Momen indah cuti hujung minggu ini.. Alhamdulillah Allah kuasa duakan bahagia itu... Pada asalnya aku hanya ingin bertemu adik dan abah dek kerana mama berada di Putrajaya. Aku rindukan adik yang tinggal seorang bersama abah di rumah apabila adik yang lagi satu menyambung belajar di salah sebuah sekolah asrama.. Pesanan ringkas dikirim buat mama untuk menyatakan aku akan pulang hujung minggu ini. Dan tidak disangka mama juga akan pulang bersama Irees, kakak dan abang ipar.. Alhamdulillah..
*Rindu adik yang lagi dua.. Tak berkesempatan untuk berjumpa.. Jumpa kalian waktu cuti sekolah nanti.. Jaga diri. Kokni sayang KALIAN...!!
No comments:
Post a Comment