Thursday, 22 September 2011

Tiada Berpenghujung


Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu yang begitu serabut. Tugasan kerja kursus, mesyuarat GERKO, mesyuarat Forum, mesyuarat JPP. Entah mana satu yang perlu dilaksanakan dahulu. Mental terlalu penat dan tidak bermaya. Mereka juga perasan sesuatu. Sementelah saya memang seorang yang agak kelam kabut dalam membuat sesuatu. Tiada istilah tenang bila sesuatu tugasan diberi. Sentiasa berasa tidak senang duduk. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu difikirkan. Mujur Allah ada bersama saya. Walau dalam keadaan genting sekalipun, alhamdulillah semuanya berjaya dihadapi. 

Sesekali, mencuri masa untuk membaca dan menyambung dua buah cerpen yang tertunggak. Satu telah berjaya disambung walau sedikit. Namun satu lagi terbiar begitu sahaja. Sekarang sedang berusaha menghabiskan dua buah novel yang saya kira mampu untuk menambahkan pembendaharaan kata saya dalam menulis. InsyaAllah, moga Allah permudahkan. Kini lebih banyak membaca penulisan kreatif. Tetapi, kebanyakkan yang dibaca semuanya berkaitan dengan cinta. Terlalu klise bunyinya. Namun, berpegang pada kata bahawa, bacalah segala jenis bahan bacaan untuk menambahkan ilmu. Tidak rugi sebenarnya. Walau bicaranya tentang cinta, tetapi mampu membantu untuk mentarbiah jiwa. Mudah-mudahan. 

p/s: 
  • banyak perkara yang telah terjawab dan hampir selesai. alhamdulillah
  • ingin mencuri masa mengedit gambar (belum punya kesempatan)
  • Melaka pula Oktober ini (moga Allah permudahkan)
noktah,
nhmy1303.

No comments: