Thursday, 15 September 2011

Kisah Hari Ini


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dirafakkan kepada Allah SWT. Majlis hari ini berjalan lancar. Walau bukan kami yang uruskan, namun sedikit sebanyak terasa debarannya kerana bahagian kehadiran para pelatih adalah di bawah tanggungjawab saya. Setelah berpenat lelah berulang-alik dari Jabatan Pengajian Melayu ke HEP dan ke bilik kuliah yang terletak ditingkat paling atas di bangunan Blok Cempaka itu, akhirnya semuanya berbalas.. Tidak dapat dibilang berapa kali turun naik tangga hari ini dan semalam. Penat bukan kepalang dan asma perlahan-lahan datang menyerang.. Namun, Alhamdulillah segalanya telah selesai tadi.

Tadi, dicuit oleh seseorang...Dan tidak dapat menahan sebak yang teramat sangat, lantas gugur jua airmata di dalam dewan itu.. Malu bukan kepalang, namun segalanya tidak mampu untuk dikawal. Hari ini keadaan kurang stabil. Menangis, menangis dan menangis. Bermula dari pagi tadi selepas membaca email daripada seseorang. Semua berkisar tentang mereka. Sempat memeluk insan itu! Terima kasih Ya Allah...Moga Engkau kurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Moga segalanya bakal terjawab kelak..Bantulah mereka dan berilah mereka ketabahan.. Amin.

p/s : Buat teman-teman, mohon maaf. Keprihatinan kalian saya hargai, Namun, untuk menuju kembali ke hospital/klinik entah untuk kali ke berapa adalah semakin sukar..Kerana daku semakin penat dan letih hari demi hari. Jika ini takdir saya, maka saya redha. Bukan tidak mahu mencari ikhtiar atau berputus asa, namun, daya ini sudah semakin pudar..Maaf buat semua...

No comments: