Sunday, 7 October 2012

Saham Ke Akhirat


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah kurafakkan hanya pada Yang Maha Esa.. Selawat dan Salam buat Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Hari ini aku berkesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu walau tugas lain masih tergendala. Allah, permudahkanlah..

Entah mengapa, hati ini dihimpit-himpit rasa bersalah yang teramat sangat. Hari ini Allah ilhamkan pertanyaan dalam fikiran aku. Persoalan yang berkaitan dengan akaun-akaun yang aku peroleh di alam maya ini. Facebook, Twitter, Tumblr dan juga Blog. Dengan tiba-tiba wujud satu pertanyaan dalam diri. Untuk apa sebenarnya aku memiliki akaun-akaun ini? Ternyata kini aku dihambat rasa bersalah yang teramat sangat. Allah. Bimbang, takut, gelisah dan gundah. Kerana apa aku bimbang? Kerana aku tahu, apa yang aku lakukan telah dicatit oleh malaikat. Segala kebaikan atau keburukan yang aku tulis atau aku kongsikan semuanya telah tercatat.. Allah.. Aku hampir jatuh terduduk apabila tiba-tiba didatangi perasaan ini. Kembali perbetulkan nawaitu untuk akaun-akaun tersebut. Semoga akaun yang dimiliki hanyalah untuk menyebarkan dan berkongsi perkara yang bermanfaat dan baik-baik sahaja. Kerana aku tahu kesemua akaun tersebut bakal menjadi saham buatku diakhirat kelak. Jika baik perkara yang dikongsi, maka baiklah saham yang aku kumpul. Jika sebaliknya maka saham yang aku kumpul hanyalah untuk menempah neraka.

Ya Allah, semoga segala perkongsian mampu memberi manfaat kepada semua orang dan sekaligus membawa kebaikan kepada semua.. Allahumma Amin..

No comments: