| MASTER BAHASA MELAYU (TANPA TESIS) |  |  |  |
PROGRAM MASTER TANPA TESIS
Program: Master Bahasa Melayu
Pengenalan
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali yang relevan dalam bidang bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang bahasa Melayu.
Syarat Kemasukan
- Calon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor Kelas Kedua Tinggi atau memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.750 dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu (Major atau Minor) .
- Bagi calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.750 atau setara, permohonan kemasukannya akan diteliti berdasarkan pengalaman kerja (sekurang-kurangnya 1 tahun), dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
- Bagi calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan Major atau Minor dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.000 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dengan sekurang-kurangnya mendapat gred B+ untuk setiap kursus tersebut pada semester pertama.
Semester Penawaran Program
Semester Pertama dan Kedua.
Keperluan Program
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:
| Kursus Wajib | 21 kredit |
| Kursus Elektif | 12 kredit |
| Projek Penyelidikan | 6 kredit |
| Seminar Projek Penyelidikan Master | 1 kredit |
| Jumlah | 40 kredit |
Senarai Kursus
i. Kursus Wajib (21 kredit)
Kod Kursus
| Nama Kursus | Kredit | Status |
| BBM5102 | Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan | 3 kredit | (YW) |
| BBM5103 | Perancangan Bahasa | 3 kredit | (YW) |
| BBM5201 | Pembangunan Bahasa Melayu | 3 kredit | (YW) |
| BBM5202 | Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu | 3 kredit | (YW) |
| BBM5203 | Sosiolinguistik Lanjutan | 3 kredit | (YW) |
| BBM5204 | Psikolinguistik Lanjutan | 3 kredit | (YW) |
| BBM5205 | Semantik Bahasa Melayu | 3 kredit | (YW) |
ii. Kursus Elektif (12 kredit)
Kod Kursus
| Nama Kursus | Kredit | Status |
| BBM5101 | Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu | 3 kredit | (ELF) |
| BBM5401 | Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa | 3 kredit | (ELF) |
| BBM5402 | Analisis Bezaan dan Kesilapan | 3 kredit | (ELF) |
| BBM5502 | Isu dan Permasalahan Bahasa Melayu | 3 kredit | (ELF) |
| BBM5600 | Seminar Bahasa Melayu | 3 kredit | (ELF) |
iii. Kursus Persediaan (10 kredit)
Kod Kursus
| Nama Kursus | Kredit | |
| BBM3201 | Pengantar Linguistik Am | 3 kredit |
| BBM3203 | Tatabahasa Melayu | 4 kredit |
| BBM3205 | Pengantar Psikolinguistik | 3 kredit | atau |
| BBM3105 | Falsafah Bahasa Melayu |
Sinopsis Kursus
b. Keperluan Lain
i. Projek Penyelidikan
| FBK5989 | Projek Penyelidikan | 6 kredit |
| FBK5600 | Seminar Projek Penyelidikan Master | 1 kredit |
Yuran Pengajian
| Yuran Asas | |
| Semester pertama | RM 1,400.00 |
| Semester kedua dan berikutnya | RM 1,150.00 |
Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000 bagi setiap semester.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi:
Seksyen Siswazah dan Pengantarabangsaan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Tel: 603-89468702
Email:
usp@fbmk.upm.edu.my
atau
Penyelaras Program Siswazah Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
u.p : Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif
Tel: 603-89468746
Email:
amusanif@fbmk.upm.edu.my
|
| Last Updated ( Monday, 18 April 2011 ) |
Diambil daripada sini:
http://www.fbmk.upm.edu.my/siswazah/v3/content/view/13/32/lang,eng/
Masih terlalu awalkan untuk memikirkan semua ini? Entah panjang atau tidak umurku untuk menggenggam Master?
No comments:
Post a Comment