Tuesday, 29 November 2011

Erti Sebuah Pengalaman


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Nah, tidak semena-mena ilham menulis datang. Benar kataku. Idea datang pada penulis tidak sama.Siapa sangka kala waktu hujan lebat diselang-seli dengan guruh serta kilat. Kala aku sedang bertarung dengan sakitku yang tidak pernah surut-surut selepas pulang dari Ipoh Ahad lalu. Seksa juga kukira. 

Aku tinggalkan banyak perkara. Terlalu banyak dan terlalu lama pula.Pembacaanku banyak yang terhenti. Masih banyak buku-buku yang tersusun rapi belum kusentuh. Dek persediaan untuk Malam Gala Nostalgia. Kemudian bertembung pula dengan minggu peperiksaan (Ah, derita aku memikirkan perihal peperiksaan) dan usai itu Pertandingan Forum menanti.

Kurang tidur yang nyenyak, kurang juga rehatnya. Hendak tidur pun masih sempat berfikir masalah. Bangun pula menyambung kembali berfikir. Telefon apatah lagi. Tidak berhenti berdering. Serasa mahu sahaja kucampak jauh.

Namun, siapa sangka, disebalik kesibukan aku itu. Allah kurniakan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dibeli dimana-mana. Yakni pengalaman. Terlalu banyak dan teramat membantu. Namun, untuk mencari sebuah pengalaman itu, liku-likunya terlalu banyak. Hanya aku sendiri tahu apa. Selautan terima kasih kepada mereka. Mereka yang selalu berada dibelakangku tidak kira masa

Syukur padaMu Ya Allah. Kini tangan kembali ligat dan otak sedang berfungsi dengan baiknya. Tetapi tidak mudah. Sampai saatnya, otak kembali beku. Tangan pula menjadi kaku. Saat itu peritnya hanya Allah yang tahu buat penulis amatur sepertiku.

Kembali menyambung pembacaan. Moga Allah permudahkan..
Amin..

2 comments:

Unknown said...

jadikannya sebagai ilham...

Hati Mula Bicara said...

insyaAllah.. doakan akak.. mampu menjadi sehebat fathul.. tak jadi sehebat fathul pun tempiasnya pun sudah cukup..

=)