Saturday, 25 June 2011

Rentak Kita Berbeza...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Perubahan itu bukan sesuatu yang mudah.. Ianya mengambil masa yang lama. Seminggu ini saya juga menguatkan diri kerana tak ingin lagi menjadi seperti dahulu. Kita tak mampu menjadi seperti manusia yang berada di sekeliling kita kerana manusia itu dijadikan berbeza. Ambil perkara yang baik-baik sahaja dan jangan diikut perkara yang tidak sepatutnya kerana itu akan membinasakan hidup kita. Itulah perkara yang saya belajar daripada semester lepas. Terlalu banyak...Kita tak mampu mengikut rentak mereka dan mereka juga tak mampu untuk mengikut rentak kita. Justeru, pandang ke hadapan, dan berfikir, rentak mana yang bersesuaian dengan hidup kita? Adakah rentak yang kita bina sendiri atau rentak yang telah diolah dan digunapakai oleh manusia lain? 

Terima kasih Ya Allah.....Pandulah hati dan diri ini. Moga tidak lagi terlalai...

noktah,
nhmy1303...

No comments: