Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim
Pada 20-22 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar 2011 yang bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur. Kursus anjuran JHEP ini telah dihadiri oleh 30 orang perwakilan pelajar dan diiringi oleh beberapa orang fasilitator. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga segala input yang telah diberikan akan memberi manfaat kepada semua termasuk diri sendiri.
Khamis (22/10/2011) :
- Sebelum bertolak semangat berkobar-kobar untuk ke KL. Tujuannya ialah selepas kursus akan terus menuju ke Putrajaya. Namun tiba-tiba luntur dek sesuatu. Redha sahaja saat itu. Tiba di IPG dan duduk seorang diri dalam bas. Satu kelebihan buatku. Sepanjang perjalanan banyak berfikir. Kemudian tertidur. Sempat mencoretkan sesuatu dalam laptop dan sempat juga draf cerpen. Sepanjang perjalanan. sempat melayan perasaan. Lagu Keluarga Bahagia nyanyian Nowseeheart kuputar berulang kali lantas ada titik jernih menitis satu persatu. Rindukan keluarga saat itu.
- Tiba di Hotel Adamson, Kuala Lumpur dan 'check in'. Satu bilik 4 orang. Aku sebilik dengan Fatin, Najibah dan Sanisha. Rakan hotel yang baik dan suka gelak sepanjang masa. Terubat segala lara. terima kasih kalian.
- Bermula dengan slot 'Ice Breaking' oleh Encik Azhar. Sangat menarik. Dan banyak ilmu yang melekat dalam minda. Apabila duduk dalam kalangan mereka, aku dapat merasakan bahawa akulah yang paling lemah.
- Slot seterusnya diteruskn dengan bimbingan penulisan kajian kes. Pada mulanya aku rasa terbeban yakni satu apa pun tak faham. Lama kelamaan, semuanya menjadi mudah. Terima kasih kepada kumpulan empat yang diterajui oleh saudara Najib bersama ahli-ahli yang lain iaitu Fatin, Syafiq, Chiew Ting dan Lela. Daku gembira bekerja bersama kalian.
- Keluar melihat Kuala Lumpur bersama beberapa orang rakan. Berjalan kaki sahaja kerana ingat mahu makan di kawasan sekitarnya. Akhirnya kami sepakat untuk berjalan menelusuri lorong-lorong gelap untuk ke gerai Nasi Lemak Antarabangsa. Akhirnya, sesat dan makan di kedai yang lain. Sepanjang berjalan, otak ligat berfikir. Lain kawasan, lain cara hidup manusianya. Aku banyak memerhatikan kehidupan manusia di KL malam itu walau itu adalah pengalaman pertama keluar lewat malam.Cuak itu hanya Allah yang tahu. Terima kasih kalian kerana memberikan daku secebis pengalaman.
Jumaat (21/10/2011)
- Solat berjemaah bersama. Saat ini aku tenang setenangnya. Sekali lagi aku menangis. Biarlah. Usai solat, sesi renungan telah disampaikan oleh Ustaz. Terkesan pada banyak perkara.
- Perbincangan tentang isu-isu di kampus bersama ahli kumpulan.
- Berjalan-jalan untuk mencari kek. Namun hampa. Kaki terus melangkah menuju ke Nasi Lemak Antarabangsa. Terima kasih.. =) Aku dan mereka kehujanan. Gasaklah hari itu kalau demam.
- Sesi perbentangan isu-isu di kampus dimulakan.
- Malamnya diteruskan dengan slot oleh Puan Zalilah dan Encik Khairul
- Hari yang benar-benar menguji kekuatanku. Hampir pengsan di banyak tempat. Dan yag paling teruk apabila slot Encik Khairul aku tak mampu untuk fokus. Nyatalah aku demam saat itu. Terima kasih buat Sanisha. Aku kuat kerana dia ada di sisi..
- Sambungan sesi perbentangan isu-isu di kampus oleh kumpulan yang tertunggak.
Sabtu (22/10/2011)
- Hari terakhir kursus.
- Awal pagi itu aku diserang asma. Allahuakbar!! Saat itu hanya Allah yang tahu. Aku marahkan diri sendiri kerana tak pantang makan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak sarapan pagi itu. Ketakutan mengatasi rasa laparku.
- Slot bersama semua fasilitator. Terima kasih atas semangat.
- Slot bersama Sanisha (hehehe) ada perkara yang dibincangkan pagi itu. Terima kasih..=)
- Kursus tamat selepas ucaptama oleh Pengarah. Banyak nasihat dan peringatan yang diberikan. Aku cuba untuk mengaplikasikan pada masa hadapan.
- Sambutan hari lahir beberapa orang JPP dan pensyarah serta sempena satu tahun menjadi JPP. Terima kasih Ya Allah. Sedar tak sedar sudah setahun. Entah apakah sumbangan yang telah aku curahkan. Banyak dosa kukira apabila banyak tanggungjawab yang dipikul tidak dijalankan dengan baik. Terngiang-ngiang aku pada hadith ini :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
- 'Check Out' daripada hotel. Usai makan tengahari aku bersama beberapa orang rakan yang lain menuju ke KL Sentral. Perasaan takut menguasai diri. Aku tidak pernah menjejak kaki ke sana. Namun berkat pertolongan junior-junior akhirnya aku berjaya sampai ke Putrajaya. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua. Moga Allah membalas kembali jasa kalian. =)
nota :
- Syukur...syukur.. Banyak perkara yang telah berlaku. Dan aku sedar perlahan-lahan.
- Lupa pada slot Dr. Ismail yang berkesan.
- Hati lembut bak tisu. Banyak menitiskan airmata sepanjang kursus..
- Menunggu kakak melahirkan bayi pertama. Masih ligat berjalan. Aku pula yang risau. Moga dipermudahkan..
- Mama memahami segalanya. Terima kasih ma. =)
- Kerana kutahu, aku tidak sehebat kalian.. =)
noktah,
nhmy1303.
2 comments:
salam...
wah, banyaknya coretan!
sempat 'mengumpat' dalam blog ye...
hahhaa
tak apa...
yang penting, kita masih berbaki untuk bernafas di juzuk-juzuk udara yang malar segar dengan cabaran...
teruskan mengukir kata bersama pena dan tinta yang penuh setia. kekalkan momentum dalam 'dunia' yang telah dicipta sendiri...
waalaikumussalam..
eh bahagian mana yang mengumpatnya?
keliru sebentar..
akak memang suka menganyam ketupat..
hahahaha
maaf lah.. sekadar luahan perasaan.. tiada niat untuk sesiapa.. Kebanyakkan penulisan berkisar tentang akak...
terima kasih banyak-banyak...
=)
Post a Comment