku punya HATI. Ku mampu mentafsirkan banyak perkara secara diam tanpa pengetahuan insan disekeliling dan terkadang kesemuanya benar dengan izin Allah Taala. Apabila banyak perkara berlaku didepan mata, hati aku bagai dirobek-robek dengan kaca. Pedihnya pada siapa ingin diadu. Kalian nampak aku begini, namun hakikatnya hati aku dah lama mati. Dek kecewanya yang telah menyelimuti seluruh pelusuk hati. Usah ditanya mengapa andai aku tiba-tiba diam. Atau juga menghilangkan diri.. Ya Allah, tiada banyak perkara yang kupinta, andainya aku diberi peluang maka bisukanlah mulut ini, butakanlah mataku jua serta hilangkanlah segala perasaan dalam jiwa..
Daku adalah manusia yang selalu bermonolog dalaman. Sering berbicara sendiri dengan hati. Hari-hari terakhir di IPG sebelum masuknya fasa cuti kulalui dengan penuh kesukaran. Teramat sangat. Namun tiada siapa yang memahami secara keseluruhannya walau ramai yang memberi sokongan tanpa henti. Jujur hati ini banyak kecalarannya sana sini. Lantas aku memberi peringatan bahawa Allah itu sentiasa ada walau sesusah manapun keadaanku. Kini aku rasakan bersendirian itu adalah perkara yang lebih baik kerana terlalu banyak dukanya. Namun itu semua tak terluah. Kuakui disini, kerjaku tidak sehebat mereka dan aku sering merasa rendah diri. Dan rasa rendah itu semakin bertambah tatkala cara aku bekerja dipertikaikan. Aku bertanya sendirian, mengapa berlaku hal ini? Kucuba memujuk hati, mungkin atau memang cara kerjaku banyak kekurangannya semenjak jawatan itu kusandang setahun yang lalu. Tak mengapa, aku terima. Mungkin juga Allah ingin tunjukkan atau membalas kembali. Kita tak usah mempertikaikan kerja orang lain. Diam dan lihat sahaja cara mereka bekerja. Mungkin disitu aku boleh mengambil pengajaran sedikit demi sedikit. Maaf buat semua. Aku memang tak sehebat kalian. Kutahu itu dan kali ini kucuba untuk mendiamkan diri. Entah berjaya atau tidak untuk duduk diam sahaja kerana aku bukanlah manusia sebegitu.
Perbincangan demi perbincangan dilakukan..
Berada di hostel IPG membolehkan daku berdiskusi bersama teman sebilik
Satu persatu cerita dikongsi bersama.
Entah bagaimana hendak difikirkan lagi.
Terima Kasih buat Fawwiza Shahruddin
Atas segala pertolongan sepanjang menjadi urus setia bersama
Juga atas nasihat yang panjang berjela..
=)
Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang lemah..

Monday, 21 November 2011
Antologi Pertama
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Tiada kata-kata yang mampu memberi gambaran kepada perasaanku saat ini. Terharu, hiba dan gembira semuanya bercampur sekali. Usaha selama ini telah membuahkan hasil. Telah diceritakan kisahnya pada bingkisan yang lalu. Alhamdulillah telah mempunyai antologi sendiri bersama rakan-rakan dan junior-junior yang lain. Antologi yang berjudul Kelongsong Ketupat ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan beberapa bulan yang lalu. Akhirnya mimpi jadi kenyataan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Fathul Khair kerana telah mengajak untuk turut sama menimba ilmu. Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada Puan Norehan yang banyak membimbing sepanjang bengkel dijalankan sehingga terbitnya antologi ini.
Muka hadapan cerpen. Kredit untuk Fathul dan Ammar
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :
Ketua Editor :
Puan Norehan bt Muhamad
Editor:
Puan Norainah bt Mohd Saleh
Nur'Azah bt Ahmad@ Zakaria
Puan Normah bt Kamarodzan
Encik Shamsuddin bin Abu Bakar
(Jabatan Pengajian Melayu)
Illustrasi:
Ammar bin Ahmed
(PISMP J17)
Gambar:
Muhammad Syamsuri bin Omar
(PISMP J3)
Judul :
Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
(PISMP J3)
Para penulis :
Siti Fatimah Said, Mohd Fathul Khair b Mohd Dahlan, Muhammad Najib bin Hassan Basri, Mohamad Saffwan bin Mustaffa, Muhammad Nur Hasif bin Padzil, Mohamad Asrie Asmaroul bin Roslan, Sanisha a/p Bogaraja, Muhammad Ajwad bin Mohd Shuhaimi, Farhah Syahirah bt Sahudi, Muhammad Firdaus bin Jamaluddin, Fatimah Azzahra bt Mohamed Sharif, Siti Nur 'Afiqah bt Maelah, Mohd Firdaus bin Abdullah, Ali Husni bin Azahari, Rohaniza bt Wahab, Muhammad Syamsuri bin Omar, Puan Salmah bt Yazid, Puan Hayati bt Mat Desa, Puan Mizlinah bt Satim, Puan Norehan bt Muhamad dan Noor Haszwani bt Mohd Yusoff.
Semoga antologi pertama ini menjadi titik tolak untuk meneruskan penulisan pada masa hadapan. Menulis bukan kerana nama, tetapi menulislah kerana ingin menebarkan ilmu dan pengajaran kepada semua. =)
Alhamdulillah.. hari pertama bercuti.
Cuti yang disambut dengan asma dan demam.
Allah..
Cuti yang disambut dengan asma dan demam.
Allah..
Moga perancanganku berjalan dengan izin Allah Taala
Bercuti, selain untuk merehatkan diri, mindaku juga harus bergerak
Aku ingin kembali menulis.
Ada sesuatu dalam benak mindaku kini
Entah jadi atau tidak..
Belum berkesempatan bertanya tentang ibunya
Kali terakhir adalah Sabtu malam yang lalu
Namun tiada respon
Moga cepat sembuh ibu anda, dik
Dan kegembiraan kembali mewarnai hidupmu
Akak sentiasa doakan...

Sunday, 20 November 2011
Teratak bonda menanti di sana..
Aku menunggu dengan penuh sabar untuk pulang
Dek bebanan kerja yang menggunung
Terpaksa melupakan seketika kampung halaman
Alhamdulillah bakal selesai...
Perancangan :
- Novel
- Cerpen
- Kertas kerja (Rujuk Seeza)
- Pertandingan nasyid (Rujuk Ammar)
- Reunion (Rujuk Seeza)
- Bengkel penulisan cerpen islamik (Rujuk Fathul)
Saturday, 19 November 2011
PERTANDINGAN FORUM IPG PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
Selamat berjaya diucapkan kepada para peserta forum IPG Kampus Ipoh. Moga Allah permudahkan urusan kalian..
- Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
- Ammar bin Ahmed
- Zulhafisyam bin Zulkifli
- Nur Farahin bt. Zainal Abidin
- Nur Wahida bt. Mohamad Redzuan.
p/s:
- pengalaman yang cukup bermakna menguruskan forum. Walau tiap lelahku tidak terkira banyaknya. Namun kesusahan itu merupakan satu bentuk pengalaman yang membuatkan aku banyak berfikir. Terima kasih Allah. Terima kasih buat pensyarah yang mempercayai kerjaku yang tidak seberapa. Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu. =)
- Moga cepat sembuh..
Thursday, 17 November 2011
Tuesday, 15 November 2011
Belum sempat menjengah ruangan ini
Dek kesibukan yang melampau
Berperang dengan medan peperiksaan jua pertandingan forum
Alhamdulillah usai Malam Gala tempohari.
Syukur dengan banyak komen yang baik dan membina..
Seterusnya
- Pertandingan Forum Peringkat Kebangsaan...
- Bercuti dan meneruskan kembali bidang penulisan yang lama tertunggak.
- Meneruskan misi pembacaan
- Bengkel penulisan skrip.. Tersangat ingin ke sana...

Thursday, 10 November 2011
Kuserahkan segalanya pada Allah SWT
Kerana hanya Dia yang menentukan segalanya
Walau aku kini penat atas segala kerja
Namun kuyakin atas kekuatan yang Allah berikan.
Moga segala pengalaman yang ditimba membantuku kelak..
Terima kasih Ya Allah...
Pergantungan hanya padaNya.. Kerana hanya Allah tempat pergantungan yang selayaknya...
Sunday, 6 November 2011
Terkikis, mengikis dan dikikis
Hingga semuanya habis terhakis..
Menunggu saat itu tiba
Tetapi tidak pasti bila..
Kukagumi dia.
Teramat..!
Mungkin ada kisah lalu yang menyebabkannya bertindak sebegitu
dan aku, mungkin akan jadi sebegitu nanti..
sudah kubaca artikel tentang perihal itu..
Ada jawapan yang kutemui disebalik pertanyaan yang kerap kali menghambat diri

Takdir itu milik Allah
Tidak dicampakkan manusia selamanya dalam zulmat
Kerana pada pengakhirannya, didatangi cahaya yang bergemerlapan
menyinari jalan hidup dan nubari manusia
yang senantiasa menagih nur itu.
dan hidayah itu milik Allah..
Yakinlah... =)
Salam Aidiladha. Bersama hayati erti sebuah pengorbanan...

Rindu zaman sekolah...
Rindukan teman-teman
Itulah zaman kegemilangan
Itulah zaman mengenal erti persahabatan
Susah senang bersama
Suka duka juga bersama
Walau kini semuanya jauh di mata
Namun, tetap kekal dalam jiwa..
Kusimpan rasa itu sedalamnya.
Ya Allah, lindungi mereka dalam apa jua keadaan.
SKBS
SMKAI
Kerana kalian, aku berdiri di sini hingga kini..=)

Saturday, 5 November 2011
Friday, 4 November 2011
Festival Nasyid MAKUM 2011
Terlupa bila tarikhnya.
Namun baru usai pertandingan itu..
Perihal nasyid/segala bentuk pertandingan
Al-Qausar dalam ingatan
Kenangan hanya sempat diukir di UTP sempena Kembara Sufi
Tahun ini menyaksikan sedikit kejutan apabila mereka tidak menghantar penyertaan
untuk pertandingan di peringkat IPG.
Terkejut bukan kepalang. Namun segalanya terjawab mengapa.
Tak mengapa, mungkin tiada rezeki.
Teruskan perjuangan untuk masa akan datang.
Peluang itu banyak.Mencuba untuk mencari festival/pertandingan pada tahun hadapan.
Moga kali ini rezeki menyebelahi kalian. Jangan berputus asa.

Belajar dan terus belajar..
Daripada pengorbanan itu datangnya pengalaman..
Walau terpaksa memerah keringat
Jujur aku penat
Namun pada siapa ingin diluah?
Bisa sahaja ditinggalkan segala perkara
Namun melihatkan hebatnya mereka
Aku terkesima.
Layakkah aku mengeluh sebegitu rupa
Andai kerjaku tidak sebagus mereka.
Jawapannya tentu tidak.
Lantas kuketepikan segala kepentingan
Berbekalkan sisa-sisa kekuatan
Aku mengorak langkah bersama mereka
Susah senang bersama
Jatuh bangun juga bersama
Andai mereka tidak tidur pagi malam, perlukah aku bersenang-lenang?
Andai mereka tidak sempat untuk menjamah makanan, perlukah perutku diisi kenyang?
Andai mereka tidak sempat untuk menelaah, perlukah aku mulakan?
Andai mereka tidak sempat untuk merehatkan badan, perlukah aku duduk dan santai?
Sekali jawapanku TIDAK..
Entah mengapa, seringkali aku malu pada mereka.
Entah mengapa, seringkali aku hiba melihat kesungguhan mereka.
Mengenepikan segala kepentingan yang anda.
Walau ada yang berkata itu adalah minat,
Namun, sehingga begitu rupa mengorbankan jiwa dan raga.
Justeru, aku tak layak untuk berkata tidak..

Thursday, 3 November 2011
Bahasa penjajah itu sudah lama tidak menghias bibir..
Jujur daku rindukannya..
Walau tidak sehebat mana..
Namun daku selalu mencuba.
Belajar berbicara dalam bahasa penjajah itu dengan insan itu.
Insan yang lebih muda daripadaku.
Namun bahasa ibunda tetap dihati.
Dan dalam proses belajar juga.
Mengurangkan penulisan yang bercampur aduk bahasanya..

Terlalu banyak yang hendak ditulis kala malam semakin pantas bergerak menuju ke pagi.
Namun kusimpan. Kusimpan erat dalam hati. Biar hanya Allah yang tahu gelojak hati ini.
Terlalu banyak perkara yang jadi hingga aku sendiri tak pasti.
Kutahu menolong itu lebih baik daripada merungut itu ini
Akulah itu manusia yang senantiasa merungut.
Betapa berdosanya aku.!!
Namun siapalah aku..
Manusia yang terlampau lemah dalam segala hal..
Tak mampu untuk terkejar itu ini dalam satu masa.
Kerana aku tiada daya. Dayaku makin hari makin berkurangan
Aku sendiri tak pernah minta.
Lebihan berfikir akan membuatkan aku sakit.
Lebihan kerja juga akan membuat aku sakit.
Demi Allah aku suka untuk membantu.
Namun apalah daya aku.
Ampuniku Ya Allah.. Atas segala kata-kata yang menjadi dosa. Atas segala perkara yang juga menjadi dosa..
p/s : Kukagumi kerja2 mereka..Tiada rungutan walau sedikitpun..

Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
Terngiang-ngiang kata-kata itu semasa kursus
Aku redha
Walau tidak minta pada sakit seteruk itu..
Sakitku bertambah-tambah..
Kalau tidak asma, malamnya pasti didatangi selsema.
Silih berganti.
Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa aku takut
dan dalam masa yang sama juga kupinta kekurangannya
juga kupinta agar Engkau tariklah nyawa ini
Buat teman serumah. Maaf atas gangguan yang tidak menyenangkan. Tiada maksud untuk mengganggu walau sedikit. Kujuga berasa teramat malu dengan kalian. =,(

Manusia itu tiada yang sempurna..Kelebihan dikagumi, kekurangan direnungi..
Itu statusku kini. Status yang ditulis buatku sendiri. Dalam keadaan begini, memang rasa ketidaksempurnaan itu menjengah hati. Berfikir berulang-ulang kali, apakah kelebihan yang ada pada diri. Jujur aku seringkali didatangi rasa sebegini. Memang tiada manusia yang sempurna. Duduk bersama manusia sekeliling buat otakku berputar ligat. Allah itu Maha Besar. Diciptakan manusia mempunyai pelbagai kelebihan. Aku kagumi semua manusia sekelilingku. Dan dalam diam aku sering berasa rendah diri. Walau aku dilihat manusia yang sentiasa senyum tanpa henti.
Namun aku terima. Setiap kekurangan yang ada pada diri. Bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Kerana kuyakin setiap perkara yang Allah dah ciptakan ni ada sebabnya.. Ya Allah, terima kasih atas banyak perkara. Alhamdulillah atas kekurangan diri ini.
Terima kasih Ya Allah. Walau aku sukar luahkan pada mereka, namun hanya Engkau tahu betapa aku bersyukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)