Tuesday, 28 February 2012

I'd that chance, but i didnt use it..
why? because im trying to keep that feeling..
that deep feeling..
Allah knows...

(Ya Allah, petunjuk itu sudah sampai kah?)

=(
Bait-bait katanya tiba-tiba menerjah ruang kepala
Cukuplah hidup aku hanya ada Allah..
Aku tidak perlukan manusia di sekeliling untuk membantuku
Dek kerana satu perkara itu,
kepercayaan itu luntur satu persatu..
Entah bagaimana hendak dibina kembali..
Aku ternyata buntu
Sukarkah hati ini terbuka untuk terima?

Aku tidak sempurna
Aku tahu itu
Apabila berlaku perkara sebegini aku menjadi terlalu terluka
Luarannya sahaja engkau lihat bahagia
namun jauh di sudut yang paling dalam
hati aku terluka, dan kini umpama bakal merebak menjadi nanah...

Terasa ingin berlari..
Namun sampai bila?
Aku bingung..!!
Rumah itu tempat yang kutahu betapa damainya di sana..
Tiada telefon dan tiada juga laman sosial muka buku..

Aku tahu aku tak baik seperti orang lain
dan untuk mengelakkan aku terus-terusan menambah dosa,
hanya satu yang aku akan buat
tinggal segala-galanya
dan jangan sesekali menoleh ke belakang dan KEMBALI...!!

Allah... =(
Ya Allah, semakin aku kuat diuji
Semakin aku terasa disayangi
Dakaplah hati ini sekuatnya
Janganlah Engkau lepaskannya Ya Allah..

Aku memohon kepadaMu Ya Rabb
Jagalah hati ini sehingga tiba masanya
Aku hambaMu yang belum lengkap dengan pelbagai ILMU
Kuatkan tekad hambaMu dalam mencari ILMUMu..

Saturday, 25 February 2012

Momen indah cuti hujung minggu ini.. Alhamdulillah Allah kuasa duakan bahagia itu... Pada asalnya aku hanya ingin bertemu adik dan abah dek kerana mama berada di Putrajaya. Aku rindukan adik yang tinggal seorang bersama abah di rumah apabila adik yang lagi satu menyambung belajar di salah sebuah sekolah asrama.. Pesanan ringkas dikirim buat mama untuk menyatakan aku akan pulang hujung minggu ini. Dan tidak disangka mama juga akan pulang bersama Irees, kakak dan abang ipar.. Alhamdulillah..


*Rindu adik yang lagi dua.. Tak berkesempatan untuk berjumpa.. Jumpa kalian waktu cuti sekolah nanti.. Jaga diri. Kokni sayang KALIAN...!!
Masanya hampir tibakah?
Aku sendiri bimbang..
Moga Allah kukuhkan hati ini untuk menunggu 2 tahun lagi..
Mungkin juga 3
dan waktu itu aku sudah menjangkau 26..
Selepas waktu itu, jika berlaku perkara yang aku sendiri sudah tahu
Maka, aku perlu melepaskan segalanya..
InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan kelak...

*Masa depan, tak pasti bagaimana.. Adakah masih hidup atau apa? Hmmm
Alhamdulillah, Jumaat lalu merupakan penyeliaan pertama untuk subjek minor iaitu Kemahiran Hidup. Debar bukan kepalang kerana itu adalah kali pertama mengajar subjek berkenaan. Sehari sebelum diselia, persediaan yang pelbagai. Hampir putus asa juga kerana terpaksa menyiapkan 3 RPH.. (4 sebenarnya tetapi satu tidak sempat). Jam membidik 4 pagi baru mata bisa tertutup dan berlaku satu kejadian yang tidak diingini saat mata lain sudah terpejam lena. Alhamdulillah, esok paginya aku bersiap-siap apa yang perlu dan hasilnya setimpal dengan kerja keras aku walaupun aku tahu masih banyak lompong yang perlu ditampal. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah.

Thursday, 23 February 2012

Mestica - Istikharah

ISTIKHARAH
Mestica

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu Ya Tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

LAGU : RAZIN MESTICA
LIRIK : MASS MOHAMAD

Istikharah... Bukan semata-mata untuk meminta petunjuk siapakah JODOH kamu.. Namun dalam segala hal seandainya kita manusia menemui jalan buntu untuk membuat keputusan. Berserahlah segalanya saat dahi sujud bertemu SEJADAH kerana di situlah jawapan pada setiap KEBUNTUANmu...

Wednesday, 22 February 2012

"Kita mahu karya kita menjadi tiket ekspres kita ke syurga. Kita mahu karya kita menjadi sebab kubur kita terang benderang dengan cahaya kerana ilmu yang kita tinggalkan dalam karya kita itu menyebarkan manfaat kepada pembaca. Kita tidak mahu karya kita menjadi ‘Panduan Melakukan Jenayah for Dummies’ atau ‘101 Cara Melakukan Maksiat’. Kita mahu jadi penulis yang disayang tuhan dan nabi!"

Kredit: Penulis Novel Shamsiah Fakeh (Azzah A.R)





Bertimpa-timpa. Allahuakbar..!! Aku takut pada setiap perkataan yang aku tulis kini.. Allah terimakah atau aku sedang menempah tiket ke neraka? Berlegar-legar dalam ruangan minda.. Nak pergi atau apa?! Ya Allah, berilah petunjukMu..
To be honest, I am AFRAID enough.
I don't know why..
Its beat too fast..

Ya Allah...

Tuesday, 21 February 2012

Hari ini aku ditiupkan dengan peringatan ini :

Ketika murid melakukan kesilapan, usah terus-terusan menuding jari pada mereka, sebaliknya kita sebagai guru koreksi kembali diri kita.. Mereka juga manusia, kita sebagai guru juga manusia. Sama-sama lakukan kesilapan sama ada secara sedar atau sebaliknya. Manusia tiada yang SEMPURNA. Butir bicara mereka perlu didengar terlebih dahulu sebelum kita menyalahkan kesalahan yang mereka tidak lakukan...