Monday, 21 May 2012

Apakah Erti Bahagia?

Apakah erti bahagia buat kita yang sebenarnya?

Adakah bahagia itu hadir apabila kita bersama dengan sahabat seperjuangan?
Adakah bahagia itu hadir ketika kita dilamar sang kekasih hati?
Adakah bahagia itu hadir saat kita melangkah kaki ke gerbang perkahwinan?
Atau bahagia itu hadir apabila kita menerima anugerah pelajar terbaik di tempat belajar?

Untuk aku
Pada saat dan detik ini
Bahagia itu hanya hadir saat aku bersama Allah
Saat aku berdua-duaan mengadu rasa gundah hanya pada Allah
Kerana aku tahu
Aku bakal kembali kepadaNya
Entah esok atau lusa
dan kerana aku tahu, apa yang aku miliki saat ini
akan lenyap kelak
kerana semuanya milik Allah..

No comments: