Wednesday, 14 December 2011

Ingin lakarkan sesuatu
Namun tidak terluah
Makin dicuba semakin payah..
Daku sendiri tidak pasti mengapa


Itu tak siap
Ini tak habis lagi
Terlalu BANYAK
Dan semakin tak terkejar


Hari-hari otak ligat berfikir tentang praktikum
Persoalan demi persoalan berlegar di ruang fikiran
3 bulan..
Orang kata pejam celik masanya singkat sahaja
dan tidak terasa waktu itu berlalu
Namun aku dibayangi rasa takut yang teramat
Bukan kerana tidak mampu untuk menghadapainya
Cuma aku takut pada tahap kesihatan yang semakin tidak menentu
Sehingga terfikir aku perlu ulang kembali praktikum nanti
Masakan tidak, di rumah sahaja aku tak pernah sihat
Hanya dapat kurasa nikmat sihat itu untuk beberapa jam sahaja
Aku tidak lagi mengeluh saat in
Tetapi yang paling aku takut 
Aku bakal susahkan ramai pihak...


Ya Rabb kurangkanlah....

No comments: