Terlalu banyak yang hendak ditulis kala malam semakin pantas bergerak menuju ke pagi.
Namun kusimpan. Kusimpan erat dalam hati. Biar hanya Allah yang tahu gelojak hati ini.
Terlalu banyak perkara yang jadi hingga aku sendiri tak pasti.
Kutahu menolong itu lebih baik daripada merungut itu ini
Akulah itu manusia yang senantiasa merungut.
Betapa berdosanya aku.!!
Namun siapalah aku..
Manusia yang terlampau lemah dalam segala hal..
Tak mampu untuk terkejar itu ini dalam satu masa.
Kerana aku tiada daya. Dayaku makin hari makin berkurangan
Aku sendiri tak pernah minta.
Lebihan berfikir akan membuatkan aku sakit.
Lebihan kerja juga akan membuat aku sakit.
Demi Allah aku suka untuk membantu.
Namun apalah daya aku.
Ampuniku Ya Allah.. Atas segala kata-kata yang menjadi dosa. Atas segala perkara yang juga menjadi dosa..
p/s : Kukagumi kerja2 mereka..Tiada rungutan walau sedikitpun..
No comments:
Post a Comment