Daku adalah manusia yang selalu bermonolog dalaman. Sering berbicara sendiri dengan hati. Hari-hari terakhir di IPG sebelum masuknya fasa cuti kulalui dengan penuh kesukaran. Teramat sangat. Namun tiada siapa yang memahami secara keseluruhannya walau ramai yang memberi sokongan tanpa henti. Jujur hati ini banyak kecalarannya sana sini. Lantas aku memberi peringatan bahawa Allah itu sentiasa ada walau sesusah manapun keadaanku. Kini aku rasakan bersendirian itu adalah perkara yang lebih baik kerana terlalu banyak dukanya. Namun itu semua tak terluah. Kuakui disini, kerjaku tidak sehebat mereka dan aku sering merasa rendah diri. Dan rasa rendah itu semakin bertambah tatkala cara aku bekerja dipertikaikan. Aku bertanya sendirian, mengapa berlaku hal ini? Kucuba memujuk hati, mungkin atau memang cara kerjaku banyak kekurangannya semenjak jawatan itu kusandang setahun yang lalu. Tak mengapa, aku terima. Mungkin juga Allah ingin tunjukkan atau membalas kembali. Kita tak usah mempertikaikan kerja orang lain. Diam dan lihat sahaja cara mereka bekerja. Mungkin disitu aku boleh mengambil pengajaran sedikit demi sedikit. Maaf buat semua. Aku memang tak sehebat kalian. Kutahu itu dan kali ini kucuba untuk mendiamkan diri. Entah berjaya atau tidak untuk duduk diam sahaja kerana aku bukanlah manusia sebegitu.
No comments:
Post a Comment