Wednesday, 10 August 2011

Ikatlah Hawa Nafsu


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan Kareem....Syukur Alhamdulillah padaMu Ya Rabb kerana masih memberi kesempatan kepada hambaMu ini untuk berpuasa di bulan ramadhan ini. Hari ini sudah menjejak ke angka 10 dan ini bermakna tinggal 20 hari sahaja lagi. Entah mengapa saya rasa masa kini meluncur laju. Hati kerapkali tertanya, Allah terimakah puasaku sepanjang 10 hari ini? Atau puasa ini hanya untuk menahan lapar semata-mata?

Allah, itulah jawapan yang saya sendiri tidak pasti. Moga-moga segala amalan sepanjang bulan Ramadhan ini diterima. Menjaga mulut, hati, dan perkara yang seumpamanya. Jika sepanjang bulan ramadhan ini, syaitan dan iblis telah diikat, maka andai masih melakukan dosa, ikatlah juga hawa nafsu yang sering menjadi raja dalam diri. Kerana manusia itu tidak mampu untuk mengawal hawa nafsunya..!! Wallahualam.

noktah,
nhmy1303.

No comments: