Kembali nanti
Mencoret liku kehidupan sepanjang 2011
InsyaAllah jika diizinkan Allah Taala
Moga-moga kali ini dipermudahkan..
Amin..
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Saturday, 31 December 2011
Thursday, 29 December 2011
Pada setiap masalah yang dihadapi, Allah gantikan aku untuk mendengar segalanya,
walau dalam diam aku sendiri teroleng-oleng..
Ya Allah, jika Engkau berikan aku kesempatan untuk mengurangkan beban manusia,
maka aku terima dengan penuh suka, redha dan terbuka..
Jika aku tempat sandaran mereka
maka pindahlah segala duka padaku
agar beban mereka sedikit berkurang
satu persatu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
p/s: Kuatnya manusia datangnya daripada Allah diiringi doa yang tak putus-putus...

Total RM290
Cucuk+6jenis ubat+ Diperiksa doktor
Hampir-hampir mencecah RM300
Terkejut bukan kepalang..
Sepanjang perjalanan pulang ditemani airmata
Kerana sakit yang teramat
dan kerana aku telah menyusahkan mama abah berulang kali
Kukira tahun ini sahaja perbelanjaan untuk perubatanku mencecah ribuan ringgit
Maafkan daku duhai mama abah
Bukan berniat untuk memberi beban
=(
p/s: aku dah tak mampu nak beritahu tentang keadaanku. percaya atau tidak selepas ini terpulang...mudah untuk kita berkorban diri memahami keadaan orang lain, tapi belum pasti orang lain faham keadaan kita.. Terima kasih Ya Allah. Kerana aku masih diberi kekuatan... =)

Wednesday, 28 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
Mama risaukan keadaanku
Aku tahu itu
Terkadang boleh terima
Terkadang seperti tidak
Apabila berbicara soal jodoh
Mama tahu aku bagaimana
Anaknya yang satu ini masih mempunyai jawapan yang sama
Belum rasa untuk berkahwin
Atau mungkin tidak berkahwin
Tak mengapalah
Andai jodoh itu ada alhamdulillah
Andai sebaliknya
Kita sama-sama perlu belajar erti redha.
=)

Monday, 26 December 2011
Berbedanya Rezeki Manusia
Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
Rezeki, jodoh dan ajal maut tak siapapun tahu. Segalanya telah ditetapkan oleh Illahi sejak di Luh Mahfuz lagi. Kita hambaNya usah menyangkal pada segala ketentuanNya. Syukur dirafakkan pada Rabbul Izzati. Alhamdulillah pada setiap rezeki. Menerima perkhabaran tentang keputusan akhir peperiksaan cukup menyenakkan perutku. Aku sendiri sudah dapat menyangka akan keputusan sebelum waktu peperiksaan tiba lagi. Begitulah saban tahun. Aku mampu merasa. Namun, pada setiap rasa itu aku belajar untuk redha. Jika keputusannya tidak baik, maka aku perlu bersyukur. Itulah ujian buatku. Agar aku tidak lupa untuk terus-terusan meminta dan berdoa pada Allah Taala. Agar aku tidak melupakanNya saat aku menempah kejayaan. Itu sahaja yang aku pegang. Alhamdulillah. Allah tidak pernah melupakan aku sebagai hambaNya yang lemah ini. Cuma aku terkadang yang melupakanNya.. Ampuni aku Ya Allah.
Siapa sangka? Aku sendiri juga tidak. Namun itulah aku namakan sebagai rezeki Allah Taala. Keputusan itu sungguh aku tak jangka! Subhanallah. Hebatnya kasih sayang Allah pada hambaNya. Aku tergamam saat mengetahui keputusan itu. Tidak pernah mengharap kerana aku sendiri tahu apa yang aku jawab semasa peperiksaan yang lalu. Dan yang paling sadisnya untuk kertas terakhir aku tak mampu menjawabnya dengan baik. Lantas apabila tamat peperiksaan, aku menangis semahunya kerana tidak mampu untuk bertahan lagi. Dan kesibukan yang mencengkam beberapa minggu sebelum peperiksaan menjadikan aku kurang melakukan persiapan. Namun alhamdulillah. Aku dapat kedua-duanya. Kesibukan itu mengajar aku mengenal erti susah payah insan lain. Erti pengorbanan yang menuntut sebuah pengalaman hidup. Dan dek kesibukan itu, Allah gantikan aku dengan sebuah kejayaan.
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Kejayaan aku disambung dengan keputusan peperiksaan PMR adikku. Hanya satu sahaja yang B dan peningkatan akademik di sekolah tersebut serta peningkatan matapelajaran Sains yang diajar oleh abah di sekolah. Siapa sangka? Rezeki itu Allah akan beri sekelip mata. Cuma kita manusia tak tahu bila.
Justeru, andai belum tiba rezekinya, maka janganlah berputus asa. Allah sentiasa menunggu kita untuk berdoa dan terus berdoa. Allah tak perlukan kita, tetapi kita senantiasa perlukan Allah untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Dan rezeki, rezeki untuk setiap manusia itu tersangat berbeza. Jika bukan hari ini, insyaAllah akan muncul pada masa akan datang.
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (ath-Thalaaq:2-3)
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkann, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (surah Ibrahim:7)
Sunday, 25 December 2011
Tentang Bonda
Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim..
Pada waktu senggang ini aku mengambil peluang untuk menulis sesuatu. Kalam ini telah lama kupendam sejak beberapa minggu yang lalu. Moga kali ini segalanya terluah indah. Biarlah orang yang membaca penulisan ini berkata aku klise kerana aku sering meluahkan perkara yang sama.
Ibu, emak, mama, bonda dan ummi. Panggilan yang berbeza untuk insan yang sama iaitu seorang wanita yang melahirkan seorang anak atau seorang wanita yang bertanggungjawab dalam menguruskan perihal rumahtangga di sisi seorang suami tercinta. Menelusuri kehidupan cuti yang dirasakan amat panjang di teratak ini mengajar aku tentang 1001 erti. Menjadi seorang ibu itu pahalanya berlipat kali ganda. Itulah kelebihan Allah ciptakan seorang wanita yakni pelengkap tulang rusuk Adam.
Bermula detiknya kelahiran khalifah itu ke dunia, aku telah nampak segalanya. Allah Maha Besar. Penat lelah dan gementarnya menunggu berbuah bahagia. Aku teringat satu kata-kata:
"Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalan Allah."
"Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalan Allah."
Aku telah meletakkan situasi kakakku dalam diri. Masa itu kurasa peritnya untuk melahirkan seorang bayi ke dunia. Namun aku tahu, segala sakit itu akan sembuh apabila kita melihat anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu selamat lahir ke alam fana. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pulang ke rumah aku menyaksikan segalanya. Bermula daripada proses menyusukan seorang bayi, memandikan bayi, memberi tidur dan semuanya yang berkaitan. Ada masanya hati kecil aku tersentuh dan hampir menangis. Kerana terlalu kasihan. Namun itulah lumrah menjadi seorang ibu. Tidak akan terlepas daripada semua rasa itu.
Dan melihatkan kesungguhan kakak, mama dan abah menjaga bayi itu, sekali lagi aku tersentuh. Itulah pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Ada waktunya aku pernah menangis dek tidak tahan melihat mama dan kakak terpaksa berjaga sehingga jam 4 pagi untuk menidurkan bayi itu. Allahu Rabbi, moga Engkau memberi kekuatan kepada mereka.
Bersyukur yang teramat sangat. Apabila aku berada dalam situasi begini, aku dapat memuhasabah diri. Dan saat itu aku merasa, apabila punya anak kelak, aku pasti akan dapat sendiri merasai betapa susahnya mama dan abah menjaga aku dahulu. Dan saat itu aku pasti aku akan menangis semahunya.
Terima kasih Ya Allah. Jangan Engkau hakiskan walau sedikitpun rasa sayang dan kasih ini pada mereka. Jika aku tidak berkahwin kelak, menjaga mereka seumur hidupku adalah impianku kelak. Moga Allah permudahkan nanti. Amin...
Nukilan atma,
Seorang anak...

Seringkali kegentaran menyelubungi aku
Terkadang aku sedar
Terkadang aku leka
Berkali-kali hati aku meronta untuk meninggalkan ruangan sosial itu
Berkali-kali juga aku berkata perkara yang sama
Namun, aku langsung tidak bergerak
Jangan sampai Allah hilangkan terus rasa takut ini.
Ya Allah, bantulah aku....

Saturday, 24 December 2011
Bergetar maha hebat jiwaku
Pagi itu kutekad juga
Dia yang mulakan dahulu
Aku sedikit terlambat
Akhirnya rasa bersalah mendorong aku untuk lakukan juga
Tidak pasti bagaimana
Namun, aku berharap sangat mampu membuka pintu hati manusia
Termasuk juga aku
Kini segalanya selesai
Yang aku perlu lakukan terus-terusan berdoa
Moga Allah permudahkan SEGALANYA

Selamat pengantin baru Kak Nurul
Maaf sangat-sangat
Walau rumah di sebelah sahaja namun aku tak dapat menjejak
Sadis!
Sudah diduga perkara ini akan berlaku
Pagi-pagi lagi sudah tak terdaya
Semoga baitul muslim yang dibina penuh barakah
Semoga kekal hingga ke syurga..
p/s: hari ini dan semalam orang berkumpul ramai. aku rindukan suasana itu. namun, aku langsung tak turut serta.. =(

Friday, 23 December 2011
Mengemudi kolek di lautan cabaran
Aku teroleng-oleng sendirian
Pendayung yang setia menjadi teman
Dalam tidak sedar hampir patah dek dihempas kuatnya badai
Aku berharap
Moga aku selamat tiba ke pinggir
Sebelum aku tenggelam bersama ombak yang semakin mengganas..
Ya Allah, dakaplah hati ini sekuatnya.. agar aku tidak lagi terlepas dan berlari lantas mengulangi dosa.

Thursday, 22 December 2011
Cuti kian melabuhkan tirainya
Namun terlalu banyak perkara yang membelenggu fikiranku
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku
Jujur aku teramat takut
Pertanyaan aku dan insan itu ternyata sama
Namun aku memandang masalah itu kepada bentuk positif
Kali ini aku benar-benar ingin diam jika diizin Allah Taala
Kerana satu tindakan, manusia akan ubah persepsi terhadap kita 100 peratus
Kita mencemuh manusia tanpa mengira perasaannya
Berkata itu ini tanpa menyedari akan perihal bahawa satu hari nanti perkara yang sama mungkin berlaku kepada kita.
Aku terkedu akan hal
Lantas seminggu ini aku banyak berfikir tentang tindakanku
Sepanjang aku di IPG
dan sepanjang aku hidup
Benarlah pengajaran yang aku peroleh
Jika perasaan ingin menegur manusia tidak lahir daripada hati yang ikhlas
Lambat laun perkara tersebut akan kembali kepada kita
Ya Allah...............
Menangislah aku perlahan-lahan..

Wednesday, 21 December 2011
Monday, 19 December 2011
TERAMAT sayangkan kalian
Itu sahaja cara aku luahkan rasa sayang
Memasak atau bergurau senda atau melakukan perkara yang terkadang tak masuk akal
Jujur aku rindukan itu
TERLAMPAU
Aku memang tiada duit untuk membeli sebarang material pada kalian
Namun, moga kasih sayang dan doa ini lebih berharga daripada nilai duit..
Buat kalian (Ajiq, Apit dan Ayeh)
Moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati perjalanan hidup
Moga Allah sentiasa permudahkan segalanya
Moga dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kesyukuran
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
dan
ALHAMDULILLAH aku punya adik-adik seperti kalian
nukilan seorang kakak..
walau kutahu kalian tidak membaca ini
walau kutahu kalian tidak akan tahu rasa ini
Selepas diuji dengan sakit tempoh hari
Idea untuk menulis telah hilang sekelip mata!
Karya yang baru mengenal mukaddimah itu hampir 2 minggu aku tinggalkan
Bayangkan? Hati aku memberontak mencari-cari idea
Namun tiada...
Lembaran itu langsung tidak disentuh
Pandang apatah lagi
Dalam masa dua minggu itu didatangi idea yang lain
Aku tidak mencatat dimana-mana
Kubiarkan sahaja berlalu
Satu tidak mampu siap apa lagi hendak ditambah menjadi dua?
Cuti ini banyak kuhabiskan dan kubazirkan dengan tidur
Terlalu banyak tidur dek badan aku yang teramat lemah
dan diserang asma dan demam yang bertubi-tubi
Entah apa yang mama dan abah fikirkan
Aku tak mampu luahkan semuanya kepada mereka
Lantas mulut terkunci seribu bahasa
Dalam waktu cuti juga aku banyak membincangkan tentang hal yang tidak disangka-sangka
Menjadi pendengar kepada masalah beberapa insan juga
Terkadang aku tepu
Hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan segala keperitan yang mereka alami
Moga bila aku pulang dan menyambung kembali semester baru, sinar ceria itu ada di wajah mereka
Walau aku tahu jauh dilubuk hati mereka bagaimana kondisinya..

Sunday, 18 December 2011
Perkara dah ada depan mata
Tapi aku terkaku untuk bertanya
Kerana bimbang bakal tersalah waktu dan tempatnya
Alhamdulillah dia kembali gembira
Walau kutahu hatinya sedang berduka..
Tahniah atas keputusan peperiksaan
Kita sama! =)
Daku turut bahagia apabila engkau tersenyum!
Terima kasih Ya Allah..
Lindungi dia walau dimana pun dia berada
Kepada dia, jumpa tahun hadapan.. =)

Saturday, 17 December 2011
Memberi nasihat yang baik-baik
Menulis status yang baik-baik
Bukan bermaksud aku baik
Kerana aku juga terlalu banyak keburukan
Terlampau!
Setiap manusia itu kekurangannya ada
Tiada yang sempurna
Termasuk aku yang sudah 22 tahun bergelar manusia
Cuma, apabila memberi nasihat
Atau menulis perkara yang baik-baik
Diri bakal terdorong ke arah itu
Maka hati juga turut ikut sama bermuhasabah
Kerana hidup ini dikawal dan diperhati oleh malaikat pencatat baik dan buruk
serta Allah Taala.

Jujur..
Jujur aku rindukan pada kesibukan kerja
Pada bebanan yang terkadang membuat aku bermuram durja
Pada tugasan yang terkadang memeningkan kepala
Pada tanggungjawab dan amanah yang selalu membuatkan aku menangis hiba
Kerana pada setiap kerja itu ada ibadahnya
Kerana pada setiap tugasan itu tersimpan sejuta pengalaman yang sukar untuk dibeli dimana-mana
Kerana pada setiap bebanan itu aku terasa manisnya
Dan pada setiap tanggungjawab dan amanah yang terpikul itu kujumpa banyak hikmahnya
Ya Allah, jangan biarkan hidup aku kosong tanpa melakukan apa-apa sehingga aku rasa lalai dan leka.
Menghampiri ke hari keramat untuk meninggalkan jawatan. Namun, aku tahu, dosa ketika menjawat jawatan itu terlalu banyak..! Ampunilah hambaMu ini Ya Allah kerana tidak berlaku adil dan amanah sepanjang menjalankan tugas..
Friday, 16 December 2011
Thursday, 15 December 2011
Wednesday, 14 December 2011
Ingin lakarkan sesuatu
Namun tidak terluah
Makin dicuba semakin payah..
Daku sendiri tidak pasti mengapa
Itu tak siap
Ini tak habis lagi
Terlalu BANYAK
Dan semakin tak terkejar
Hari-hari otak ligat berfikir tentang praktikum
Persoalan demi persoalan berlegar di ruang fikiran
3 bulan..
Orang kata pejam celik masanya singkat sahaja
dan tidak terasa waktu itu berlalu
Namun aku dibayangi rasa takut yang teramat
Bukan kerana tidak mampu untuk menghadapainya
Cuma aku takut pada tahap kesihatan yang semakin tidak menentu
Sehingga terfikir aku perlu ulang kembali praktikum nanti
Masakan tidak, di rumah sahaja aku tak pernah sihat
Hanya dapat kurasa nikmat sihat itu untuk beberapa jam sahaja
Aku tidak lagi mengeluh saat in
Tetapi yang paling aku takut
Aku bakal susahkan ramai pihak...
Ya Rabb kurangkanlah....

Monday, 12 December 2011
Penulis Sejati
“Penulis sejati memang menulis dirinya.
Tetapi dia juga manusia…
yang punya kekuatan dan kelemahan,
kebaikan dan keburukan,
pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja.
Lalu dia terus bermujahadah…
menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya.
Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol)
Subhanallah...!!!
Terima kasih Ya Allah...
Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Aku harap sangat aku mampu
Jujur aku sedikit kusut
Banyak perkara lagi yang tak terkejar sekarang ni
Sebelum cuti dah tekad sangat-sangat
Kali ini aku perlu lebih rajin
Praktikum tahun depan terlalu sukar buatku
Kemahiran Hidup!__
dan dek kerana peperiksaan kertas RBT yang memang mendukacitakan aku!!
p/s:

- tiada penafian.. kau memang CULAS wani...!!
- dalam fasa menulis lagi... katil dah bersepah dengan buku segala bagai.. bertambah-tambah serabut..!
Tuesday, 6 December 2011
Tak pasti sempat atau tidak..
Cuba menghabiskan sebuah novel bahasa inggeris karya Jodi Picoult..
Novel yang sudah lama dibeli
Namun hanya sempat membelek beberapa helai muka surat
Novel bahasa Melayu pun merangkak-rangkak untuk dikhatamkan
Apatah lagi novel bahasa Inggeris kan?
semoga berjaya..
p/s : dalam mood untuk belajar...
1. Kesusasteraan Melayu untuk semester hadapan
2. Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
3. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
4. Menghabiskan bacaan Kumpulan Cerita-cerita Rakyat Etnik Bajau Semporna.
Moga Allah permudahkan... Tapi macam tak bergerak sahaja nanti.. huhuhu...

Monday, 5 December 2011
Hampir kebaratan semuanya
bermula daripada popia, paf kentang dan telur, salad sampailah ke spageti
Memasak itu terkadang menenangkan.
Aku seronok begitu di rumah bersama adik-adik
Memasak dengan niat untuk memberi mereka makan
Itulah perkara yang paling membahagiakan
Dan bahagia menjadi kuasa dua apabila makanan itu habis..
Aku bukan manusia yang mudah mengungkapkan kata sayang
Tetapi itulah caranya aku menyatakan rasa sayangku kepada mereka.
Semoga ini berkekalan Ya Allah..
Aku manusia yang tak punya apa-apa sebenarnya..
Apa yang aku ada didunia semuanya hanyalah pinjaman semata-mata
Duduk bermuhasabah diri sedalam yang boleh..
Ya Allah. Terima kasih atas kurniaan ini.
Memang mudah untuk memberi nasihat dan kata-kata azimat
Namun aku juga masih mencari-cari kekuatan sendiri untuk memperbetulkan dan menguatkan diri..
Pada setiap kata semangat yang aku bina, seiringkanlah dengan kuasaMu yang memberi kesembuhan pada mereka yang sedang berada dalam keadaan duka ataupuh pada mereka yang mencari kekuatan diri.
Sedaya upaya cuba membantu.. Namun kekuatan datangnya daripada diri kalian.
Kuatlah wahai adik-adik akak.. Hanya tu yang akak mampu ungkap... =(
Kuatlah wahai adik-adik akak.. Hanya tu yang akak mampu ungkap... =(
Pada noktah yang terakhir,
Aku dapat rasakan sesuatu
Bergetar hebat hati
dan secara kebetulan diiringi oleh muzik latar oleh Opick yang aku kurang pasti tajuk lagunya
Aku hampir menangis
Bukan kerana aku berjaya siapkan sebuah lagi cerita
Namun aku membayangkan saatnya Allah menarik nyawa
dan saatnya aku menghadapi detik itu kelak
atau teman-temanku menghadapi detik itu jika aku menjadi Nur Ain Maisarah..
Ya Allah, kutahu, akan tiba saatnya nanti aku akan menemuiMu..

Sunday, 4 December 2011
Menulis kata-lata lebih mudah berbanding menulis cerpen
Kedua-duanya ada perbezaan yang ketara
Menulis kata-kata,
idea datang bila-bila masa sahaja
Sewaktu makan, mendengar radio, dalam kereta, atas motor
Sekelip mata kata-kata mampu dicipta
Menulis cerpen?
Idea datang tidak tentu masa
Ada masa idea mencurah-curah maka mudahlah
Jika sebaliknya?
Memang parah...!!

Pada setiap aksara yang ditaip itu Allah hitung satu persatu
Adakah bait tintamu itu memberi manfaat pada manusia atau merosakkan mereka?
Pada setiap aksara yang ditaip itu Allah hitung satu persatu,
Adakah bait tintamu sekadar mengampu atau untuk menyampaikan ilmu?
Pada setiap aksara yang ditaip itu Allah hitung satu persatu
Adakah bait tintamu menambah lagi dosa atau memberi pahala?
Pada setiap aksara yang ditaip itu Allah hitung satu persatu
Adakah bait tintamu benar-benar lahir dari hati yang ikhlas atau sebaliknya?
Ya Allah, jika segala perkataan yang wujud ini menambahkan dosa, maka Engkau kakukanlah jemari ini untuk menaip apa jua perkara. Dosaku yang lampau masih belum terampun, tidak terdaya untuk aku menambah dosa yang seterusnya.. Ampunilah dosaku Ya Rabb...
Menunggu apakah malam ini seperti semalam jua
Usai solat Subuh baru mata mampu terlelap
Mampukah aku berkata lagi untuk Engkau mengambil nyawa
sedangkan aku tidak tahu bilakah ajalku?
Ya Allah, ampunilah dosaku...
Mungkin sudah cukup masanya untuk aku merasa kesenangan di dunia barangkali
UjianMu bertalu-talu
Namun aku tidak layak untuk terus-terusan berputus asa.
Kepada Allah aku sandarkan segala pengharapan
KepadaNya jua aku serahkan sepenuhnya
Moga kekuatan ini kembali terjana
Aku terima seadanya pada segala kekurangan diri
Penat untuk terus-terusan merungut.
Kerana kuyakin pada setiap ujianMu Ya Allah
hanya ada dua asbabnya
Menghapuskan dosa-dosa lama
dan
Balasan kembali kepada segala dosa-dosa lampau.
p/s : cerpen bakal terbengkalai untuk beberapa hari lagi. tercalit perasaan kesal namun Allah tidak membenarkan keadaanku untuk meneruskan saat ini.
Saturday, 3 December 2011
Friday, 2 December 2011
Setitik susu ibu dan setitik keringat ayah
kita tidak mampu untuk membalas hingga ke akhirnya
=(
=(
peringatan untuk aku.
Kita seringkali berdoa untuk diri sendiri. Diberi kesejahteraan yang baik. Hidup aman damai serta dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Namun, kita seringkali terlupa untuk berdoa untuk ibu bapa sendiri. =(
Thursday, 1 December 2011
Ruangan itu kupandang sepi
Minda serta fizikalku kembali lemah
SELEMAHNYA....
Dengan tiba-tiba ia kembali menyerang
Aku tidak mampu untuk meneruskan niatku
Cerpen, sekali lagi dikau terbengkalai
Moga kita bertemu lewat malam nanti jika diizin Tuhan
p/s : lepas Isyak, lepas makan, tidur... Moga Allah kurangkan sedikit... Sedikit pun jadilah... Amin..

Dari HATI mengekspresi SENI
Lama kukira meninggalkan kecintaan ini..
Hanya diedit daripada gambar yang diambil di laman sesawang
Dari HATI mengekspresi SENI
Moga aku tidak tinggalkan CINTA yang pernah beraja di hati
Moga aku juga tidak tinggalkan CINTA yang baru berputik ini
Seiringkan keduanya moga MEKAR hingga ke SYURGA..
p/s: Kehadapan diri, kau tidak petah berkata-kata, maka petahlah bermain dengan bait tinta...
Allah itu Maha Berkuasa
Atas setiap sesuatu di atas dunia
Juga kepada makhluk yang dicipta
Sekejap sahaja nikmat yang diberiNya boleh ditarik bila-bila
Itu semua adalah takdirNya..
Mahu tak mahu, aku kena terima..
Teruskan usahamu diri..
Kau menulis bukan untuk suka-suka
Walau tiada yang membaca, tetapi itulah kepuasan yang nyata buatmu..
Siapa tahu, tintamu bakal menjadi pedoman buat semua orang nanti...

Subscribe to:
Posts (Atom)