Monday, 16 May 2011




      Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman danberamal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran sertaberpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkanbahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukanempat perkara:

1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadapAllah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa danzikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuatbaik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajarandan profesional dalam kerjaya.

3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajardan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada oranglain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintahlarangan Allah.


Akukah yang berada dalam kalangan manusia yang rugi itu Ya Allah??
Entah kenapa hari ini dengan tiba2 terngiang2 surah ini...
dan benar2 menyentuh hati kecilku...
sesungguhnya aku terasa seperti  berada dalam kerugian,..
Allah.....
moga Engkau tidak masukkan aku dalam kalangan golongan manusia yang rugi...

No comments: