Itu statusku kini. Status yang ditulis buatku sendiri. Dalam keadaan begini, memang rasa ketidaksempurnaan itu menjengah hati. Berfikir berulang-ulang kali, apakah kelebihan yang ada pada diri. Jujur aku seringkali didatangi rasa sebegini. Memang tiada manusia yang sempurna. Duduk bersama manusia sekeliling buat otakku berputar ligat. Allah itu Maha Besar. Diciptakan manusia mempunyai pelbagai kelebihan. Aku kagumi semua manusia sekelilingku. Dan dalam diam aku sering berasa rendah diri. Walau aku dilihat manusia yang sentiasa senyum tanpa henti.
Namun aku terima. Setiap kekurangan yang ada pada diri. Bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Kerana kuyakin setiap perkara yang Allah dah ciptakan ni ada sebabnya.. Ya Allah, terima kasih atas banyak perkara. Alhamdulillah atas kekurangan diri ini.
Terima kasih Ya Allah. Walau aku sukar luahkan pada mereka, namun hanya Engkau tahu betapa aku bersyukur...
No comments:
Post a Comment