Thursday, 26 April 2012

Menitis lagi airmata ini
Hanya menonton berita mengenai mereka
Allah, bersyukurnya aku di sini
Tapi seringkali mengeluh tanpa henti.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mengharungi kehidupan yang semakin kejam dek rakusnya tentera Zionis..!

Tuesday, 24 April 2012

Melakukan kebaikan untuk mendapatkan balasan manusia atau mengejar redha Allah?
Fahamkah konsep melakukan kebaikan yang sebenar?
Lumrah manusia yang inginkan kebaikannya dibalas kebaikan.

Allah, apabila kita terlalu mengharap kebaikan yang dilakukan atau apa jua perkara yang dilakukan dibalas kembali,
MAKA
Hilang makna IKHLAS dalam diri.
Bukan balasan manusia yang kita perlukan
Tetapi balasan Allah.
Sebagai bekalan menuju ke akhirat yang lebih abadi kelak..


*Kerana apa yang berlaku langsung tiada terlintas dalam benak fikiranku.. Allah, dimanakah keikhlasan dalam membantu manusia yang berada dalam kesusahan? Aku sudah pernah merasai kesusahannya. Dan aku sudah pernah merasai perkara itu. Lalu aku simpan dalam-dalam. Kerana apa aku simpan? Kerana aku tahu Allah sentiasa bersama orang yang berada dalam kesusahan.
To become a good Muslim
You should change your whole life 360 degree..

Not only the way you talk,
Not only the way you wear those cloth that cover your whole body
Not only the way you act
Not only the way you say "I want to be a GOOD MUSLIM"

Its all about your IMAN
Its all about your AQIDAH
Its all about how you manage your life after changing..!
ITS ALL ABOUT EVERYTHING that related to ISLAM..


* Hidayah itu MILIK ALLAH. Gunakanlah sepenuhnya. Usah membenci manusia hanya kerana satu perkara yang kecil. Allah, ampuni hambaMu ini

Sunday, 22 April 2012

Lama tidak merasa ujian demam..
Mujur praktikum hampir ke penghujungnya..

Allah, kuatkan hambaMu ini untuk menamatkannya..
Amin Ya Rabb..
Berukhuwah bersama adik-adik..
Tidak berkesempatan..

Berusrah bersama mereka kelak..
Moga ini permulaan yang baik kepada pengakhiran yang lebih baik..

Syukur Allahu Rabbi..!


*Minggu depan..Minggu depan.. Barakallah ya Ukhti.. =)

Saturday, 21 April 2012

Hari ini, hati-hati yang bertaut pada jalanNya kembali diuji.
Kerana Allah ingin tahu setinggi dan serendah mana tahap keimananmu.
Aku masih aku yang biasa
Tidak berlalu, tidak juga menunggu.

Dalam duka,
Aku jauh ditinggalkan manusia.
Aku rebah dalam mengorak langkah ke jalan redhaNya.
Namun hanya "tangan mereka" yang dihulur membantuku bangun semula.
Tangan yang sepatutnya?
TIADA..

Ditinggalkan itu perkara biasa
Aku telah laluinya sejak berabad lama.

Tetapi, seringkali Allah gantikan dengan perkara yang baik-baik
Seringkali Allah gantikan dengan peristiwa yang manis-manis.
Kerana apa?
Kerana hanya Allah yang mengetahui
Dan aku
Aku bukanlah insan yang terlalu mengambil kisah atas setiap kejadian yang berlaku.
Tabah menerima kerana itulah takdir hidup yang terletak di Luh Mahfuz.

Senyum dalam duka,
Tangis dalam tawa..


*Setiap bicara walau dimana jua jika memburukkan antara satu sama lain adalah GHIBAH. dan jika insan yang diburukkan itu terasa maka Allah mengira kata-kata kita sebagai satu dosa..

*"sabar tu perit... tp kesannya indah"
People might get HURT for each words that come out from your mouth. And do remember, Allah will count every single little of the words. 

*Life is like a wheel. Sometimes up and sometimes down.. Chill..! =D

Thursday, 19 April 2012

Berjalan, melihat, mentafsir dan berfikir...

Itu yang seharusnya..
Kerana kehidupan ini umpama mencari harta karun
Kesemua aspek diatas perlu digunakan.

Hidup
Kehidupan ini bukan semata-mata untuk bersuka-suka.
Hidup ini merupakan satu landasan sebelum kita melangkah kaki ke alam yang lebih abadi.

Aku tahu semua itu.
Hanya dengan bekalan yang dikumpulkan akan membawa kita menuju ke jalan yang seharusnya

Bermujahadahlah melawan hawa nafsu.
Berfikirlah ketika melakukan sesuatu perkara..

Hidup ini bukan untuk ditangisi.
Usah ditangisi pada perkara yang tidak pasti.
Aku belajar itu
Belajar daripada kalian semua.

Ada kalanya aku perlu berdiam diri untuk mentafsir
Ada kalanya aku meneruskan bicara untuk mengisi rongga perntarbiahan jiwa..

Monday, 16 April 2012

Kaki ini...

Kaki ini, derapannya semakin lemah
Semakin longlai menuju ke rumah Illahi
Semakin kurang daya untuk mengutip selautan ilmu di rumahNya

Kaki ini, langkahnya semakin jauh
Semakin jauh meninggalkan rumah Illahi
Semakin kerap menuju ke tempat yang aku sendiri tidak pasti

Kaki ini, momentumnya semakin hilang
Semakin perlahan mencari redha Illahi
Semakin perlahan menuju cinta yang hakiki

Ya Allah, aku tahu segala perbuatan yang aku lakukan dan kerapkali diselang-seli dengan rasa bersalah. Lindungilah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Aku rindukan rumahMu kerana hanya di situ kutemu ketenangan yang paling abadi. 
Proses pentarbiahan itu datang dengan sendirinya..
dan juga berlaku dimana-mana

Selepas aku mengalami satu situasi yang agak teruk kukira
Aku mencari sendiri proses itu.
Allah lebih mengetahui segalanya.

Syukur..Syukur kerana Allah sentiasa bersama aku
Aku, hambaNya yang lemah..
Aku, hambaNya yang hina
Aku, hambaNya yang selalu rebah
Aku, hambaNya yang leka dan alpa
Aku, hambaNya yang dipenuhi noda

Melempiaskan rasa rindu dan cinta kepada Allah
dan bergantung segalanya hanya pada Allah yang Maha satu
KITA, kita sebagai hambaNya nescaya tidak akan rugi..