Tuesday, 28 February 2012

I'd that chance, but i didnt use it..
why? because im trying to keep that feeling..
that deep feeling..
Allah knows...

(Ya Allah, petunjuk itu sudah sampai kah?)

=(
Bait-bait katanya tiba-tiba menerjah ruang kepala
Cukuplah hidup aku hanya ada Allah..
Aku tidak perlukan manusia di sekeliling untuk membantuku
Dek kerana satu perkara itu,
kepercayaan itu luntur satu persatu..
Entah bagaimana hendak dibina kembali..
Aku ternyata buntu
Sukarkah hati ini terbuka untuk terima?

Aku tidak sempurna
Aku tahu itu
Apabila berlaku perkara sebegini aku menjadi terlalu terluka
Luarannya sahaja engkau lihat bahagia
namun jauh di sudut yang paling dalam
hati aku terluka, dan kini umpama bakal merebak menjadi nanah...

Terasa ingin berlari..
Namun sampai bila?
Aku bingung..!!
Rumah itu tempat yang kutahu betapa damainya di sana..
Tiada telefon dan tiada juga laman sosial muka buku..

Aku tahu aku tak baik seperti orang lain
dan untuk mengelakkan aku terus-terusan menambah dosa,
hanya satu yang aku akan buat
tinggal segala-galanya
dan jangan sesekali menoleh ke belakang dan KEMBALI...!!

Allah... =(
Ya Allah, semakin aku kuat diuji
Semakin aku terasa disayangi
Dakaplah hati ini sekuatnya
Janganlah Engkau lepaskannya Ya Allah..

Aku memohon kepadaMu Ya Rabb
Jagalah hati ini sehingga tiba masanya
Aku hambaMu yang belum lengkap dengan pelbagai ILMU
Kuatkan tekad hambaMu dalam mencari ILMUMu..

Saturday, 25 February 2012

Momen indah cuti hujung minggu ini.. Alhamdulillah Allah kuasa duakan bahagia itu... Pada asalnya aku hanya ingin bertemu adik dan abah dek kerana mama berada di Putrajaya. Aku rindukan adik yang tinggal seorang bersama abah di rumah apabila adik yang lagi satu menyambung belajar di salah sebuah sekolah asrama.. Pesanan ringkas dikirim buat mama untuk menyatakan aku akan pulang hujung minggu ini. Dan tidak disangka mama juga akan pulang bersama Irees, kakak dan abang ipar.. Alhamdulillah..


*Rindu adik yang lagi dua.. Tak berkesempatan untuk berjumpa.. Jumpa kalian waktu cuti sekolah nanti.. Jaga diri. Kokni sayang KALIAN...!!
Masanya hampir tibakah?
Aku sendiri bimbang..
Moga Allah kukuhkan hati ini untuk menunggu 2 tahun lagi..
Mungkin juga 3
dan waktu itu aku sudah menjangkau 26..
Selepas waktu itu, jika berlaku perkara yang aku sendiri sudah tahu
Maka, aku perlu melepaskan segalanya..
InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan kelak...

*Masa depan, tak pasti bagaimana.. Adakah masih hidup atau apa? Hmmm
Alhamdulillah, Jumaat lalu merupakan penyeliaan pertama untuk subjek minor iaitu Kemahiran Hidup. Debar bukan kepalang kerana itu adalah kali pertama mengajar subjek berkenaan. Sehari sebelum diselia, persediaan yang pelbagai. Hampir putus asa juga kerana terpaksa menyiapkan 3 RPH.. (4 sebenarnya tetapi satu tidak sempat). Jam membidik 4 pagi baru mata bisa tertutup dan berlaku satu kejadian yang tidak diingini saat mata lain sudah terpejam lena. Alhamdulillah, esok paginya aku bersiap-siap apa yang perlu dan hasilnya setimpal dengan kerja keras aku walaupun aku tahu masih banyak lompong yang perlu ditampal. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah.

Thursday, 23 February 2012

Mestica - Istikharah

ISTIKHARAH
Mestica

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu Ya Tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

LAGU : RAZIN MESTICA
LIRIK : MASS MOHAMAD

Istikharah... Bukan semata-mata untuk meminta petunjuk siapakah JODOH kamu.. Namun dalam segala hal seandainya kita manusia menemui jalan buntu untuk membuat keputusan. Berserahlah segalanya saat dahi sujud bertemu SEJADAH kerana di situlah jawapan pada setiap KEBUNTUANmu...

Wednesday, 22 February 2012

"Kita mahu karya kita menjadi tiket ekspres kita ke syurga. Kita mahu karya kita menjadi sebab kubur kita terang benderang dengan cahaya kerana ilmu yang kita tinggalkan dalam karya kita itu menyebarkan manfaat kepada pembaca. Kita tidak mahu karya kita menjadi ‘Panduan Melakukan Jenayah for Dummies’ atau ‘101 Cara Melakukan Maksiat’. Kita mahu jadi penulis yang disayang tuhan dan nabi!"

Kredit: Penulis Novel Shamsiah Fakeh (Azzah A.R)





Bertimpa-timpa. Allahuakbar..!! Aku takut pada setiap perkataan yang aku tulis kini.. Allah terimakah atau aku sedang menempah tiket ke neraka? Berlegar-legar dalam ruangan minda.. Nak pergi atau apa?! Ya Allah, berilah petunjukMu..
To be honest, I am AFRAID enough.
I don't know why..
Its beat too fast..

Ya Allah...

Tuesday, 21 February 2012

Hari ini aku ditiupkan dengan peringatan ini :

Ketika murid melakukan kesilapan, usah terus-terusan menuding jari pada mereka, sebaliknya kita sebagai guru koreksi kembali diri kita.. Mereka juga manusia, kita sebagai guru juga manusia. Sama-sama lakukan kesilapan sama ada secara sedar atau sebaliknya. Manusia tiada yang SEMPURNA. Butir bicara mereka perlu didengar terlebih dahulu sebelum kita menyalahkan kesalahan yang mereka tidak lakukan...
Menulis status yang BAIK-BAIK
Berkongsi gambar dan video yang baik
Juga berkongsi lagu-lagu nasyid
Tak beerti aku ini baik
Kerana setiap manusia itu KEKURANGANNYA ada

Menulis atau berkongsi perihal perkahwinan atau baitul muslim juga
bukan beerti hati sudah dimiliki atau alam itu bakal ditempuhi tidak lama lagi
Hanya sekadar untuk perkongsian
Moga kelak manfaatnya ada...

..!!!!
Seringkali diuji berada dalam dilema..
Hendak diluah pada siapa melainkan Allah Taala
Hanya Dia tahu ganarnya hati aku minggu ini
Namun segalanya kuserahkan padaNya..

Adik, ya pesanannya menyusup satu persatu ke rongga telinga
Bagaikan terngiang-ngiang hingga waktu ini..

Allah.. Sudah jatuh ditimpa tangga..Bila jatuh, terkadang lukanya tidak mampu dilihat...

Monday, 20 February 2012

Perkara yang tidak melibatkan aku
Tetapi apabila dibicarakan secara keseluruhan
Adakah aku tidak terasa?
Jujur aku terasa.
Tapi siapalah aku
Melainkan aku hanya mampu berdiam diri

Terus-terusan menafikan,
manusia percayakah?
Walau 1000 kali diulang
Perkara yang sama pasti akan berlaku

Biarlah..
Biarlah mereka tidak mengetahui.
Asalkan Allah tahu segalanya..

Kuat Wani..!
Dua perkara yang aku tak pasti sama ada mampu untuk istiqamah atau tidak...
Niat terkadang pincang
Niat mendahului perbuatan
Allah.... =(

Sunday, 19 February 2012

"Sekali berada dalam bidang ini (penulisan), selamanya kau akan berada di dalamnya"
 (fakhaiMD)

Allahuakbar...! syukur diberi peringatan oleh dia..
Dia yang kuanggap seperti adik sendiri..
Aku rindukan penulisan
Aku rindukan tarian pada jejari runcing
Hampir hilang bisanya ditelan waktu
Tidak berkesempatan saat ini dek kekangan berpraktikum
Itu perlu diberi fokus dahulu..

Buku-buku berbondong-bondong minta dipeluk belai..
Aku rindukan waktu membaca..
Allah, berilah aku kesempatan itu usai praktikum nanti..

*Cerpen terbengkalai
*Pembacaan terbengkalai
Ada perkara yang aku tak mampu untuk memberi jawapan
Tanyalah berulang kali
Tiada jawapan yang boleh diberi

Ada perkara yang aku perlu simpan
Hanya aku dan Dia Yang Maha Mengetahui
Usah cuba dan terus mencuba untuk cuba selidiki
Kerana jawapannya kalian tidak akan temui..

Allah... Sukar untuk membuat manusia sekeliling faham..
Cukuplah hanya Engkau dan aku mengetahui
Kerana pada aku, hidup ini bukan tujuannya untuk menunjuk-nunjuk
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak sepatutnya.. amin
Semakin kerap...
Sehingga aku sendiri tak tahu kenapa
Allah, aku rindukan wanita itu..
Juga kurindukan mama

Lindungi mereka dimana jua mereka berada..
Aku bukanlah sehebat mereka
aku tahu dan akui akan perihal itu..
Namun, setiap manusia itu inginkan perubahan
Allah tiupkan angin keinsafan dalam diri setiap manusia

Biarlah aku ke arah itu perlahan-lahan
Tanpa diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah Taala
Kerana Allah lebih tahu akan kondisi hati aku..

Allah, bantulah dan bimbinglah aku..amin

Friday, 17 February 2012

Do support me..
I'm not asking for another one
Yet now or in future.

Pray for me
I'm not searching for anybody
Because I know Allah had the best for me

Guide me and always advice whenever I forget
I just want to be the nice one
I just want to be a PIOUS woman
I just want the blessed and sakeenah day in future..
Manusia itu terlalu merendah diri..
Tiada siapa yang tahu
Allah
Semoga Engkau membalas kebaikan atas kebaikannya selama ini

Diam dan tenang
Tapi kerja seiring berjalan...
Tarbiyah demi tarbiyah
Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku..
Mencuba untuk memperbaiki diri hari demi hari..

Tuesday, 14 February 2012

Berulang-ulang..
Aku ingin mencuba sekali lagi kali ini
Dan terlalu berharap
Percubaan kali ini biarlah berjaya

Andai aku tekad,
Biarlah dia tidak kembali
datang lalu mengetuk pintu hati aku
walaupun sedikit..

Namun aku tak pasti
Sejauh mana kekuatan aku kali ini..~

Monday, 13 February 2012

Kala aku dihimpit-himpit dek kesesakan kerana takut pada dosa
Seringkali Allah beri petunjuknya.
Allahuakbar..!
Bertahanlah wahai aku..

Terima kasih Ya Allah atas kesempatan itu

Sunday, 12 February 2012

HATI anggota yang paling sukar untuk dijaga..
Bila hati tidak dijaga maka pandangan juga sama
Bila pandangan tidak terjaga, maka pergaulan ikut turut serta.

Aku tahu semua itu...!
Dan perkara itu seringkali menghantui aku..
Dan adik  banyak mengajar aku perihal itu..
Kukagumi prinsipnya yang tersemat kukuh
Dari dulu sehingga kini
Langsung tidak goyah walau sedikit..
Namun aku?
Aku rapuh..!

Thursday, 9 February 2012

I miss you
Dear good baby girl
We gonna meet later
But I don't know when.
Please be nice to opah and both of your parents..

I miss your smile dear baby...!
Thank you for make me smile EVERYDAY..!!


lots of LOVE,
mak ngah...
=)

Wednesday, 8 February 2012

Illahi, dakaplah hati ini seeratnya
Jangan Engkau lepaskan walau sedikitpun
Aku takut Ya Allah..

Aku takut untuk meminta lagi
namun permintaan ini aku teramat memerlukan
lindungilah aku daripada godaan dunia..

Amin Ya Rabb

Tuesday, 7 February 2012

Aku tercari-cari perkara itu..
Percaturan yang salah semalam
Perlu kembali ditutupi
agar tiada siapa yang tahu..

Salah aku..
Ya Allah...
Sakit itu kembali menyerang...
Perlahan-lahan walau tidak kerap..
Aku sendiri tak pasti mampu untuk menghadapi atau tidak
Namun aku berharap kali ini walau diserang, biarlah tidak seteruk seperti selalu..

Ya Allah, lindungi hambaMu ini.. amin
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ditegur seseorang
Aku terkedu bukan kepalang
Namun dia menjadi penyelamat
Syukur tak terhingga
Terima kasih Ya Allah..
It's really hard to make a decision..
It's gonna change the whole life
Ya Allah, do help me in this situation
Im not asking the perfect one
But Im looking for the one who can be my imam
And I can be his makmum...


Istikharah wani...
Allah will show the guide..

Monday, 6 February 2012

Alhamdulillah..
Selesai kenduri
Pagi dan malam
Penat bukan kepalang..
Esok bakal bersambung

Tahniah kepada abang fahmi & kak syuhada
Tahniah kepada kak nurul & abang iman
Semoga kekal hingga ke syurga..!


Aku?
Gulp.! Tiada jawapan sampai bila aku sendiri tak pasti
Mereka-mereka semua dah bising bertanya..
Namun jawapan aku tetap sama..
Ya Allah, hari ini aku terfikir macam-macam...
Bantulah dan berikanlah petunjukMu...

Saturday, 4 February 2012

Ujian demi ujian silih berganti
Umpama gerimis yang jatuh menyembah bumi
Semakin lama semakin hebat rintikkannya

Aku tenang...
Walau ditemani mutiara jernih petang itu..
Segalanya kuserah pada Dia
Dia yang Maha Mengetahui kesusahan hati hambaNya

Diuji hebat bukan beerti Allah ingin membebani hambaNya
sebaliknya Allah sedang menjaga kita
agar kita tidak tersasar daripada landasannya..

Allahuakbar, aku bersyukur!!

*terima kasih..! kebetulan yang tak pernah diduga..moga Allah permudahkan urusanmu kelak.. =)
Dulu hampir tiada
Kini terbahagi dua
buntu dalam memberi dan menerima
Itu salah, ini tak kena..

Allahu Rabbi...

Friday, 3 February 2012


"Tak ingin kujalani cinta yang begini. Yang terserkup dengan noda-noda. Tak ingin tersepit dengan jiwa yang tak tenang. Kerana dalamnya ada ruang untuk dinoda..."
(fakhaiMD)

Ada sesuatu yang ingin diungkap, namun tersekat di lorong kerongkong. Belum masanya. Itu ungkapan yang seringkali aku katakan dan hati ini hanya Dia yang tahu.. Erat kusimpan rasa itu. Sekali hati dinoda, terlalu sukar untuk menjadikannya murni semula. Aku pegang itu. Jodoh itu rahsia Allah.