Sunday, 27 November 2011

Ya Allah, aku dah tak mampu
Putus asa mula bersarang dalam diri
Inikah petanda bahawa aku akan pergi?
Aku tidak layak untuk merungut Ya Allah
Namun hanya Engkau tahu bahawa aku semakin tiada daya...

Ya Allah, terima kasih atas dugaan Maha Hebat ini
Kutahu, tidak diuji diri manusia melainkan tahap kemampuannya..
Bagaimana untuk menghadapi semester depan?
Dengan keadaanku yang begini?

Aku hanya membayangkan sesuatu..
Ditahan di hospital adalah caranya....
Biar selama mana aku disitu,
Walau aku terpaksa menangguh sesi pengajian
Aku redha dan terima..
Asal semua ini berkurangan walau mengambil masa yang lama..

Buat mama, abah, kakak dan adik-adik.. Maafkan aku.. Tiada terlintas aku untuk menyusahkan kalian. Kutahu kalian juga rimas dengan aku. Batuk,asma dan selsemaku telah menggangu kalian. Maafkan aku. Bukan pinta aku untuk jadi macam ni dan mengganggu ketenteraman semua. Andai diberi pilihan, biarlah nyawaku ditarik. Supaya tiada lagi gangguan. Terima kasih kalian, kerana mampu bersabar dengan keadaanku. Mama dan abah, doakan yang terbaik untuk anakmu ini... 

Apabila tiba satu tahap, manusia itu ingin cuba larikan diri daripada segala perkara termasuk keluarga dan insan-insan disekelilingnya. Kerana jika dia berada dalam kelompok itu, boleh jadi dia menjadi pemusnah kepada banyak perkara. Aku ingin berlari Ya Allah jika mampu. Supaya tiada siapa mampu melihat deritanya aku. Supaya tiada siapa yang kasihan tentang masalah kesihatanku...Allahu Rabbi, kurniakanlah aku kekuatan..


Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(hadith:Muslim)


No comments: