Thursday, 19 April 2012

Berjalan, melihat, mentafsir dan berfikir...

Itu yang seharusnya..
Kerana kehidupan ini umpama mencari harta karun
Kesemua aspek diatas perlu digunakan.

Hidup
Kehidupan ini bukan semata-mata untuk bersuka-suka.
Hidup ini merupakan satu landasan sebelum kita melangkah kaki ke alam yang lebih abadi.

Aku tahu semua itu.
Hanya dengan bekalan yang dikumpulkan akan membawa kita menuju ke jalan yang seharusnya

Bermujahadahlah melawan hawa nafsu.
Berfikirlah ketika melakukan sesuatu perkara..

Hidup ini bukan untuk ditangisi.
Usah ditangisi pada perkara yang tidak pasti.
Aku belajar itu
Belajar daripada kalian semua.

Ada kalanya aku perlu berdiam diri untuk mentafsir
Ada kalanya aku meneruskan bicara untuk mengisi rongga perntarbiahan jiwa..

No comments: