Seringkali rasa bersalah menghantuiku
Entah mengapa perlu begini berulang kali
Tiada niat untuk memaksa
Cuma terlalu bimbang kesuntukan masa
Mohon maaf yang tak terhingga..
Moga engkau tak jemu bila kita satu kerja..
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Monday, 31 October 2011
Sunday, 30 October 2011
Dengan Kata-kata
Chairil Anwar,
Usman Awang,
Hamka,
Jalaludin Rumi
Khalil Gibran
A. Samad Said
Kata-kata manusia bisa mengubah dunia
Siapa sangka
Sekarang mereka,
Esok giliran aku,
Lusa mungkin engkau....
Usman Awang,
Hamka,
Jalaludin Rumi
Khalil Gibran
A. Samad Said
Kata-kata manusia bisa mengubah dunia
Siapa sangka
Sekarang mereka,
Esok giliran aku,
Lusa mungkin engkau....
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. [Surah Yunus, ayat 26]
Ya Allah, aku perlukan kekuatan yang tak terhingga. Usah Engkau biarkan aku rebah kali ini..
Saturday, 29 October 2011
Wahai Allah yang sentiasa membolak-balikkan hati ini,
Jangan Engkau tarik rasa kasih sayangMu pada hamba yang lemah ini
Jangan Engkau ragut rasa takut akan peringatan pada setiap azabMu
Jangan Engkau hilangkan rasa gentar pada setiap perbuatan dosa
Jangan Engkau biarkan aku terkapai dalam kegelapan
Jangan Engkau biarkan aku leka dalam waktu kesenangan
Wahai Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Limpahkah kasih sayangMu pada aku yang lemah
Limpahkan nikmatMu agar aku tidak derita
Limpahkan rasa syukurku pada setiap ujian hidupku
Limpahkan rasa bahagia pada setiap jalan hidupku..
Wahai Allah Yang Maha Besar
Jauhkan aku daripada rasa murung
Hindarkan aku daripada sifat lemah
Buangkan segala rasa gundah yang bersarang dalam jiwa
Kupohon Ya Rabb...
Jadikan setiap perjalanan hidup ini bermakna,
Sebagai bekalan untuk aku bertemuMu kelak..
Jangan Engkau sia-siakannya Ya Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin....
(Ya Allah, peringatanMu berulang kali, namun mengapa hati dan diri ini tidak berganjak sedikitpun untuk berubah? Jangan Engkau tarik segala nikmat itu sehingga aku rasa akulah manusia paling tidak berguna.. Pimpinlah dan peganglah hati ini Ya Allah. Pimpinlah pada jalan yang benar dan peganglah sekuatnya, agar aku tidak lagi tersungkur ke lembah durjana.. Hidupku cuma sekali Ya Allah..Tiada ulangan untuk kali kedua. Aku takut Ya Allah......Aku Takut,,,,)
Khilaf yang terlalu banyak
Tidak betah aku di situ
Rasa bersalah mencucuk-cucuk jiwa
Kerana kutahu, setiap lakuku ada salahnya.
Tuhan, berikan kesempatan kedua.
Berbaki 4 hari...
Aku harap kali ini berjaya
Jauhkan daripada berkata yang sia-sia.
Wahai diri yang sentiasa takutkan pada azab Allah Taala, kuatkan tekadmu...

Friday, 28 October 2011
Thursday, 27 October 2011
"Terima kasih"
"Jaga diri"
"Minta maaf"
3 perkataan keramat ini merupakan perkataan yang sering diungkap
Persoalan pada diri, sejauh mana kau benar-benar melafazkannya?
Sejauh mana perkataan ini memberi makna?
dan sejauh mana perkataan ini benar-benar lahir daripada jiwa?
Tanya diri sekali lagi,
jawabnya
"Setiap masa bila diungkapkan walaupun hanya pada sistem pesanan ringkas atau di atas medium blog atau di atas lembaran kertas putih. Itu adalah perkataan yang benar-benar lahir daripada jiwa"
Kerana, bila lahir daripada jiwa, kuharap ia juga sampai pada jiwa penerima...
Kerana, bila lahir daripada jiwa juga, kuharap penerima mendapat bahagia...
Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui semuanya...

Sebagai motivasi diri :
Jika rasa diri sakit, ingatlah, ramai lagi yang sakitnya lebih teruk
Jika rasa diri kurang bijak, ingatlah, masih ramai yang tak dapat merasai pengalaman belajar
Jika rasa diri tidak cantik, ingatlah, masih ramai yang tak berpeluang merasai perkara yang indah-indah
Jika rasa diri kurang dalam banyak perkara, ingatlah bahawasanya masih ramai yang langsung tidak pernah merasa nikmat hidup sepertimana yang telah engkau rasa selama hidup 22 tahun di bumi Allah..
Bangkitlah wahai diri...!!!!
Jika kau tahu kau paling lemah, lakukan sesuatu..
Sama ada engkau diamkan diri macam selalu
atau
Lakukan perkara yang memberikan sesuatu....!!!!
p/s: ternyata aku hampir menangis baca blognya... =(
Busana Melayu itu memang menjadi kegemaranku..
Usah ditanya mengapa aku sering dilihat memakai baju kurung ke mana sahaja.
Tiada lagi kerisauan untuk kemana-mana.
Kerana baju kurung itu semakin sebati dalam jiwa
Berbaju kurung umpama aku mengurung segalanya
Umpama coretan Faisal Tehrani dalam Manikam Kalbu
Dihurai indah tentang busana Melayu
Hingga aku ikut terbuai..
Daku lebih selesa mengenakan busana itu
Selamat dan indah
Walau terkadang situasinya tidak kena..
=)

Wednesday, 26 October 2011
Menikmati makan malam bersama mama, kakak dan abang Fahmee
Malam ini abang ipar belanja makan pizza.
Hati bersorak girang. Kalau ke Alamanda, tiada lain yang difikir melainkan kedai buku..
Ketika sedang memesan makanan, satu insiden telah berlaku..
Saya : Kedai MPH kat mana? (bertanya kepada kakak)
Kakak : Dekat dengan Habib
Saya : Ok
Mama : Hang nak pi kedai buku kan? Ma nak ikut sat lagi.
Saya : Ok.
Kakak : Nak buat apa pi MPH?
Saya : Nak beli novel la..
Mama : Hang ni novel ja.. Buat apa beli novel tu. Bukan ada pakwe pun nak baca novel-novel cinta. Ma tau hang tak bercinta.
Saya : La, baca novel tak semestinya bercinta. Bukan novel cinta pun. (Gelak, diikuti kakak dan abang ipar)
Saya : Hai la mama... Anakmu ini baca novel bukan bermakna dilamun cinta. (monolog dalam hati)
p/s: Berjaya membeli novel karya Hilal Asyraf-Takdir... Terima kasih mama kerana menemani daku ke sana.. =)
Awan berarak mendung...
Sore itu, bumi Allah sudah ditimpa hujan..
Mama dan kakak telah merancang untuk ke pasar malam
Hujan berhenti untuk seketika saat itu..
Alhamdulillah..
Kira-kira jam 5.45 petang kami bergerak.. Itu adalah pengalaman pertamaku ke sana.
Melalui jalan-jalan di Putrajaya pasti banyak yang melekat dalam minda.
Akhirnya tiba jua. Pasar malam dipenuhi lautan manusia.
Berjalan bersama mama dan kakak pastinya sesuatu yang menarik.
Terlalu banyak bahan mentah yang dibeli mama. Sebut sahaja nak makan apa, pasti dibeli,
Terutama kakak. Berbaki 2 hari lagi sebelum harinya.
Aku leka melihat manusia membeli sayur, ikan, daging, ayam dan pelbagai lagi bahan yang kesemuanya segar-segar belaka. Serasa ingin membeli semuanya..Itulah aku. Pantang nampak sayur.. Rambang mata dibuatnya.
Aku juga berkesempatan berjumpa saudara yang turut berniaga di sana.
Awan kembali mendung tanda hujan bakal turun. Kami sekeluarga bergegas membeli barang-barang sebelum hujan. Alhamdulillah sampai di rumah dengan selamat walaupun hujan turun dengan lebatnya.. Terima kasih Ya Allah..
p/s : Tuhan berikan secebis pengalaman. Simpan sebagai peringatan dalam kehidupan.. Pengalaman itu guru yang terbaik dalam kehidupan...

Tuesday, 25 October 2011
meruntun jiwa
setiap kali teringat pada kata-katanya
kini ia semakin menghilang
aku redha..
Ya Allah, jika semakin jauh maka lindungilah
Andai itulah yang terbaik
Usah pertemukan kembali dengan perihal yang tidak disangka-sangka.
Mungkin sudah cukup untuk 3 tahun. Usah bertambah lagi kerana aku semakin tidak mampu.
“Rahsiakan pertunangan dan maklumkan tentang perkahwinan”
[HR. Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil]

Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [Surah at-Taubah, ayat 115]
Monday, 24 October 2011
Jelajah Kuala Lumpur
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim
Pada 20-22 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar 2011 yang bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur. Kursus anjuran JHEP ini telah dihadiri oleh 30 orang perwakilan pelajar dan diiringi oleh beberapa orang fasilitator. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga segala input yang telah diberikan akan memberi manfaat kepada semua termasuk diri sendiri.
Khamis (22/10/2011) :
- Sebelum bertolak semangat berkobar-kobar untuk ke KL. Tujuannya ialah selepas kursus akan terus menuju ke Putrajaya. Namun tiba-tiba luntur dek sesuatu. Redha sahaja saat itu. Tiba di IPG dan duduk seorang diri dalam bas. Satu kelebihan buatku. Sepanjang perjalanan banyak berfikir. Kemudian tertidur. Sempat mencoretkan sesuatu dalam laptop dan sempat juga draf cerpen. Sepanjang perjalanan. sempat melayan perasaan. Lagu Keluarga Bahagia nyanyian Nowseeheart kuputar berulang kali lantas ada titik jernih menitis satu persatu. Rindukan keluarga saat itu.
- Tiba di Hotel Adamson, Kuala Lumpur dan 'check in'. Satu bilik 4 orang. Aku sebilik dengan Fatin, Najibah dan Sanisha. Rakan hotel yang baik dan suka gelak sepanjang masa. Terubat segala lara. terima kasih kalian.
- Bermula dengan slot 'Ice Breaking' oleh Encik Azhar. Sangat menarik. Dan banyak ilmu yang melekat dalam minda. Apabila duduk dalam kalangan mereka, aku dapat merasakan bahawa akulah yang paling lemah.
- Slot seterusnya diteruskn dengan bimbingan penulisan kajian kes. Pada mulanya aku rasa terbeban yakni satu apa pun tak faham. Lama kelamaan, semuanya menjadi mudah. Terima kasih kepada kumpulan empat yang diterajui oleh saudara Najib bersama ahli-ahli yang lain iaitu Fatin, Syafiq, Chiew Ting dan Lela. Daku gembira bekerja bersama kalian.
- Keluar melihat Kuala Lumpur bersama beberapa orang rakan. Berjalan kaki sahaja kerana ingat mahu makan di kawasan sekitarnya. Akhirnya kami sepakat untuk berjalan menelusuri lorong-lorong gelap untuk ke gerai Nasi Lemak Antarabangsa. Akhirnya, sesat dan makan di kedai yang lain. Sepanjang berjalan, otak ligat berfikir. Lain kawasan, lain cara hidup manusianya. Aku banyak memerhatikan kehidupan manusia di KL malam itu walau itu adalah pengalaman pertama keluar lewat malam.Cuak itu hanya Allah yang tahu. Terima kasih kalian kerana memberikan daku secebis pengalaman.
Jumaat (21/10/2011)
- Solat berjemaah bersama. Saat ini aku tenang setenangnya. Sekali lagi aku menangis. Biarlah. Usai solat, sesi renungan telah disampaikan oleh Ustaz. Terkesan pada banyak perkara.
- Perbincangan tentang isu-isu di kampus bersama ahli kumpulan.
- Berjalan-jalan untuk mencari kek. Namun hampa. Kaki terus melangkah menuju ke Nasi Lemak Antarabangsa. Terima kasih.. =) Aku dan mereka kehujanan. Gasaklah hari itu kalau demam.
- Sesi perbentangan isu-isu di kampus dimulakan.
- Malamnya diteruskan dengan slot oleh Puan Zalilah dan Encik Khairul
- Hari yang benar-benar menguji kekuatanku. Hampir pengsan di banyak tempat. Dan yag paling teruk apabila slot Encik Khairul aku tak mampu untuk fokus. Nyatalah aku demam saat itu. Terima kasih buat Sanisha. Aku kuat kerana dia ada di sisi..
- Sambungan sesi perbentangan isu-isu di kampus oleh kumpulan yang tertunggak.
Sabtu (22/10/2011)
- Hari terakhir kursus.
- Awal pagi itu aku diserang asma. Allahuakbar!! Saat itu hanya Allah yang tahu. Aku marahkan diri sendiri kerana tak pantang makan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak sarapan pagi itu. Ketakutan mengatasi rasa laparku.
- Slot bersama semua fasilitator. Terima kasih atas semangat.
- Slot bersama Sanisha (hehehe) ada perkara yang dibincangkan pagi itu. Terima kasih..=)
- Kursus tamat selepas ucaptama oleh Pengarah. Banyak nasihat dan peringatan yang diberikan. Aku cuba untuk mengaplikasikan pada masa hadapan.
- Sambutan hari lahir beberapa orang JPP dan pensyarah serta sempena satu tahun menjadi JPP. Terima kasih Ya Allah. Sedar tak sedar sudah setahun. Entah apakah sumbangan yang telah aku curahkan. Banyak dosa kukira apabila banyak tanggungjawab yang dipikul tidak dijalankan dengan baik. Terngiang-ngiang aku pada hadith ini :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
- 'Check Out' daripada hotel. Usai makan tengahari aku bersama beberapa orang rakan yang lain menuju ke KL Sentral. Perasaan takut menguasai diri. Aku tidak pernah menjejak kaki ke sana. Namun berkat pertolongan junior-junior akhirnya aku berjaya sampai ke Putrajaya. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua. Moga Allah membalas kembali jasa kalian. =)
nota :
- Syukur...syukur.. Banyak perkara yang telah berlaku. Dan aku sedar perlahan-lahan.
- Lupa pada slot Dr. Ismail yang berkesan.
- Hati lembut bak tisu. Banyak menitiskan airmata sepanjang kursus..
- Menunggu kakak melahirkan bayi pertama. Masih ligat berjalan. Aku pula yang risau. Moga dipermudahkan..
- Mama memahami segalanya. Terima kasih ma. =)
- Kerana kutahu, aku tidak sehebat kalian.. =)
noktah,
nhmy1303.
Jika hendak dibicarakan tentang kebaikan mereka
sampai bila-bila pun takkan habis..
Jika mengatakan tentang mereka pastinya akan timbul rasa cemburu yang lain..
Aku kurang mengerti kenapa..
Hingga aku diberi gelaran 'Kamus Junior'..
Ya Allah, lindungi dan berkati hidup mereka...Sampaikan doaku kepada mereka. Moga mereka sentiasa berjaya dalam bidang mereka..Amin..

Buku....Buku....Buku...
Peneman setiaku kini...
Kini mencari ruang untuk memiliki sebuah gajet..
Tetapi, keadaan kewangan tak mengizinkan..
Saat mereka yang lain sibuk mengumpul wang untuk membeli emas dan bersiap siaga untuk berkahwin,
lain pula difikiranku. Memiliki barang kemas itu bukan kesukaanku.
Sedar atau tak memang tiada koleksi langsung..
Haaa gasaklah... Sebab memang tak suka pada perhiasan itu..
p/s: beberapa 'entry' mudah untuk ditulis.. Tetapi cerpen? Langsung tidak berjalan gayanya.. Aduhai diri...
Sunday, 23 October 2011
Insan sekeliling seringkali bertanya soalan yang sama..
"Wani bila lagi..?"
"Wani dah berpunya..?"
Allah, ternyata tiada jawapan untuk segala persoalan..
Terkadang hati kecil sedikit terasa
Namun biarlah.. Belum tiba masanya..
Dan sendiri tidak mampu..
Terkejar-kejar itu,
Terkocoh-kocoh sendirian.
Lalu bagaimana ingin menguruskan tanggungjawab yang maha besar itu?
Namun hati ini tidak pernah berdusta..
Memendam rasa...
Allah lebih mnegetahui...Jika tiada,aku redha..
Kerana aku lebih ingin mengejar cinta pada Yang Maha Esa..
Moga tidak sedikit pun kurang rasa cintaku padaMu Ya Rahman...
=)
p/s : simpan hati dalam peti...kunci...=) moga kembali sihat wahai diri...
(Semakin jauh atau aku yang terlalu mengambil kisah?)

Selesai Kursus Kepimpinan Pelajar 2011 yang bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, itulah perkataan yang tak pernah lekang meniti di bibir.
Banyak yang ingin dicoretkan namun ku tangguhkan terlebih dahulu.
Usai kursus terus bergerak ke KL Sentral untuk pertama kalinya..
Cuaknya telah dirasa sebelum ke kursus lagi. Tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Namun, siapa sangka daku berjaya menjejak kaki juga ke sana
bersama beberapa orang junior yang baik hati..
Terima kasih untuk kalian semua..
Allah sahaja yang mampu membalas..
Tiba di Putrajaya seorang diri..
Belum sempat rehat, selepas Asar terus ke Kelana Jaya
Siapa sangka, aku bertemu dia kembali..
Setelah setahun berpisah..Rindu kembali bertaut...!

Saturday, 22 October 2011
Usai slot malam ini...
Alhamdulillah...
Namun, Allah sahaja yang tahu keadaanku tadi
hampir saja aku pengsan semasa kuliah Encik Khairul tadi..
Namun, masih sempat berfikir sama ada untuk rebah atau bertahan..
Akhirnya aku memilih untuk bertahan walaupun terlalu sukar..
Syukur fokusku masih ada..
Terima kasih Ya Allah untuk hari ini..
p/s: esok insyaAllah bakal ke Putrajaya... Moga Allah merahmati perjalanan ini...
(Ya Allah, Engkau kurniakan terlalu banyak manusia yang baik-baik disekelilingku. Lindungi mereka..amin)

Friday, 21 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
Tika aku sunyi, dialah peneman sejati,
Tika aku sedih, dialah penghibur duka,
Tika aku gembira, dia berkongsi sama
Tika aku dilanda musibah, dialah sebagai penguat
Tika aku rebah, dialah tiang sokongan
Ya Allah, dialah segala-galanya, tanpanya siapa aku Ya Allah..
19 Oktober 2011 kau tiba jua..
Buat Mama tersayang, Selamat Hari Lahir...
Panjang Usia dan Murah Rezeki Sentiasa...
Kasih Sayangmu tiada galang ganti... Orang sayang mama... =)
Jua buat emaknya...Moga sentiasa dalam rahmatNya...

Tuesday, 18 October 2011
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr:18)
sekali lagi belajar banyak perkara..
melalui pemerhatian...
sedaya upaya ikhlaskan diri walau kerja sebanyak mana pun..
bantulah manusia yang berada dalam kesusahan walau kerja sendiri pun bertimbun..
walau diri terpaksa menangis atau menjerit sampai anak tekak nak keluar sebab kesalahan diri sendiri..
Terima kasih Ya Allah..~

Emosi terganggu sebelum ke mesyuarat...
Bagaimana tidak terganggu.
Skop tugasan yang sepatutnya diedarkan malam ini banyak yang salah.
Bayangkan ratusan kertas dibazirkan begitu sahaja.
Maaf teman serumah.. Emosi luar kawal sebentar tadi.
Sekarang dah ok..
Masa untuk siapkan kerja.
Duhai blog, terima kasih sudi mendengar segala rintihan tuanmu ini..
=)
p/s: hadiah hari lahir mama dan adik..

Monday, 17 October 2011
Sekadar peringatan....
Cuba sedaya upaya untuk duduk di dalam kasut orang lain..
Rasailah kepayahan mereka..
Terkadang mereka dalam dilema..
Antara ingin membuat keputusan itu atau ini..
Antara ingin mengikut cakap dia atau dia..
Renungi sedalamnya..
Kerana kita cuma manusia biasa..
Maaf atas segala kekurangan yang ada...

Sunday, 16 October 2011
Alhamdulillah selesai Terasing..
Sehari setengah cuma..
Ceritanya banyak membuatku berfikir..
Tentang ukhuwah dan juga erti cinta pada manusia berlandaskan syariat Allah..
Usah biarkan manusia secara terasing..
Kerana boleh jadi mereka berubah menjadi yang lebih buruk...
p/s: Menyulam Cinta Fansuri... Perlukan buku... Bila hendak membeli lagi?

tidak mampu untuk diluah secara lisan kerana aku bukan insan sebegitu..
segalanya luahan hanya mampu diterbit melalui tinta...
kepada kalian (adik-adik junior), terima kasih yang tak terhingga di atas kebaikan yang terlalu BANYAK..
-Ammar
-Fathul
-Najib
-Fahmi
-Sanisha
-Ika
-Paen
-Anis
Jua buat kalian sahabat sejati..
- Zura
- Ija
- Anie
- Alin
- Seeza
- Awin
- Afidatul
Terima kasih atas segalanya...Susah senang kalian tetap bersama. Segala makan, pakaian dan semuanya dijaga dengan baik walaupun daku sering menyusahkan kalian terutama sewaktu sakit. Daku sayangkan kalian kerana Allah..Terima kasih Ya Rabb atas kurnian insan2 ini. Moga mereka semua sentiasa di bawah lembayung rahmatMu..
p/s: untuk kalian... bibir tidak akan bisa berbicara seperti ini. Justeru, hanya pena yang mampu mengungkapkan..
BuatMu Kakak Tersayang
Masih berbaki 2 minggu
Buatmu kakak tersayang,
bait-bait ini tidak pernah diluah secara lisan..
namun hatiku sering menuturkan
terima kasih buat anda
bersyukur aku tidak terhingga..
orang sayangkan anda..
sayang apit, ayeh, ajik, mama dan abah
sekali lagi, moga dipermudahkan segala urusan..
amin
KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Saturday, 15 October 2011
Tarikh Perlu Diingati :
- 19 Oktober 2011 : ulangtahun kelahiran MAMA
- 27 Oktober 2011 : kelahiran bayi kakak (insyaAllah)
- 2 November 2011 : Malam Memperingati Unit F (anjuran biro kerohanian)
- 3 November 2011 : Malam Gala Unit F dan KPLI (anjuran JPP)
- 5 November 2011 : ulangtahun kelahiran Najib
- 7 November 2011 : ulangtahun kelahiran Anie
- 8 November 2011 : ulangtahun kelahiran Ammar
- Sepanjang November : Peperiksaan akhir tahun
- 18,19 dan 20 November : Forum Peringkat Kebangsaan
Sekali Lagi
Assalamualaikum wbt..
Kembali diserang asma awal pagi ini... Saat manusia nyenyak dibuai lena aku terjaga.. Nafasku turun naik dan bunyinya begitu menakutkan aku. Aku hanya mampu berserah pada Allah saat itu. Aku cuba untuk kembali melelapkan mata. Berjaya namun kurang nyenyaknya. Berpusing ke kiri dan kanan untuk melegakan asma. Akhirnya jam 6.30 pagi aku terjaga. Terjaga dalam keadaan yang benar-benar menakutkan. Lantas turun ke ruangan bawah bagi melarikan diri daripada rakan. Usai solat Subuh, aku tidur kembali. Dengan harapan asmaku berkurangan sedikit demi sedikit. Syukur sedikit berkurangan.
Hanya tiga perkara difikirkan... Mama, Allah dan Mati. Kubimbang andai esok kejadian yang sama berulang kembali dan menjadi lebih teruk. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buatku...Andai ini kifarah pada dosa-dosa yang kulakukan saban hari, maka berilah daku kekuatannya...amin..
p/s:
- hujung minggu yang tidak serupa hujung minggu. Bakal kucuri masa untuk tidur sebentar lantaran badan yang teramat lemah....!
- rindukan mama, abah, adik-adik dan kakak...pelihara dan lindungi mereka Ya Allah... amin
Friday, 14 October 2011
Thursday, 13 October 2011
Salah Aku...
dalam gelap zulmat, kembali pergi... salah akukah? ternyata sama sahaja...cuma aku lambat dua minggu..!!
Laman sosial itu kubakal tinggalkan lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Menunggu saat kelahiran bayi comel ke dunia oleh kakakku. Penuh dosa dan noda kini. Ternyata langkahku membuka kembali muka buku itu satu keputusan yang salah sama sekali. Lantaran cerpen-cerpen jua novel ku sentuh sedikit sahaja. Salah aku..!
Kerana di situ jua fitnah berleluasa. Aku kecewa. Kisah setahun lalu masih kemas disimpan di minda. Fitnah itu jatuh ke atasku. Entah kenapa. Apa salahku, aku sendiri tidak pasti. Perlakuanku diperhati manusia...Setiap gerak geriku umpama dikawal.. Ternyata ia menjadi fitnah yang maha hebat buatku. Aku dirudung duka yang mendalam. Walau berkali-kali kucuba lupa namun tiadalah upaya aku sebagai manusia biasa untuk menghilangkan kesannya.
Tidak disangka...Hujan yang disangka bakal berpanjangan rupanya berhenti di tengah hari dan berganti dengan panasnya mentari. Kisah itu diperkatakan lagi tahun ini. Tuhan......Saat itu aku hampir rebah lagi. Andai kalian bisa sahaja tahu. Betapa aku cuba berhati-hati atas perkara sebegini kerana aku seorang wanita. Kerana kutahu maruah yang perlu dijaga... Dan kalian, dukaku tiada terhenti.. Kerana aku, dia juga terpalit. Ya...Salahku jua.. Aku kasihankan dia lebih daripada diriku sendiri. Kerana engkau, engkau dan engkau tidak tahu sebenarnya apa yang telah berlaku.. Maka kini, inilah kesannya...
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa hebatnya setiap perkara yang berlaku. Jauhkanlah Ya Allah. Andai kembalinya aku ke situ membuatkan manusia berfikir sebaliknya, maka jauhkanlah. Tidak pernah diminta pada perkara ini... Ampuniku Ya Allah..
Wednesday, 12 October 2011
Lemahnya aku Tuhan...
Saat ini kutahu sendirian itu tidak
Namun mengapa hati berduka lara senantiasa..
Kehilangannya buatku tidak senang duduk. Entah dimana kuhilangkan buku itu.. Tidak senang duduk dibuatnya. Terlalu banyak perkara yang dicatatkan. Termasuklah draf cerpen ketiga dan beberapa buah puisi dan kata-kata hikmat. Aku umpama hilang arah kini. Ya Allah, pertemukan kembali kami. Hilangkan duka dalam hati...

Monday, 10 October 2011
Assalamualaikum wbt..
Selamat tiba dari Bandaraya Bersejarah, Melaka jam 10 malam semalam. Lelah bukan kepalang. Alhamdulillah. Satu pengalaman yang sangat berharga. Walau pada mulanya daku sendiri tidak pasti program apakah sebenarnya. Akhirnya hari terakhir baru kuterasa sesuatu. Terima kasih Ya Allah.. Usai program, bergegas pulang untuk melawat bandar Melaka. Melewati pantai Tanjung Bidara sungguh menenangkan jiwa. Kemudian, Dataran Pahlawan menjadi destinasi seterusnya. Syukur alhamdulillah sekali lagi..
Pulang dari Melaka, kerja bertimbun-timbun. Pertandingan pantun dan pidato menjadi taruhan. Entah mengapa. Kali ini tiada daya. Kali ini ku banyak belajar. Membuat sesuatu itu tidak perlukan nama. Baik di atas lembaran putih mahupun disebut secara lisan. Kerana di situlah lahirnya ikhlas. Aku bersyukur..
Minggu ini memikirkan sesuatu.. Terlalu banyak. Entah mengapa perkara itu yang aku sering fikirkan. Biarlah mereka begitu. Moga sentiasa dilindungi Allah...
Saturday, 8 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
Kerja dan Mimpi
Assalamualaikum wbt..
Saat ini mata belum bisa dipejam. Kantukku kutahan jua. Demi menyambung kembali penulisan yang sudah lebih kurang 2 bulan ditinggalkan. Serasa tiada lagi idea yang datang mencurah-curah. Begitu juga malam ini. Namun sebaris dua ayat itu sudah mencukupi kukira. Kata orang lama, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Hati mula gundah.. Masanya semakin dekat. Terkocoh-kocoh aku ke sana ke mari. Terkadang terlupa bahawa aku sebenarnya lelah. Namun demi mereka, kugagahkan juga. Walau tiada dalam senarai, namun pengalaman itu perlu kukutip sebanyak-banyaknya dan khidmatku diperlukan disitu. Terima kasih.
Sore tadi kumimpikan sesuatu. Dua mimpi dalam satu masa. Allahuakbar. Namun kutahu, mimpi itu hanyalah mainan tidur. Tetapi memberi kesan buatku Entah mengapa kerapkali termimpikan hal sebegitu. Umpama mempunyai kronologi kerana sebelum ini daku pernah bermimpi tentang perkara yang sama.. Hampir saja aku menangis. Kerana hanya Allah Maha Mengetahui.. Cukuplah hal ini tergantung di sini...
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Usah Engkau uji perasaan ini.. Amin..
noktah,
nhmy1303.
Tuesday, 4 October 2011
Monday, 3 October 2011
Hampir kutumpahkan sahaja titis air jernih ini. Kaki melangkah longlai ke kafe untuk menjamah sedikit makanan. Namun hampa. Tiada langsung makanan yang sesuai buatku. Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui. Saat ini baru kusedar erti kekurangan makanan di negara lain. Bersyukurlah aku kerana masih mampu untuk makan walaupun tidak seperti dahulu.. Namun, kujamah jua bihun sup walau berminyak. Lantas jari pantas menaip pesanan buat mama untuk bertanya sama ada makanan tersebut boleh dimakan atau tidak. Jawapannya adalah tidak...
Ya Allah, aku lemah saat ini. Kurangkanlah Ya Allah...Hilangkanlah segala sakit ini walau sedikit kerana aku kurang mampu untuk menanggungnya...
Mama, orang tiada daya dekat sini. Betapa orang lemah. Terima kasih atas sokongan yang mama bagi semenjak orang asma teruk. Tapi semua tu tak sama dengan apa yang orang lalui sendiri dekat sini. Doakan orang ma... =(
Sunday, 2 October 2011
rupanya akaun itu tidak hilang
cuma tersalah kata laluannya..
perlukah kembali semula?
atau membiarkan sahaja?
wahai muka buku...
kucuba untuk tidak menghadapmu kembali
kerana disitu berlaku segala sengketa...
kecewa itu masih dirasa hingga ke ulu hati..
kembali untuk seketika..
setelah hampir setahun tiada...
moga aku tidak lagi dikawal olehmu wahai muka buku...
kembali untuk seketika..
setelah hampir setahun tiada...
moga aku tidak lagi dikawal olehmu wahai muka buku...
Jam 5 Pagi
Assalamualaikum wbt..
Jam membidik 5 dan aku terjaga daripada lena.. Asma menyerang lagi! Perlahan-lahan bangun menuju ke kerusi dengan harapan aku mampu untuk kembali menyambung lenaku. Namun sebaliknya yang berlaku. Kurangnya tiada, makin bertambah. Dalam keadaan yang lemah, otak berputar ligat.
"Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Jika hari ini adalah hari terakhirku, aku redha."
Lantas terdengar suara mama. Aku kembali lega. Maaf ma. Tiada niat untuk mengganggu waktu tidurmu.
"Nah, sapu ubat ni kat dada. Bagi kurang sikit."
Aku hanya mendengar arahan mama. Saat itu tiada apa yang mampu dilakukan. Entah mengapa semakin lama asma itu semakin kerap melanda. Mama memintaku untuk ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan apabila tanda-tanda asma kurang tidak kelihatan pagi ini.
Akhirnya, jam 5.15 pagi tadi, aku bersama abah membelah kesejukan pagi menuju ke klinik kesihatan yang berhampiran. Setibanya di sana, abah cuba menelefon pegawai perubatan. Berulang kali kulihat tangannya menekan punat berwarna hijau itu. Namun gagal untuk dihubungi. Aku juga seakan berputus asa kerana kasihan pada abah saat itu! Terasa ingin menangis semahunya kerana aku telah menyusahkan mereka. Akhirnya, abah membawaku ke rumah pegawai tersebut dan memanggilnya. Alhamdulillah syukur. Akhirnya aku mendapatkan rawatan dan keadaanku sedikit baik.
Kini, tidak tahu apa yang ingin difikirkan. Jujur aku bertambah risau untuk pulang ke rumah sewa hari ini. Bimbang andai diserang asma awal pagi pada siapa inginku meminta pertolongan? Teman serumah? Tentulah membebankan mereka. Kutekad! Kali ini pemakananku harus dijaga. Dan hambaMu ini memohon kekuatanMu Ya Rabb. Kuatkan aku dan sembuhlah segala sakit yang aku alami. Amin...
p/s:
- Maafkan orang mama abah kerana telah menyusahkan...=(
- Terketar-ketar seluruh badan saat ini..!
noktah,
nhmy1303.
Saturday, 1 October 2011
Mengesan sesuatu...
Kepala terasa ringan apabila dirumah..
Kerana ditemani adik-adik, mama dan abah..
Kepada adik-adik tempat meluah masalah...
dan dengan mereka perangai gila-gilaku terluah...
hanya mereka memahami..
Setibanya di Ipoh kelak?
Sudah pasti tekanan makin memuncak...
Namun, syukur kupunya rakan-rakan
dan juga mereka yang kuanggap seperti adik di sana..
Kini, tinggal seminggu sebelum pertandingan pantun
Namun, serasa macam tiada yang bergerak..
Moga Allah permudahkan..

Catuan Makanan
Assalamualaikum wbt..
Baru pulang daripada bertemu dengan doktor petang tadi. Hampir 2 jam lamanya menunggu untuk berjumpa dengan tuan doktor. Entah mengapa begitu lama hari ini. Satu pesakit hampir setengah jam lamanya. Tidak tahu apa yang dilakukan oleh doktor itu. Akhirnya, giliran namaku dipanggil juga. Lega bukan kepalang. Usai diperiksa oleh doktor, satu perkhabaran yang memang membuatku memandang mama. Mama hanya tersenyum. Si doktor menyuruhku menulis senarai makanan yang tidak boleh saya jamah sehingga baiknya asma ini. Satu persatu senarai diberikan. Hampir terkedu dibuatnya. Pada mulanya masih tidak terasa apa-apa. Keluar daripada bilik tersebut, aku memberitahu abah. Abah hanya tersenyum dan saat itu aku masih lagi tidak terasa apa-apa. Semasa mengambil ubat, barulah aku terasa sesuatu. Ya Allah, beratnya ujian ini. Ubatnya juga sudah pelbagai. Baik air, pil dan juga beberapa jenis herba berbentuk serbuk. Sekali lagi aku terkedu sambil melihat mama.
Menyemak kembali senarai makanan yang tidak boleh dimakan. Lama berfikir. Hendak dijamah apa selepas ini? Nasi bubur? Atau sayur air sahaja? Itu tidak merisaukan aku. Namun yang paling membuatkan rasa ingin menangis apabila nasi langsung tidak boleh dimakan. Terpaksa diganti dengan nasi perang yang harganya jauh lebih mahal daripada nasi biasa. Saat itu kembali rungsing. Makanan selepas ini perlu dicatu..Semuanya demi kesihatan ini. Aku masih bersyukur dan daku mengirimkan pesanan ringkas perihal ini kepada rakan serumah dan beberapa insan untuk meminta sokongan. Syukur mereka masih ada. Terutama teman serumah yang benar-benar memahami. Moga dipermudahkan rutin makananku selepas ini..
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
- Susu lembu atau susu kambing. (syukurlah memang tak minum susu selain soya..dan syukur juga kerana soya tidak tersenarai)
- Nasi putih...(Rasa hendak menangis. Entah boleh tahan atau tidak sebab memang akan cari nasi dalam apa jua keadaan.)
- Roti putih..(Ini makanan sampingan kalau lapar atau rasa tak nak makan nasi)
- Biskut.
- Telur.
- Minuman Bergas
- Minuman berais.
- Makanan bergoreng. (T_T)
- Buah-buahan import
Berikut pula merupakan senarai makanan yang boleh dimakan :
- Beras perang (Menggantikan beras putih...Beras jenis ni memanglah mahal...)
- Minyak zaitun (gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun..lagi rasa nak menangis!)
- Buah-buahan tempatan
- Kekacang
- Sayur-sayuran
Tuntasnya, memang boleh kurus selepas ini. Kepala rungsing kembali memikirkan hal ini. Namun, perlahan-lahan memujuk diri bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Kuyakin itu. Terima Kasih Ya Allah...
p/s:
- Terima kasih buat semua yang mendoakan. Terkejut bukan kepalang apabila menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan dan junior kerana mesej hanya dihantar kepada insan-insan tertentu sahaja. Moga Allah merahmati kalian.
- Ubat itu.. Bisa buat daku muntah!! Tak pernah rasa seteruk itu seumur hidup ini...Tinggal lagi 4 paket..!
- Berjayakah nak berpantang-larang ini?Wallahualam
noktah,
nhmy1303.
Subscribe to:
Posts (Atom)