Saturday, 17 December 2011

Jujur..
Jujur aku rindukan pada kesibukan kerja
Pada bebanan yang terkadang membuat aku bermuram durja
Pada tugasan yang terkadang memeningkan kepala
Pada tanggungjawab dan amanah yang selalu membuatkan aku menangis hiba

Kerana pada setiap kerja itu ada ibadahnya
Kerana pada setiap tugasan itu tersimpan sejuta pengalaman yang sukar untuk dibeli dimana-mana
Kerana pada setiap bebanan itu aku terasa manisnya
Dan pada setiap tanggungjawab dan amanah yang terpikul itu kujumpa banyak hikmahnya

Ya Allah, jangan biarkan hidup aku kosong tanpa melakukan apa-apa sehingga aku rasa lalai dan leka.
Menghampiri ke hari keramat untuk meninggalkan jawatan. Namun, aku tahu, dosa ketika menjawat jawatan itu terlalu banyak..! Ampunilah hambaMu ini Ya Allah kerana tidak berlaku adil dan amanah sepanjang menjalankan tugas.. 

No comments: