Tuesday, 22 May 2012

Meninggalkan apa yang bukan hak kita di dunia ini terlalu perit.. Namun andai setiap daripada kita memahami bahawa setiap di muka bumi ini adalah hak milik Allah, nescaya rasa perit itu hilang perlahan-lahan. Belajar untuk meninggalkan segala perkara yang kita tahu bukan milik kita. Kelak Allah gantikan dengan nikmat yang paling manis dan berharga. Mohon untuk hidup di dunia sebagai wasilah untuk mendapat ganjaran ke syurga.

Tepati janji pada mama.. Rongga hati yang selama ini aku fikirkan perlu diisi dengan cinta manusia, kini aku perlu isi dengan cinta pada Allah dan kekasihnya Rasulullah.. Berjaya atau tidak? Allah lebih mengetahui. Tempoh waktu itu telah tamat. Dakaplah hati ini kembali Ya Allah. Aku telah siakan masa lampau dengan mengisi pada perkara yang tidak sepatutnya.. Ampuni hambaMu yang hina ini Ya Allah.

No comments: