andai bersabar,
adalah jodohnya...=)
Wahai wanita solehah..
Jangan risau akan jodohmu,kerana muslimin yang bijaksana itu,tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan atau lirikan senyumnya,pada bicara manja yang menggoda,atau pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya..
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,sedang membina sahsiah kepimpinan dirinya bagi memimpim dirimu.
Kerana pada wanita,pasti ada kekurangan dan kelak lelaki yang benar benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.
Jangan bersedih.masa itu pasti akan tiba.:)
kredit seindah wanita.
Jangan bersedih.masa itu pasti akan tiba.:)
kredit seindah wanita.
bohong....bohong......bohonglah jika aku tidak inginkan ke gerbang perkahwinan...semua org inginkannya... jika hari2 dihiasi dengan perbualan mengenai perkahwinan, hati terkadang terdetik, terkadang tidak...hanya mendengar sahaja luahan hati rakan2 sebaya... indah bukan jika hidup dihiasi dengan insan yg bergelar pemimpin yg bakal memimpin hidup kita kelak? ke jalan mardhatillah...ke jalan yg dijanjikan Allah syurga..
namun,hati aku masih belum ke arah itu.....makin difikir makin takut rasanya....lihat dan cermin pada diri sendiri, layakkah aku? yakni tanggungjawabnya terlalu besar...dan berdosalah andai tidak mampu menjadikan kehidupan berumahtangga itu menjadi sebuah kehidupan yg diredhai Allah... dan lama aku berfikir tentang hal ini....dan carilah muslimin yang elok agamanya kerana dialah yg bakal memimpinmu... andai 2-2 tidak terpimpin, apakah yg akan berlaku pada sesebuah perkahwinan itu? dan siapakah yg akan mendidik anak2 ke jalan Allah kelak? dalam satu hadis yang bermaksud:
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
fokus utama ialah keluarga di rumah...mama dan abah...Ya mama dan abah...dan mama sendiri tahu keadaanku apabila ditanya tentang hal ini..xmengapa, perjalanan hidup ni masih panjang jika nyawa ini tidak diambil dahulu...dan aku ingin berbakti kepada mereka yg telah banyak bersusah-payah keranaku..hidupku tidak seperti org lain...yang bahagianya jelas terpancar di wajah.. dan kesusahan hidup yg dialami dahulu telah mengajarku untuk bersabar utk tidak ke arah ini...mama dan abahlah yg perlu daku utamakan kini...
"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)
andai ada, berdoalah
andai belum masanya redhalah...
=)
No comments:
Post a Comment