Kalau dahulu tangan ini terlalu ligat.
Tapi kini tidak lagi.
Dan aku mengambil keputusan untuk meninggalkan ruangan blog yang
semakin hari aku terasa semakin banyak lukanya
luka yang mengambil masa untuk diubati
kerana hanya Allah lebih mengetahui.
dan peralihan waktu akan menyembuhkan semuanya
dengan izin Allah Taala.
mohon maaf untuk yang terasa dengan setiap kata-kata di laman ini..
jujur aku juga terluka
dan entah bila lukanya akan sembuh
lantas aku mengambil keputusan untuk jauhkan dan diamkan diri daripada ramai orang
kerana itulah yang sebaiknya..
jangan tanya kenapa aku berubah
kerana perubahan itu perlu
aku tidak berdendam..
cuma ganarnya hati terlalu sukar untuk dipulihkan..
moga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.
jika terlalu benci pada manusia usah dipamerkan
sebaliknya simpanlah..
Ya Allah..ampuni hambaMu ini
Pada setiap kata-kata yang telah menjadi ghibah
Pada setiap ayat yang telah merobek jiwa manusia
Sesungguhnya aku manusia yang lemah..
*Akhirul kalam.. Semoga Allah redha.. Tiada lagi penulisan di laman ini untuk dikongsi bersama.. Cukup untuk aku meluah rasa dan menjadi tempat yang privasi.. =)