Wednesday, 23 November 2011

Cuti ini kukira persoalan itu tidak akan berhenti
Sekejap tadi mama sudah berbincang dengan kakak dan bertanya
"Hang bila nak kahwin?"
Nah, umpama terkena tamparan hebat..
Jawapan jujurku,
"Nak sambung 'master' dulu ma"


Hati bergetar hebat saat perihal perkahwinan ditanya kembali..
Belum lagi sampai seruku ke arah itu
Andai seruannya sudah tiba, belum pasti aku bakal ke arah itu dalam keadaan begini..
Dan aku telah membuat janji dalam diri...
"Hal itu" perlu berlaku dahulu... 
Kerana bimbang jika hal itu tidak berlaku sebelum aku
Aku bakal menyesal seumur hidup..


Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui isi hati ini... 

No comments: