Monday, 21 November 2011

Antologi Pertama

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiada kata-kata yang mampu memberi gambaran kepada perasaanku saat ini. Terharu, hiba dan gembira semuanya bercampur sekali. Usaha selama ini telah membuahkan hasil. Telah diceritakan kisahnya pada bingkisan yang lalu. Alhamdulillah telah mempunyai antologi sendiri bersama rakan-rakan dan junior-junior yang lain. Antologi yang berjudul Kelongsong Ketupat ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan beberapa bulan yang lalu. Akhirnya mimpi jadi kenyataan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Fathul Khair kerana telah mengajak untuk turut sama menimba ilmu. Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada Puan Norehan yang banyak membimbing sepanjang bengkel dijalankan sehingga terbitnya antologi ini.


Muka hadapan cerpen. Kredit untuk Fathul dan Ammar

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :

Ketua Editor :
Puan Norehan bt Muhamad

Editor:
Puan Norainah bt Mohd Saleh
Nur'Azah bt Ahmad@ Zakaria
Puan Normah bt Kamarodzan
Encik Shamsuddin bin Abu Bakar
(Jabatan Pengajian Melayu)

Illustrasi:
Ammar bin Ahmed 
(PISMP J17)

Gambar:
Muhammad Syamsuri bin Omar
(PISMP J3)

Judul :
Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
(PISMP J3)

Para penulis :
Siti Fatimah Said, Mohd Fathul Khair b Mohd Dahlan, Muhammad Najib bin  Hassan Basri, Mohamad Saffwan bin Mustaffa, Muhammad Nur Hasif bin Padzil, Mohamad Asrie Asmaroul bin Roslan, Sanisha a/p Bogaraja, Muhammad Ajwad bin Mohd Shuhaimi, Farhah Syahirah bt Sahudi, Muhammad Firdaus bin Jamaluddin, Fatimah Azzahra bt Mohamed Sharif, Siti Nur 'Afiqah bt Maelah, Mohd Firdaus bin Abdullah, Ali Husni bin Azahari, Rohaniza bt Wahab, Muhammad Syamsuri bin Omar, Puan Salmah bt Yazid, Puan Hayati bt Mat Desa, Puan Mizlinah bt Satim, Puan Norehan bt Muhamad dan Noor Haszwani bt Mohd Yusoff.


Semoga antologi pertama ini menjadi titik tolak untuk meneruskan penulisan pada masa hadapan. Menulis bukan kerana nama, tetapi menulislah kerana ingin menebarkan ilmu dan pengajaran kepada semua. =)

No comments: