Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang seminggu meninggalkan laman penulisan ini.. Apakah alasannya? Sibuk? Ya agak sibuk dengan minggu orientasi adik-adik unit L yang telah selesai dengan jayanya. Alhamdulillah. Itu yang mampu diluahkan oleh semua orang. Saya kira seminggu ini penuh dengan bunga-bunga bahagia walaupun penatnya terkadang mencengkam sukma. Namun pesan mereka "Lillahi Taala". Kata keramat itu telah membuatkan saya kembali kuat dan semangat.
Sesi orientasi yang bermula pada sebelah malam hari Isnin betul-betul memberi satu pengalaman yang sangat bermakna.. Syukur pada Allah kerana peluang ini telah diberikan. Dan perkara yang paling tidak disangka telah berlaku semasa malam bersama JPP yang menjadi satu kenangan yang mungkin tidak akan padam dalam hidup saya. Hanya mereka yang berada di situ mengetahuinya.. Terima kasih Ya Allah atas kekuatan itu yang saya sendiri tidak pernah menyangka akan mampu untuk menjadi sebegitu..
Seminggu ini jugak hidup bergelumang kembali dengan buku-buku..Syukur alhamdulillah. Terima kasih buat mereka yang sangat-sangat membantu..Tak terbalas jasa kalian. Moga Allah merahmati..
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment