Monday, 29 August 2011

Saat Ia Melangkah Pergi...


Assalamualaikum wbt..


Bismillahirrahmanirrahim


sumber : deviantart

Dari kejauhan aku melihat Ramadhan melangkah pergi...
Lalu tenang kumenyapanya,
" Hendak kemana wahai Ramadhan? "
Dengan lembut ia berkata ,

"Maaf, aku harus melangkah pergi, mungkin lama kerana 
Syawal bakal bertandang tidak lama lagi. 
Tolong sampaikan pesanku ini kepada insan yang bernama MUKMIN . 
Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya , 
peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA .
Bersandarlah pada TAWADHU’ saat kesombongan menyerang.
Mintalah nasihat QUR’AN SUNNAH disetiap masalah yang dihadapi.
Sampaikan pula salam terimakasih untuknya kerana telah menyambutnya dengan sukacita.

“Itupun Syawal .. ia sudah tiba .."
....
dengan langkah longlai,
Ku lihat Ramadhan berlalu pergi ... jauh ....
Semakin jauh sehingga hilang daripada pandangan
mata hati,

"Ya Allah , apakah aku akan bertemu lagi dengannya Ya Allah ?"
"Apakah aku masih mempunyai waktu untuk mengejarnya yang semakin jauh pergi?"

sumber: (telah diolah sedikit penulisannya)

noktah,
nhmy1303.

Nowseeheart-Kembali


Nowseeheart
Kembali

kembali
menyusuri hari
indah warna warni
ceria dan berseri

mencari
makna seribu erti
nikmat disyukuri
hikmahnya tersembunyi

semalam jadikan pengalaman
buat kita menyuluh jalan
mencari pedoman
hidup penuh kebahagiaan

hari esok hanya anganan
belum tentukan kesampaian
hari ini kita mulai
langkah penuh keazaman

berusaha
tabur budi dan jasa
bagai hiduo di dunia
kekal selamanya

beramal
bekal untuk ke sana
umpama hayat kita
esok sudah tiada

takkan mungkin kekal di sini
mana bisa menongkah langit
umpama pepohonan rendang
teduhan seorang pedagang

hanya saja kekal disana
bertemu yg Baqo' Pencipta
anugerah teristimewa
pada hati yg sejahtera

tanpa sinarMu kegelapan
derita ku rasa
di mana cahaya
sinar mentari menyuluh hidupku
bagai cahaya kebenaran

bersama kita mengejar mimpi
menuju satu cita sejati
menggapai seribu impian
yang kita bina bersama-sama

Menulis atau Lisan?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.

Menulis itu menjadi minat utama saya. Dengan menulis saya bisa meluah segalanya. Dan dengan menulis, saya mampu untuk menggambarkan situasi atau keadaan yang berlaku di sekeliling saya. Saya lebih gemar menggunakan kemahiran menulis ini berbanding kemahiran lisan kerana kelemahan saya jelas terpancar saat berkomunikasi. 

Semoga minat menulis ini berterusan dan mungkin mampu untuk memberi pengajaran kepada manusia sekeliling. Amin..

noktah,
nhmy1303.

Hikayat vs Persiapan Raya


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.



terbiar kaku, 
terlantar lesu...
buku oh buku...
ampunkan tuanmu..
kerana kita belum bisa bertemu..


Cuti sudah bermula.. Ramadhan jua kian melabuhkan tirainya. Saya pasti seluruh umat Islam di dunia sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syawal yang dinanti kini bakal dirai. Saya juga tidak ketinggalan. Hari ini mama dan abah telah memberikan amanah untuk mengemas isi rumah. Penat bukan kepalang. Masakan hanya sempat mengemas ruang tamu dan membasuh halaman rumah. Masih banyak yang belum terlaksana. Esok bakal bersambung semula bersama adik-adik tersayang.

Hari ini tiada rehat yang panjang. Pagi-pagi sudah bergegas ke Taiping untuk mencari kasut dan tudung. Alhamdulillah kasut telah dibeli. Cuma tudung belum berhasil untuk menemui. Tetapi telah diserahkan kepada mama untuk mencari dan akhirnya 3 helai tudung telah dibeli. Saya juga telah membeli 'Cornflake' untuk kakak tersayang yang sejak awal lagi telah memesan kepada saya untuk membuat "Cornflake Madu". Namun, masih ada bahan yang belum dibeli yakni madu dan juga coklat masak. Esok barangkali dan esok kembali sibuk untuk membantu mama dan abah menyediakan juadah sempena aidilfitri nanti.

Kembali kepada buku. Saya masih belum berkesempatan untuk menyentuh Hikayat Indera Putra. Bukunya sudah berada di depan mata. Namun, dipandang sepintas lalu sahaja dengan niat "Aku kena habiskan buku ni sebelum kuliah bermula minggu depan". Semoga sempat untuk menghabiskan bacaannya. Selain buku, cerpen juga terbengkalai. Tugasan kerja kursus juga masih belum dibuat. Seminggu ini memang tidak mencukupi untuk orang pemalas macam saya ini. Hmmmm, entah bilakah hendak memulakan semuanya. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu kali ini. Jauhkan diri ini daripada sifat malas dan lemah. Kuatkan diri ini untuk menghadapi segalanya. Amin.

p/s: 
  • sebab saya tahu saya ni siapa. buruk baik saya dan buruk itu lebih banyak daripada baiknya. =) 
  • Oh, baju raya saya kali ni warna hijau, ungu+krim dan ungu gelap.. =)
  • Terengganu atau Shah Alam? (dilema kembali)



noktah,
nhmy1303.

Saturday, 27 August 2011

BERDEBUK!!!

memang tepat kena ke arah batang hidung sendiri...
walau ditujukan kepada umum...
tapi tak mengapa
sudah terbiasa
memang mengambil kata-katanya sebagai peringatan.
mudah-mudahan...
amin..
terima kasih yang tak terhingga

Moga Allah membalas kebaikanmu.

=)
=)
senarai semak kerja:


  • tugasan kerja kursus
  • bacaan hikayat inderaputera (terima kasih)
  • draf cerpen
  • menulis blog
  • ulangkaji pelajaran 

p/s : telefon bimbit letak merata-rata. harap maaf jika tidak menjawab sebarang panggilan atau membalas pesanan ringkas anda. Saya malas nak tengok telefon bila dah ada dekat rumah.. =)
senarai semak kerja :

  • sesi mengemas rumah
  • sesi membasuh rumah
  • sesi meletak kuih raya dalam balang kuih
  • sesi membuat kuih raya
  • sesi memasak
  • sesi membeli-belah (kasut, tudung dan lain-lain lagi)
  • sesi bersembang dengan mama, abah, kakak dan adik-adik =)
  • sesi menukar memasang langsir
  • dan yang sewaktu dengannya
selesai semuanya...=)

Thursday, 25 August 2011

Senarai semak kerja


  • kemas barang-barang untuk bawak balik esok
  • minta salinan lembut Hikayat Inderaputra pada M. Fakhai MD
  • draf cerpen. Alhamdulillah sudah mula menulis. Mohon supaya tidak terhenti tiba-tiba
  • bahagikan tugasan kerja kursus
  • siapkan kerja kursus sepanjang cuti. Raya sehari sahaja tahun ini.
  • jelaskan segala hutang sebelum balik rumah esok
  • hadiah untuk adik dan kakak (oh, duit dah semakin kurang)
  • makan ubat!!!
  • surat aduan t-shirt ipg

His Day


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


25 AUGUST 2011
today was his day
happy 14th birthday bro!
May Allah bless your life..
Thanks for being a very good boy
to mama, abah, and for the rest of our family..
ILY bro..
INFINITY

pen off,
nhmy1303.

Rezeki Ramadhan


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur atas nikmat kurniaan Allah yang memberikan rezeki yang melimpah-ruah sepanjang Ramadhan ini. Hampir menangis hari ini. Namun saya cuba bertahan. Ya Allah, jadikanlah aku tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur. Jauhkanlah aku daripada sikap sombong dan takbur. Amin.

p/s: penulisan seterusnya 
- hadiah daripada anak-anak murid
- gambar anak-anak murid
(insyaAllah)

noktah,
nhmy1303.

Wednesday, 24 August 2011

Semusim Bersama Seabad Terasa...

Bertahun kita bersama 
Satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi

Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yang dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali

Sekarang masa berpisah kenangan pahit indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan silap dan salah 
Kita insan yang lemah
Yang kuasa hanya Rabbul Izzati

Doakan kebahagiaan 
Ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa

Kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah juga atas ketentuan Allah
Membawa haluan atas dasar takdir Allah
Semoga segalanya selamat dengan izin Allah

noktah,
nhmy1303


Salam Perantauan Buat Amalina @ In =)


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam perantauan kutuju khas buat insan yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati

AMALINA @ IN 

yang berada di UK sana. 

dengan ucapan, 

KAK WANI RINDU ANDA...
(serius!!!)

=)

p/s: sebelum dicerap oleh guru pembimbing untuk terakhir kali.

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 23 August 2011

Allah Menggantikan Kembali Sesuatu Yang Telah Pergi


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Seminggu yang terlalu banyak dengan ujian.. Sudah sekian lama nikmat sihat ini ditarik Allah Taala. Saya redha. Dan sepanjang tempoh seminggu ini juga terlalu banyak dugaan yang menimpa. Di luar nampak kegoyahannya. Namun di dalam, saya tenang menerima semua ini. Alhamdulillah. Itu yang mampu diungkap.

Apabila Allah menarik sesuatu nikmat, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dan siapa sangka akan hal-hal yang berlaku. Namun, jauh di sudut hati, terdapat banyak perkara yang  saya langsung tidak layak. Entah pada siapa ingin mengadu.. Hati ini gusar memikirkan banyak perkara. Entah masa hadapan apa yang bakal berlaku. Semoga Allah melindungi saya pada perkara yang tidak sepatutnya. Amin...

noktah,
nhmy1303. 

Jika Terakhir Buatku-Saujana

Jika Terakhir Buatku
Saujana


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba





noktah,
nhmy1303

Debaran Semakin Terasa


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..



menanti dengan penuh debaran, 
10 minit pertama, jantung berdegup kencang, 
10 minit kedua, jantung berdegup lebih pantas....
akhirnya yang ditunggu tidak tiba..
esok kena kembali bersedia... 
permudahkan Ya Allah.




noktah,
nhmy1303.

Monday, 22 August 2011

Perihal Adik(s), Kakak dan Mama Abah


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ashwa, bye-bye"

Terkedu apabila dia berkata demikian. Lantas saya membalas

"Bye, nak balik dah. Gonna miss you"

Itulah perkataan rindu pertama kuungkap buat adik-adik. Tiga kali saya mengulang perkataan "Gonna miss you". Mereka terkejut dan akhirnya sama-sama ketawa. Bahagia bertandang saat itu. Pulangnya ke rumah kali ini membawa 1000 makna. Setelah saya diuji dengan pelbagai perkara. Hati penat melayan duka, Allah berikan sesuatu.

Terima kasih buat adik-adik. Kokni sayang kalian bertiga.
Terima kasih buat kakak. Orang sayang anda sangat-sangat.
Terima kasih buat mama abah. Kasih dan cinta ini tiada taranya.

BAHAGIA. Terima kasih kerana sudi bertandang ke dalam keluarga kami.
Ya Allah, terima kasih atas semua ini.
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih....
Alhamdulillah...


noktah,
nhmy1303.


Sunday, 21 August 2011

Senarai semak kerja :

  • Fail Praktikum-lengkapkan
  • RPH - tinggal lagi beberapa hari sebelum praktikum melabuhkan tirai
  • Mesyuarat AMT (harus dilakukan dalam minggu ini juga sebelum raya)
  • BIG - lawatan penanda aras (sejurus selepas raya : Khamis)
  • Lawatan ke Terengganu - (17 September 2011)
  • Kerja kursus- (3 sahaja namun masih belum disentuh)
  • Cerpen baru - mana drafnya wani?? 

Lailatul Qadar


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan Nur Kareem semakin melabuhkan tirainya. Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malan terakhir ini. 

Ya Allah, andai tiada lagi Ramadhan untukku tahun berikutnya, maka apakah hambaMu ini berpeluang untuk bertemu dengan Lailatul Qadar itu? 


Siti Aisyah R.A ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada Nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?"


Nabi bertanya kepada Aisyah semula, "Apakah akan kamu buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?"


Aisyah menjawab "Saya tidak tahu." Kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?"


Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya."

Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?"


Nabi S.A.W menjawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, 'Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa' fu' anni." 
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku) [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahu banyak perkara namun kali ini ingin berdiam diri sahaja. Penat menjadi seperti dahulu kala.
Hikmahnya kejadian itu terlalu besar.
Sesungguhnya saya manusia yang tidak kisah tentang apa yang bakal keluar daripada mulut mereka.
Sama ada baik atau sebaliknya.
=)

noktah,
nhmy1303

Saturday, 20 August 2011

Bilakah Akan Berkurangan?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bertarung dengan sesuatu..! Sesungguhnya aku semakin tidak mampu.
Pernafasan ini semakin tidak normal seperti biasa.
Batuk ini bagaikan tidak mahu berhenti.
Penat, Lemah, Lesu.
Ampuniku Ya Allah
DemiMu, aku tiada daya untuk menahan lagi sakit ini.


noktah,
nhmy1303.