Monday, 19 December 2011

Selepas diuji dengan sakit tempoh hari
Idea untuk menulis telah hilang sekelip mata!
Karya yang baru mengenal mukaddimah itu hampir 2 minggu aku tinggalkan
Bayangkan? Hati aku memberontak mencari-cari idea
Namun tiada...
Lembaran itu langsung tidak disentuh
Pandang apatah lagi
Dalam masa dua minggu itu didatangi idea yang lain
Aku tidak mencatat dimana-mana
Kubiarkan sahaja berlalu
Satu tidak mampu siap apa lagi hendak ditambah menjadi dua?


Cuti ini banyak kuhabiskan dan kubazirkan dengan tidur
Terlalu banyak tidur dek badan aku yang teramat lemah
dan diserang asma dan demam yang bertubi-tubi
Entah apa yang mama dan abah fikirkan
Aku tak mampu luahkan semuanya kepada mereka
Lantas mulut terkunci seribu bahasa


Dalam waktu cuti juga aku banyak membincangkan tentang hal yang tidak disangka-sangka
Menjadi pendengar kepada masalah beberapa insan juga 
Terkadang aku tepu
Hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan segala keperitan yang mereka alami
Moga bila aku pulang dan menyambung kembali semester baru, sinar ceria itu ada di wajah mereka
Walau aku tahu jauh dilubuk hati mereka bagaimana kondisinya..

No comments: