Alhamdulillah, Jumaat lalu merupakan penyeliaan pertama untuk subjek minor iaitu Kemahiran Hidup. Debar bukan kepalang kerana itu adalah kali pertama mengajar subjek berkenaan. Sehari sebelum diselia, persediaan yang pelbagai. Hampir putus asa juga kerana terpaksa menyiapkan 3 RPH.. (4 sebenarnya tetapi satu tidak sempat). Jam membidik 4 pagi baru mata bisa tertutup dan berlaku satu kejadian yang tidak diingini saat mata lain sudah terpejam lena. Alhamdulillah, esok paginya aku bersiap-siap apa yang perlu dan hasilnya setimpal dengan kerja keras aku walaupun aku tahu masih banyak lompong yang perlu ditampal. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment