Friday, 30 September 2011

Belum Tiba


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini berlalu seperti biasa. Awal pagi kena menghadiri perhimpunan. Walau tiada kuliah pagi ini namun seharusnya perlu ke perhimpunan pagi ini. Untuk ponteng itu agak mustahil kerana itulah rutin harian sebagai bakal guru kelak. 

Pagi-pagi lagi sudah bersiap. Seperti biasa, pagi-pagi diserang asma.. Namun kuatkan juga diri. Tiba di perhimpunan ketar semacam sebab hari ini berlaku sesuatu. Itulah kali pertama. Sudah kurasa debarannya sejak dirumah. Lagak mahu masuk pertandingan sahaja debarannya. Hanya yang ke perhimpunan tahu apa yang berlaku.. =)

Semasa perhimpunan tiba-tiba ditanya oleh Sanisha tentang satu pertanyaan. Ha, terkedu sebentar. Entah mengapa diusik sebegitu pagi ini. Jawapannya tidak kuberikan sepenuhnya. Cukuplah hanya Allah Yang Mengetahui. Selebihnya tunggu masa akan datang kerana daku sendiri tak pasti akan hal itu. Perjalanan masih jauh. Ingin dihabiskan dahulu sisa-sisa ilmu yang tinggal. Kemudian menyambung ke peringkat seterusnya jika diizinkan Allah Taala. Perihal itu bukan langsung tiada dalam senarai, tetapi daku meletakkannya pada tangga paling bawah sekali. Jika ada adalah, jika tiada pasrah sahaja.. =)

p/s:

  • sudah sampai dirumah. sangat gembira berjumpa mama abah dan adik-adik...
  • perancangan ingin membawa adik berjalan untuk mengurangkan tekanannya yang bakal menduduki PMR nanti.
  • hati ini sudah dimiliki andai diizinkan Allah Taala...


noktah,
nhmy1303.  
selamat hari lahir kakak tersayang....
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
moga Allah permudahkan urusan untuk bersalin nanti
orang sayangkan anda sangat-sangat..
=)

Sekerdil Aku


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


Melewati blog pensyarah yang memberi ceramah mengenai penulisan kreatif sewaktu mengikuti bengkel penulisan yang lalu dan mata tertancap pada senarai nama penulis. Terbungkam kaku! Kerdilnya aku dan tidak layak rasanya bersama barisan mereka. Daku tidak punya pengalaman dalam bidang ini walau menulis itu minat yang kucambah semenjak di bangku sekolah lagi. Cuma tidak dikembangkan sahaja. Terasa rugi apabila diimbas kembali, sewaktu menghadiri bengkel penulisan di sekolah dahulu, daku tidak bersungguh-sungguh. Minat itu ada, cuma galakan sahaja yang kurang. 

Kini apa perlu buat? Berusaha dan terus belajar kerana wasilahnya telah Allah sediakan.. Menunggu antologi yang pertama nanti dan itulah kenangan yang paling bermakna sepanjang tempoh bergelar mahasiswi..! Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan dan mengajak untuk menyertai bengkel itu. Jika tidak daku tidak berada dalam kalangan mereka..

noktah,
nhmy1303.

Thursday, 29 September 2011

Punya Teman Baru


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Temanku kini buku, sebatang pen dan sebuah buku nota. Perjuangan perlu diteruskan kerana kosa kataku tersangat kurang. Buka buku ini jumpa perkataan baru, buka buku itu jumpa lagi perkataan baru. Umpama kanak-kanak yang baru mengenal perkataan lagaknya. Seminggu ini berjaya menghabiskan 3 buah novel. Boleh tahan juga. Syukur Alhamdulillah. Kini sedang bergelut dengan bahan bacaan kreatif berbentuk cerpen pula. Syukurlah masa senggang itu banyak.Walau kerja yang lain datang secara mendadak, namun saya mengisi masa lapang yang lain dengan membaca. Kerjaku kini membaca, membaca dan membaca dan syukur rakan serumah telah memahami hobiku ini. Dalam bas, dalam kereta, di kedai makan, sebelum kuliah, semasa kuliah dan juga semasa bermesyuarat (haa, kantoi di situ).

Hari ini tiba-tiba didatangi idea. Ingin mencatat perkataan yang baru beserta maksudnya sebagai rujukan di dalam buku nota. Itu langkah permulaanku. Moga berjaya kali ini. Rahmati dan berkati minat ini Ya Allah..Amin.

p/s: 
  • kerja oh kerja...  
  • masih belum punya kesempatan untuk 'edit' gambar...minat yang satu ini juga tak pernah padam cuma belum berkesempatan.
  • perlu elakkan daripada mereka...bukan satu, tapi kedua-duanya..kuatkan hambaMu ini..
noktah,
nhmy1303.
rindu...........
rindu...........
rindu...........

rindukan adik-adik....
sebab merekalah tempat daku meluah segala tekanan...
dengan mereka segalanya hilang..
bergurau, makan, keluar membeli belah, main sama-sama
sekarang tengah membayangkan mereka
Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa sayangnya aku pada mereka
kokni rindukan kalian...
teramat sangat..!!
rindukan kakak....tak sabar nak dapat anak buah...moga dipermudahkan urusan bersalinmu....
orang sayang anda sangat-sangat wahai kakak...!
moga dapat bertemu dalam masa terdekat nanti..

bahagiakan keluarga kami Ya Allah
bahagiakan rumahtangga kakak dan abang ipar...
pelihara mama abah jua
berikan kesihatan yang baik pada mereka..

jua doa ini kukirimkan buat ibunya yang tidak pernah bersua muka...
jua buat opahnya.
moga sentiasa dalam lindungan Allah....

Wednesday, 28 September 2011

menulis itu sudah menjadi semakin sebati...
hanya bermula dengan ABC
kelak mungkin bakal menjadi wacana yang disegani..
siapa tahu?
moga bertemu sang rezeki...
moga mampu membuka pintu hati..

terima kasih wahai munsyi
kerana menemukan daku pada sebuah erti perjalanan diri...
moga istiqamah dalam bidang ini..
amin...

Tumpah Lagi


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Hati mulai berat...Sekali lagi, segalanya serba tidak kena.. Beban kerja yang semakin memuncak.! Pertanyaan itu ini, sehingga saya meletup sepanjang minggu ini. Entah apa yang tidak kena pada jiwa ini. Kosongkah? Semuanya serba serbi tak kena..Sensitif teramat barangkali..Hari ini seharian ditemani air mata...Bermula kuliah di pusat sumber tadi berlanjutan hingga ke usrah. Terasa malu menguasai diri. Namun, langsung tiada upaya untuk bertahan. Akhirnya kutinggalkan usrah itu begitu sahaja. Maaf kalian.. =(

Terkontang-kanting seorang diri mencari jalan keluar untuk masalah ini. Tidak pasti pada diri sendiri. Berulang kali saya ulang ayat ini "luaran nampak gagah dan ceria, namun dalaman?" Allah, jauhkan aku daripada sifat putus asa. Kerana diri sendiri tak mampu mencari jalan keluar lagi. Masih samar-samar pada tindakan sendiri. Saya yang jarang marah, dengan tidak semena bertindak sebaliknya. 

Teringat pada perkara yang berlaku siang tadi. Masakan perkara sama perlu diulang beribu kali? Cukuplah.. Luka yang dipendam bukan satu dua, barangkali sudah tiada ubat sebagai penyembuh. Bagaimana ingin diterangkan lagi pada kalian? Bermain dengan perasaan sendiri umpama membunuh diri secara perlahan. Sungguh saya penat walau setiap butir bicara itu merupakan gurauan. Kerana perkara itu harus disimpan dalam-dalam dan ketat-ketat. Usah diulang pada insan yang lain kerana saya cukup penat menanggungnya dan kalian tidak mengerti mengapa perkara ini perlu dianggap serius.

Moga ada sinarnya... Setiap kali berlalunya semester, pasti ada kisah yang kurang enak. Lalu bagaimana? Semoga tabah wahai diri... Menangislah semahunya kerana Allah lebih mengetahui segalanya..Segala penat dan lukamu bakal dibayar kelak.. Ampuniku Ya Allah...    

p/s:
  • terima kasih buat teman-teman.. sedihku cuma seketika..rajukku tak pernah lama..
  • Law Kana Bainana..! terima kasih yang tak terhingga...!
  • kerana ku tahu dia ada..walau dalam keadaan yang tidak disangka. dia paling senyap antara semua..
  • moga tiada ujian rindu pada ibunya. sungguh daku tidak mampu...
  • mama, orang perlukan mama saat ini.. andai pelukan itu menjadi penawar segala duka. doakan ketabahan daku...

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 27 September 2011

tiada siapa tahu...namun kugagahi jua untuk memberi senyum..
tiada siapa mengerti, namun kukuatkan jua untuk memberi budi....
tiada siapa fahami, kerana segalanya kusimpan kemas dalam nubari...
Ya Allah, kuatkan hati ini...
kembali tidak stabil....
entah mengapa sensitif ini menjadi-jadi..
terutama jika membicarakan tentang sesuatu
Ya Allah, ujilah hambaMu ini hanya pada tahap kemampuan ini..
sesungguhnya aku hambaMu yang paling lemah....

Monday, 26 September 2011

tak mudah sebenarnya...
untuk mengharungi perkara yang telah membuat hidup
agak kucar kacir
walau kisah itu berlalu setahun yang lalu
namun kesannya masih terasa
dan mengambil masa yang lama untuk dipadam
hingga kini masih terasa kesannya

luaranku nampak gagah
dalaman?
bagaimana?
mana hendak dikejar?
urusan duniawi
atau
ukhrawi?

menangislah semahunya wahai hati...
jauh di sudut yang paling dalam
tiada siapa mengerti..
kalau diluar nampak begini
dalamanku?
terlalu lemah hingga terasa kosong dan mati....
senarai kerja:
  • pembahagian tugas pertandingan forum peringkat kebangsaan
  • syarat pertandingan
  • mesyuarat pertandingan pantun
  • surat aduan
  • fail BMM 3111
  • dll
  • melaka
  • kursus JPP di KL (insyaAllah)

p/s: mental semakin penat. betul kata mama.... huhuhu...

Kadang-kadang Kita Tak Perasan


Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim

Melewati hari-hari yang semakin sukar... Entah mengapa segalanya serba tidak kena. Itu salah, ini tak betul. Betul kata orang, sama ada kita perlu diam atau orang sekeliling akan terasa dengan apa yang bakal keluar daripada mulut kita. Kadang-kadang kita tak sedar, gurauan yang kita buat tu memang akan buat manusia sekeliling terasa. Saya banyak belajar. Banyak sangat...Menjadi pemerhati atas tingkah laku manusia membuatkan saya banyak berfikir. Diam saya terkadang saya rasa itulah yang terbaik. Kerana saya sendiri tak sedar sama ada apa yang bakal keluar daripada mulut saya ini bakal membuatkan manusia lain terasa atau sebaliknya. Sedaya upaya saya cuba memuhasabahkan diri dan merenung sedalam-dalamnya siapa saya pada pandangan manusia. Baik atau buruk saya pada pandangan manusia adalah berbeza. Kerana saya pernah lukakan hati banyak pihak. Justeru, bagi mengelakkan perkara seperti itu kembali berulang, saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri. Terima kasih atas teguran dan peringatan. Terima kasih atas petunjukMu Ya Allah. =)

Saturday, 24 September 2011

penat bukan kepalang
satu hilang, dua tiga bertambah
moga tidak bertandang segala penat lelah

rebut peluang sebelum pergi!

Friday, 23 September 2011

Sesekali rindu itu datang tanpa dipinta
mengetuk pintu hati
Kemudian hilang di bawa angin lalu...

Angin, andai bisa dikau sampaikan rindu ini pada mereka,
berhembuslah bersama larut pekatnya malam
supaya bila terbitnya fajar esok
mereka bisa merasa aman dan tenang..

Ya Allah...rindu kepada wanita itu kembali menjengah nubariku...
 

Thursday, 22 September 2011

Tiada Berpenghujung


Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu yang begitu serabut. Tugasan kerja kursus, mesyuarat GERKO, mesyuarat Forum, mesyuarat JPP. Entah mana satu yang perlu dilaksanakan dahulu. Mental terlalu penat dan tidak bermaya. Mereka juga perasan sesuatu. Sementelah saya memang seorang yang agak kelam kabut dalam membuat sesuatu. Tiada istilah tenang bila sesuatu tugasan diberi. Sentiasa berasa tidak senang duduk. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu difikirkan. Mujur Allah ada bersama saya. Walau dalam keadaan genting sekalipun, alhamdulillah semuanya berjaya dihadapi. 

Sesekali, mencuri masa untuk membaca dan menyambung dua buah cerpen yang tertunggak. Satu telah berjaya disambung walau sedikit. Namun satu lagi terbiar begitu sahaja. Sekarang sedang berusaha menghabiskan dua buah novel yang saya kira mampu untuk menambahkan pembendaharaan kata saya dalam menulis. InsyaAllah, moga Allah permudahkan. Kini lebih banyak membaca penulisan kreatif. Tetapi, kebanyakkan yang dibaca semuanya berkaitan dengan cinta. Terlalu klise bunyinya. Namun, berpegang pada kata bahawa, bacalah segala jenis bahan bacaan untuk menambahkan ilmu. Tidak rugi sebenarnya. Walau bicaranya tentang cinta, tetapi mampu membantu untuk mentarbiah jiwa. Mudah-mudahan. 

p/s: 
  • banyak perkara yang telah terjawab dan hampir selesai. alhamdulillah
  • ingin mencuri masa mengedit gambar (belum punya kesempatan)
  • Melaka pula Oktober ini (moga Allah permudahkan)
noktah,
nhmy1303.
hati yang kosong, moga tidak terpesong, 
hati yang lemah, moga tidak rebah, 
hati yang gering, moga tidak kering, 
hati yang koyak, moga tidak rosak...

Tuesday, 20 September 2011

usah bimbang andai tiada cinta manusia dalam hati, 
namun bimbanglah andai tiada cinta daripada Allah pada diri..
=)

Monday, 19 September 2011

MAMA

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Sore tadi menerima emel ini. Walau penulisannya telah kerap kali dibaca, namun pengirimnya seakan mengerti. Gejolak di dalam hati tentang perihal insan yang bergelar ibu, mak, mama dan juga ummi. Dalam keadaan yang serba tidak kena hari ini (mungkin terlalu penat), saya menangis sendiri. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang bermain di hati-hati hambaNya yang lemah. Sungguh saya sekarang mengalami perasaan yang sendiri tak mampu untuk diungkap. Ma, semua ini untuk mama. Orang tahu mama tak akan baca penulisan ini. Tapi, andai satu hari nanti, Allah cabut nyawa orang dulu sebelum mama, ketahuilah, segalanya yang berlaku, sejak orang dilahirkan sehingga ke hari ini (19/9/2011) orang tak mampu langsung nak balas kembali segala kebaikan mama selama ini..Dan, moga-moga ajal ini tiba dahulu sebelum mama dan abah, kerana orang yakin, orang takkan mampu untuk teruskan hidup nanti. Maafkan orang ma...   

Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

TERIMA KASIH BUAT SI PENGIRIM..MOGA ALLAH MEMBALAS KEMBALI KEBAIKANMU...

Friday, 16 September 2011

kata-katanya membunuh sukma!
namun itulah pengajaran yang paling baik..
suka pada penulisannya..
tenang dan mendamaikan hati
walau setiap bait-baitnya
mampu membuat manusia terasa...
tiba-tiba terasa ayat tunggang terbalik..
terasa seolah-olah tidak mampu untuk menggunakan struktur ayat yang normal..
sebab terbiasa menggunakan ayat yang sedikit berbunga-bunga barangkali..
alahai...~

Smiling has always been easier, than explaining why you are sad
=)

Thursday, 15 September 2011

kerja makin lama makin menimbun...
tapi masih boleh menangguh kerja
apa nak jadi wahai diri?!!
Sama ada benar atau sebaliknya
tidak begitu pasti
moga Allah memberi pertunjuk...

Kisah Hari Ini


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dirafakkan kepada Allah SWT. Majlis hari ini berjalan lancar. Walau bukan kami yang uruskan, namun sedikit sebanyak terasa debarannya kerana bahagian kehadiran para pelatih adalah di bawah tanggungjawab saya. Setelah berpenat lelah berulang-alik dari Jabatan Pengajian Melayu ke HEP dan ke bilik kuliah yang terletak ditingkat paling atas di bangunan Blok Cempaka itu, akhirnya semuanya berbalas.. Tidak dapat dibilang berapa kali turun naik tangga hari ini dan semalam. Penat bukan kepalang dan asma perlahan-lahan datang menyerang.. Namun, Alhamdulillah segalanya telah selesai tadi.

Tadi, dicuit oleh seseorang...Dan tidak dapat menahan sebak yang teramat sangat, lantas gugur jua airmata di dalam dewan itu.. Malu bukan kepalang, namun segalanya tidak mampu untuk dikawal. Hari ini keadaan kurang stabil. Menangis, menangis dan menangis. Bermula dari pagi tadi selepas membaca email daripada seseorang. Semua berkisar tentang mereka. Sempat memeluk insan itu! Terima kasih Ya Allah...Moga Engkau kurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Moga segalanya bakal terjawab kelak..Bantulah mereka dan berilah mereka ketabahan.. Amin.

p/s : Buat teman-teman, mohon maaf. Keprihatinan kalian saya hargai, Namun, untuk menuju kembali ke hospital/klinik entah untuk kali ke berapa adalah semakin sukar..Kerana daku semakin penat dan letih hari demi hari. Jika ini takdir saya, maka saya redha. Bukan tidak mahu mencari ikhtiar atau berputus asa, namun, daya ini sudah semakin pudar..Maaf buat semua...

Monday, 12 September 2011

Rintihan Hati


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Hiba, sayu...Melewati kelas itu. Kelas saya di atas dan kelasnya di bawah. Langsung tidak menjangka untuk bertemu. Mata kami bertentang. Walau sekejap dan dia cuba melarikan pandangan. Terkejut bukan kepalang. Entah, entah mengapa hati dihimpit sayu. Hati ini merintih. Namun saya cuba kuatkan diri untuk tidak menitiskan airmata..Berulang kali melalui hadapan kelasnya, namun saya hanya tunduk pandangan kerana tidak mampu. Esok, entah bagaimana hendak hadapi dia lagi. Moga diberi kekuatan.

Walau apa yang berlaku, doa ini sentiasa bersamanya. Tiada pernah terlintas untuk menyimpan perasaan benci atau dendam. Moga Allah melindungimu walau dalam apa jua keadaan.

p/s: tekaan tepat... terkedu!

noktah,
nhmy1303.


rindukan adik-adik
rindu nak masak sama-sama
rindu nak kemas rumah sama-sama
rindu nak bergaduh sama-sama
rindu nak main sama-sama
rindu nak keluar sama-sama
rindu nak gila sama-sama

kokni rindukan kalian sangat-sangat..
selamat maju jaya buatmu adik untuk PMR ini...
terlalu sayang pada manusia
burukkah padahnya?
terngiang-ngiang bait kata seorang insan
"kamu ada sifat keibuan"
gembira sebentar bukan kepalang

namun sifat itu salahkah tempatnya?
kini tertanya-tanya kembali..
mereka berkata
'sayang pada manusia biar berpada-pada'
namun kasih ini tertumpah buat mereka..
buat teman-teman
buat adik-adik
walau rasa sayang itu bukan sesuatu yang biasa kuungkap secara lisan....

Ya Allah
walau apa jua keadaan, lindungilah mereka
andai aku tiada lagi di dunia esok hari
hanya medium ini sebagai wadah untuk aku ungkapkan semua...

Terima kasih Allah
atas rasa kasih yang tidak pernah berbelah bagi
walau sikapku ini buat ramai yang terguris.

p/s: menitis lagi airmata ini...

Idea Spontan


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Dua buah cerpen sudah di draf. Satu semasa praktikum dahulu dan satu lagi ideanya datang tadi semasa di PIAH. Kisah hati dan perasaan? Cinta Islamik? Ah, mungkin terlalu klise!! Tapi idea itu datang dengan tiba-tiba. Barangkali akan disambung untuk bacaan sendiri. Bukan untuk tatapan sesiapa. Sekadar meluah rasa yang lama dipendam dan diluah dalam bentuk penulisan. Itu yang terbaik... Mudah-mudahan.

Orang kata soal hati dan perasaan jangan dibuat main-main. Bukan jua perkara yang mudah. Apa-apa jua perkara yang dilakukan, kembali kepada Quran dan Sunnah. Moga diberi kekuatan..

p/s : makin hilang sengatnya dalam melakukan tugasan di IPG...

Sunday, 11 September 2011

im not ready to meet you..!
so please stay away from me....
Ya Allah, do help me...=(
mencari ubat hati itu umpama mencari jarum di dalam timbunan jerami.... 
semakin cuba dicari, makin banyak dugaan yang datang menghampiri...

Saturday, 10 September 2011

"CCTV" yg Allah pasang atas muka bumi ini,
rakamannya amat jelas walau sedetik,
imejnya beresolusi tinggi,mana kita nak lari?..

Allah.. Lemah segalanya selepas membaca ayat di atas....


Ya Allah,
hanya padaMu aku mengadu
tiada lagi daya kurasa kini...
ampuni hambaMu ini Ya Allah
aku terima segalanya..
namun berilah aku kekuatan..
terkadang semakin berputus asa dan tak mampu lagi nak hadapi...

p/s: nak makan ubat lagi?

Friday, 9 September 2011

Saujana-PadaMu Selamanya


Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...


p/s: =) 

Cinta Abadi


Cinta pada bunga kan layu akhirnya
Cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya
Cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya
Cinta Illahi tulus suci dan abadi, harum mewangi
mewangi
(Saujana-Cinta Abadi)
suddenly
i feel like im not ready
to meet everyone
dont know why..!
malam ini ditemani rakan-rakan menyelesaikan tugasan kerja kursus...
minda terasa penat..
namun ditemani dengan 2 cawan neskefe
dan alunan lagu-lagu nasyid yang memang menjadi ketagihan saya sejak dahulu
kepelbagaian alunan bermula daripada kumpulan Fareast, Saujana, Mirwana, In-Team, Unic dan Nowseeheart

=)
=)

mood bahagia...
terima kasih Allah...

Thursday, 8 September 2011

Kisah Pertunanganku...


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 13 March yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.
Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?
Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.
Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. Masya-Allah.
Siapa dirinya?
Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.
Apa yang ada padanya?
Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?
Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.
Mungkinkah esok?
Mungkinkah bulan hadapan?
Ataupun mungkinkah tahun hadapan?
Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.
Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...
Masa sudah tamat, tiada?
Dialah malaikat IZRAIL...
13 March 1989 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.
Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?
Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.

p/s : sumber SINI dan telah diolah sedikit...moga ini menjadi peringatan buat saya!!! 

noktah,
nhmy1303.

Cabaran


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah hampir seminggu memulakan kembali sesi kuliah di IPG.. Kesibukan kembali menghimpit pundak ini. Usai praktikum terasa ingin merehatkan sebentar seluruh benak minda ekoran terlalu penat berfikir. Namun, semuanya tidak terhenti di situ. Tugasan yang masih bersisa sebanyak 3 itu harus diselesaikan dan dihantar pada hari Isnin ini. Hendak merungut tiada upaya kerana itulah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang pelajar. Hendak atau tidak, semua itu harus diteruskan juga. Selesai menghabiskan tugasan nanti, peperiksaan pula bakal menjengah dan sekali lagi minda ini bakal diuji. Ah, penat bukan kepalang namun saya harus mencuba dan terus mencuba. Semester ini, entah apakah bentuk cabarannya. Markah peperiksaan nanti bukan lagi menjadi fokus utama. Segalanya telah hilang setahun yang lalu semangatnya.. Mungkin Allah bakal tunjukkan sesuatu nanti... Mudah-mudahan... Kembali fokus, selamat berjaya rakan-rakan sekalian...Moga kita diberi keberkatan oleh Allah Taala.. =)

p/s:
  • Minggu depan kena hantar 3 tugasan kerja kursus
  • Minggu depan sibuk dengan majlis penutupan
  • Minggu depan kena berhadapan dengan pelbagai karenah manusia
  • Minggu depan bakal ke Terengganu, jalan-jalan cari jodoh kerja
  • Minggu depan sama dengan hari penat sedunia....Woohaaa!!
noktah,
nhmy1303.