Menitis lagi airmata ini
Hanya menonton berita mengenai mereka
Allah, bersyukurnya aku di sini
Tapi seringkali mengeluh tanpa henti.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mengharungi kehidupan yang semakin kejam dek rakusnya tentera Zionis..!
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Thursday, 26 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Melakukan kebaikan untuk mendapatkan balasan manusia atau mengejar redha Allah?
Fahamkah konsep melakukan kebaikan yang sebenar?
Lumrah manusia yang inginkan kebaikannya dibalas kebaikan.
Allah, apabila kita terlalu mengharap kebaikan yang dilakukan atau apa jua perkara yang dilakukan dibalas kembali,
MAKA
Hilang makna IKHLAS dalam diri.
Bukan balasan manusia yang kita perlukan
Tetapi balasan Allah.
Sebagai bekalan menuju ke akhirat yang lebih abadi kelak..
*Kerana apa yang berlaku langsung tiada terlintas dalam benak fikiranku.. Allah, dimanakah keikhlasan dalam membantu manusia yang berada dalam kesusahan? Aku sudah pernah merasai kesusahannya. Dan aku sudah pernah merasai perkara itu. Lalu aku simpan dalam-dalam. Kerana apa aku simpan? Kerana aku tahu Allah sentiasa bersama orang yang berada dalam kesusahan.

To become a good Muslim
You should change your whole life 360 degree..
Not only the way you talk,
Not only the way you wear those cloth that cover your whole body
Not only the way you act
Not only the way you say "I want to be a GOOD MUSLIM"
Its all about your IMAN
Its all about your AQIDAH
Its all about how you manage your life after changing..!
ITS ALL ABOUT EVERYTHING that related to ISLAM..
* Hidayah itu MILIK ALLAH. Gunakanlah sepenuhnya. Usah membenci manusia hanya kerana satu perkara yang kecil. Allah, ampuni hambaMu ini

Sunday, 22 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Hari ini, hati-hati yang bertaut pada jalanNya kembali diuji.
Kerana Allah ingin tahu setinggi dan serendah mana tahap keimananmu.
Aku masih aku yang biasa
Tidak berlalu, tidak juga menunggu.
Dalam duka,
Aku jauh ditinggalkan manusia.
Aku rebah dalam mengorak langkah ke jalan redhaNya.
Namun hanya "tangan mereka" yang dihulur membantuku bangun semula.
Tangan yang sepatutnya?
TIADA..
Ditinggalkan itu perkara biasa
Aku telah laluinya sejak berabad lama.
Tetapi, seringkali Allah gantikan dengan perkara yang baik-baik
Seringkali Allah gantikan dengan peristiwa yang manis-manis.
Kerana apa?
Kerana hanya Allah yang mengetahui
Dan aku
Aku bukanlah insan yang terlalu mengambil kisah atas setiap kejadian yang berlaku.
Tabah menerima kerana itulah takdir hidup yang terletak di Luh Mahfuz.
Senyum dalam duka,
Tangis dalam tawa..
*Setiap bicara walau dimana jua jika memburukkan antara satu sama lain adalah GHIBAH. dan jika insan yang diburukkan itu terasa maka Allah mengira kata-kata kita sebagai satu dosa..
*"sabar tu perit... tp kesannya indah"

Thursday, 19 April 2012
Berjalan, melihat, mentafsir dan berfikir...
Itu yang seharusnya..
Kerana kehidupan ini umpama mencari harta karun
Kesemua aspek diatas perlu digunakan.
Hidup
Kehidupan ini bukan semata-mata untuk bersuka-suka.
Hidup ini merupakan satu landasan sebelum kita melangkah kaki ke alam yang lebih abadi.
Aku tahu semua itu.
Hanya dengan bekalan yang dikumpulkan akan membawa kita menuju ke jalan yang seharusnya
Bermujahadahlah melawan hawa nafsu.
Berfikirlah ketika melakukan sesuatu perkara..
Hidup ini bukan untuk ditangisi.
Usah ditangisi pada perkara yang tidak pasti.
Aku belajar itu
Belajar daripada kalian semua.
Ada kalanya aku perlu berdiam diri untuk mentafsir
Ada kalanya aku meneruskan bicara untuk mengisi rongga perntarbiahan jiwa..

Monday, 16 April 2012
Kaki ini...
Kaki ini, derapannya semakin lemah
Semakin longlai menuju ke rumah Illahi
Semakin kurang daya untuk mengutip selautan ilmu di rumahNya
Kaki ini, langkahnya semakin jauh
Semakin jauh meninggalkan rumah Illahi
Semakin kerap menuju ke tempat yang aku sendiri tidak pasti
Kaki ini, momentumnya semakin hilang
Semakin perlahan mencari redha Illahi
Semakin perlahan menuju cinta yang hakiki
Ya Allah, aku tahu segala perbuatan yang aku lakukan dan kerapkali diselang-seli dengan rasa bersalah. Lindungilah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Aku rindukan rumahMu kerana hanya di situ kutemu ketenangan yang paling abadi.
Proses pentarbiahan itu datang dengan sendirinya..
dan juga berlaku dimana-mana
Selepas aku mengalami satu situasi yang agak teruk kukira
Aku mencari sendiri proses itu.
Allah lebih mengetahui segalanya.
Syukur..Syukur kerana Allah sentiasa bersama aku
Aku, hambaNya yang lemah..
Aku, hambaNya yang hina
Aku, hambaNya yang selalu rebah
Aku, hambaNya yang leka dan alpa
Aku, hambaNya yang dipenuhi noda
Melempiaskan rasa rindu dan cinta kepada Allah
dan bergantung segalanya hanya pada Allah yang Maha satu
KITA, kita sebagai hambaNya nescaya tidak akan rugi..

Thursday, 12 April 2012
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al Hujurat:12)
Allah....
Semakin menghampiri harinya.
Kini aku menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka dalam hidupku.
Sekurang-kurangnya aku mendapat sedikit pengisian untuk mengisi rongga rohani yang kian kosong.
Biarlah mereka hendak berkata apa jua.
Aku tahu itu.
Moga aku lebih tabah..
*Diam daripada berkata-kata kepada mereka yang suka berkata-kata sehingga mereka sendiri kehilangan kata-kata. Allah itu ada.. Kuatlah wahai diri.. Selagi tidak melanggar hukum syarak dan selagi Allah redha, maka teruskan perjuangan. Usah bimbang kata-kata manusia..

Tuesday, 3 April 2012
Meniti perjalanan kehidupan yang semakin lama semakin sukar..
Namun syukur itu tak pernah lekang dari tangkai nubari..
Sungguh aku sayangkan mereka
Mereka yang telah aku ajar bermula Januari yang lalu..
Kasih itu tidak tumpah seperti seorang kakak kepada adiknya.
Aku berharap Ya Allah..
Agar kau permudahkan urusan perjalanan hidup mereka..
Kerana mereka masih belum melepasi tahap yang sebenarnya..
Kasihani mereka dan berkati ilmu mereka walaupun terkadang nakal mereka buat aku goyah..
*Terima kasih Ya Allah atas kesempatan untuk berkhidmat dalam profesion ini.. Moga Kau redha dan ikhlaskan setiap apa yang aku lakukan.. amin

Sunday, 1 April 2012
Maaf...
Adakalanya aku tidak membalas pesanan kalian atau tidak menjawab panggilan
dan
semua itu mempunyai sebab musabab yang kukuh
walau terkadang aku sedikit malas.
Maaf...
Berkali-kali aku sudah terkena
Serik itu datang dan pergi
dan kali ini aku terasa ingin tanam rasa serik itu dalam-dalam
Moga perkara yang sama tidak berulang.
Mungkin tidak sedar atau sebaliknya
Namun aku terima
Dan penerimaan aku dengan cara beginilah
Kerana aku tahu
Diam itu lebih bermakna..
Terima kasih buat semua..
aku tersangat hargai..
Luka kini berdarah kembali
aku terkapai-kapai mencari penyembuhnya..
Tapi Allah itu ada
Allah Maha Adil
Aku lebih tenang apabila meletakkan segalanya pada Allah..
aku lebih yakin bergantung hanya pada Allah..
Hanya padaNya aku kembali
kerana kelak, aku akan kembali kepadaNya jua..
* Senyum menutup duka. Senyum membawa bahagia.. Senyum tanda kau redha terima segalanya.. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)