Belajar dan terus belajar..
Daripada pengorbanan itu datangnya pengalaman..
Walau terpaksa memerah keringat
Jujur aku penat
Namun pada siapa ingin diluah?
Bisa sahaja ditinggalkan segala perkara
Namun melihatkan hebatnya mereka
Aku terkesima.
Layakkah aku mengeluh sebegitu rupa
Andai kerjaku tidak sebagus mereka.
Jawapannya tentu tidak.
Lantas kuketepikan segala kepentingan
Berbekalkan sisa-sisa kekuatan
Aku mengorak langkah bersama mereka
Susah senang bersama
Jatuh bangun juga bersama
Andai mereka tidak tidur pagi malam, perlukah aku bersenang-lenang?
Andai mereka tidak sempat untuk menjamah makanan, perlukah perutku diisi kenyang?
Andai mereka tidak sempat untuk menelaah, perlukah aku mulakan?
Andai mereka tidak sempat untuk merehatkan badan, perlukah aku duduk dan santai?
Sekali jawapanku TIDAK..
Entah mengapa, seringkali aku malu pada mereka.
Entah mengapa, seringkali aku hiba melihat kesungguhan mereka.
Mengenepikan segala kepentingan yang anda.
Walau ada yang berkata itu adalah minat,
Namun, sehingga begitu rupa mengorbankan jiwa dan raga.
Justeru, aku tak layak untuk berkata tidak..
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Friday, 4 November 2011
Thursday, 3 November 2011
Bahasa penjajah itu sudah lama tidak menghias bibir..
Jujur daku rindukannya..
Walau tidak sehebat mana..
Namun daku selalu mencuba.
Belajar berbicara dalam bahasa penjajah itu dengan insan itu.
Insan yang lebih muda daripadaku.
Namun bahasa ibunda tetap dihati.
Dan dalam proses belajar juga.
Mengurangkan penulisan yang bercampur aduk bahasanya..

Terlalu banyak yang hendak ditulis kala malam semakin pantas bergerak menuju ke pagi.
Namun kusimpan. Kusimpan erat dalam hati. Biar hanya Allah yang tahu gelojak hati ini.
Terlalu banyak perkara yang jadi hingga aku sendiri tak pasti.
Kutahu menolong itu lebih baik daripada merungut itu ini
Akulah itu manusia yang senantiasa merungut.
Betapa berdosanya aku.!!
Namun siapalah aku..
Manusia yang terlampau lemah dalam segala hal..
Tak mampu untuk terkejar itu ini dalam satu masa.
Kerana aku tiada daya. Dayaku makin hari makin berkurangan
Aku sendiri tak pernah minta.
Lebihan berfikir akan membuatkan aku sakit.
Lebihan kerja juga akan membuat aku sakit.
Demi Allah aku suka untuk membantu.
Namun apalah daya aku.
Ampuniku Ya Allah.. Atas segala kata-kata yang menjadi dosa. Atas segala perkara yang juga menjadi dosa..
p/s : Kukagumi kerja2 mereka..Tiada rungutan walau sedikitpun..

Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
Terngiang-ngiang kata-kata itu semasa kursus
Aku redha
Walau tidak minta pada sakit seteruk itu..
Sakitku bertambah-tambah..
Kalau tidak asma, malamnya pasti didatangi selsema.
Silih berganti.
Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa aku takut
dan dalam masa yang sama juga kupinta kekurangannya
juga kupinta agar Engkau tariklah nyawa ini
Buat teman serumah. Maaf atas gangguan yang tidak menyenangkan. Tiada maksud untuk mengganggu walau sedikit. Kujuga berasa teramat malu dengan kalian. =,(

Manusia itu tiada yang sempurna..Kelebihan dikagumi, kekurangan direnungi..
Itu statusku kini. Status yang ditulis buatku sendiri. Dalam keadaan begini, memang rasa ketidaksempurnaan itu menjengah hati. Berfikir berulang-ulang kali, apakah kelebihan yang ada pada diri. Jujur aku seringkali didatangi rasa sebegini. Memang tiada manusia yang sempurna. Duduk bersama manusia sekeliling buat otakku berputar ligat. Allah itu Maha Besar. Diciptakan manusia mempunyai pelbagai kelebihan. Aku kagumi semua manusia sekelilingku. Dan dalam diam aku sering berasa rendah diri. Walau aku dilihat manusia yang sentiasa senyum tanpa henti.
Namun aku terima. Setiap kekurangan yang ada pada diri. Bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Kerana kuyakin setiap perkara yang Allah dah ciptakan ni ada sebabnya.. Ya Allah, terima kasih atas banyak perkara. Alhamdulillah atas kekurangan diri ini.
Terima kasih Ya Allah. Walau aku sukar luahkan pada mereka, namun hanya Engkau tahu betapa aku bersyukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)