Wednesday, 13 July 2011

Menggarap tinta, Meluah rasa

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

LAGU Nowseeheart bertajuk Keluarga Bahagia itu kuputar berulang kali.  Biar didengar berkali-kali, namun telinga ini tidak pernah jemu. Terasa bait-bait liriknya memberi seribu makna buat pelajar sepertiku ini. Sementelah tidak, keluarga jauh dari mata. Yang ada hanyalah sebuah keluarga yang dibina atas rantaian ukhuwah di Institut Pendidikan Guru ini. Berlegar-legar wajah mama, abah dan juga adik tersayang..


Sampai Syurga... Menggarap tinta. Meluah rasa

*Tidak ditulis secara keseluruhannya di blog ini. Sekadar mukadimah pada tugasan yang perlu di siapkan sebelum tibanya cuti Aidilfitri nanti. Moga dipermudahkan...Amin.

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 12 July 2011

Perihal Cinta

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


hakmilik : google


Ketika mereka memuja cinta manusia,
aku hanya ingin memuja cintaMu,
Dalam setiap hela nafasku,
Dalam setiap butir bicaraku,
Dalam setiap derapan langkahku
dan 
Dalam setiap tingkah lakuku
kerana
aku lebih yakin akan cintaMu yang tidak pernah palsu
Sebagaimana cinta manusia yang akan kekal layu..

Tips For Better Wudhuk

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...




Hi everyone!..Im coming back with english session. Today Im gonna share some tips for better wudhuk or ablution. What is WUDHUK? Wudhuk, or ablution is an act of washing parts of our body. Being a righteous Muslim, wudhuk is done on daily basis (before praying, sleeping, etc). So being said that, wudhuk should be taken seriously and we must always do our best to make our wudhuk better :) So here are some simple ways to make our wudhuk better, insyallah... =)

1. What’s better than having a complete, nice, wuduq before meeting Allah (prayers)? Awesome, fresh teeth and mouth of course! :D Although brushing teeth is not a compulsory part of wuduq, it is still highly recommended!
Related hadith: 
• Narrated by Abu Huraira (r.a.): The Prophet (s.a.w) said : “Were it not that I might overburden the believers (people), I would have ordered them to use toothstick at every time of prayer” [Sahih Muslim : Book 02 hadith # 0487]
2. Wuduq plays an important role in a Muslim’s life, for wuduq does not only clean parts of our body, but did you know that whoever takes wuduq, your sins will be washed out? Masyallah! How simple is that? So take wuduq regularly and be fresh 24/7!
Related hadith: 
• Narrated by ‘Abdullah (r.a.) : The Prophet (pbuh) said: “Whoever makes wuduq and makes it well, his sins would come out from his body, even coming out from under his nails” [Sahih Muslim Book 2, hadith #0436 ]
3. The next time you’re taking wuduq, pay attention to washing your hands and feet! Make sure that water goes in between your fingers and toes! Also, make sure that water reaches your heels, because a wuduq is invalid if water does not reach your heels (and other compulsory parts).
Related hadith: 
• Narrated by ‘Abdullah bin Amr (r.a ): Some of the people were in a hurry at the time of the afternoon prayer and perform wuduq hurriedly, and we reached them, their heels were dry, no water had touched them. The Prophet (pbuh) said: “Woe to (dry) heels, because of HellFire. Make your wuduq thorough” [Sahih Muslim, book 2, hadith # 0468 ]
4. The correct way of taking wuduq for the head part is to wipe the WHOLE head, and not solely on the front bit. To do so, wet your hands and start wiping at the front and then make way to the back of the head, then back to where you started.
Related verse from the Quran: 
♦ “Rub (by passing wet hands over) your heads” [Al-Ma’idah 5:6]
5. Saving the environment (in this case, water) is a job for every Muslim! When taking wuduq, minimize the usage of water by not allowing water gushing out from the tap too much! Turn the tap just nicely to ensure parts of your body are covered with water. Remember; you’re trying to get rewards from taking wuduq, not sins!
Related hadith: 
• Narrated by Anas (r.a.) :The Prophet (pbuh) used to make wuduq with a mudd* (of water) [Sahih Muslim]
* Mudd is the amount of water which is held by the two hands cupped together.
from here 
SHARING IS CHARING... =)
pen off,
nhmy1303
pen off,

Sudah Bersedia?

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Tahun hadapan merupakan tahun terakhir dan ini bermakna 2013 sudah 'posting' dan kerjaya sebagai pendidik  telah bermula. Destinasi yang telah dipilih oleh saya ialah Sabah dan Sarawak. Pelik bukan? Apabila ditanya kepada rakan-rakan yang lain, majoritinya ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya yang teringin sangat ingin dihantar ke sana. Sehinggakan bila berbicara dengan mama, sudah pasti lokasinya adalah negeri yang sama walaupun sebenarnya mama memang menentang dengan sekerasnya. Namun ada rezeki, saya ikut sahaja. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pada setiap ketetapan Allah.

*Kawan serumah dan seorang senior dah mengajak 'posting' Sabah dan Sarawak.. Ada 'geng'.. Yeayy... =)


Ketetapan yang telah tertulis di Luh Mahfuz, tak siapa yang tahu. Siapakah kita sebagai hamba yang lemah untuk menolak apa jua perkara yang telah ditentukan oleh Allah? Kerana apa jua di dunia ini adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatu pun milik manusia...

Mengharap Kesembuhan

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti bersambung lagi hari ini. Keadaan memang tidak mengizinkan. Syukur minggu ini di sekolah berlangsung minggu peperiksaan. Tiba di rumah sepupu jam 6.30 pagi.. Saya mula terasa longlai. Pagi ini tidur tidak nyenyak. Entah kenapa. Sekejap-sekejap terjaga.. Salur pernafasan juga mengalami sedikit masalah. Sekejap ok, sekejap tidak. 

Demam yang sudah berlaku selama 4 hari ini umpama tiada penyembuhannya.. Sehingga ditegur kawan serumah dan dia memberikan cadangan untuk bertemu dengan Ustaz Zakaria. Bimbang demam yang dialami saya dengan kerap ini ada sebab yang lainnya. Ah, mengapa tidak pernah langsung terlintas akan hal ini? Kalau tahu dah lama dah buat.. Jadinya, akan mengambil sedikit masa lagi untuk bertemu ustaz...Moga ada hasilnya....  

 "Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa."(Al-Baqarah, 2:177).

senyum macam biasa.. =)

noktah,
nhmy1303

Syukur

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Memberi maaf kepada manusia adalah perkara pertama,
terima atau tidak itu perkara yang kedua..
Syukur....syukur berada di sekeliling manusia yang baik2..
=)


noktah,
nhmy1303

Penghabisan Waktu

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah.. Seperti yang telah dijanjikan elaun telah pun dimasukkan ke dalam akaun bagi setiap pelatih. Masing-masing tersenyum lebar saat memandang skrin mesin ATM barangkali usai kuliah tengahari tadi. Begitu juga saya. Namun ternyata duit telah habis begitu sahaja. Melangsaikan hutang rumah, broadband dan juga telah memberikan kepada mama.Kini tinggal separuh dan akan digunakan sebaik yang mungkin. Selesai membeli beberapa keperluan di Giant, hati melonjak-lonjak untuk ke JJ bagi membeli beberapa buah buku. Niat di hati sudah tertanam bahawa buku itu perlu menjadi teman setia saya. 

Tiga buah buku telah berjaya di beli. Syukur. Sebuah telah dihadiahkan pada insan yang telah banyak membantu.. Dan dua buah lagi menjadi bahan bacaan saya nanti. Sebuah karya Hilal Asyraf bertajuk Batu-bata Kehidupan dan sememangnya saya lebih menyukai bahan bacaan seperti itu berbanding novel cinta. Mungkin sudha menginjak dewasa, proses pentarbiyahan itu sangat diperlukan berbanding diisi dengan perasaan cinta. Moga ada manfaatnya. Sila dapatkan buku berkenaan di kedai buku yang berdekatan.  =)


hakmilik : google

noktah,
nhmy1303

Monday, 11 July 2011

Kerana Kita Lupa

hakmilik : google


Kadang-kadang kita lupa,
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang miskin hina, 
Ada yang kaya berada.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang bijak sempurna, 
Ada yang baru ingin mengenal aksara.

Kadang-kadang kita lupa,
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang sihat, 
Ada yang terlantar kesakitan.

Kadang-kadang kita lupa,
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang tinggi ilmunya, 
Ada yang cetek pengetahuannya.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang terlalu prihatin, 
Ada yang langsung tak ambil kisah.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang terlalu baik, 
Ada yang kejam dirinya.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama
Ada yang boleh kita letak rasa percaya, 
Ada yang sanggup menikam kita.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang sering berada di takhta teratas, 
Ada yang derita menunggu di bawah.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama,
Ada yang sudah mengecap nikmat bahagia, 
Ada yang masih menanggung siksa.

Kadang-kadang kita lupa
Kita manusia, bukan semuanya sama
Diciptakan oleh Allah dengan terlalu banyak kelebihan namun tidak bersyukur
Diciptakan oleh Allah dengan terlalu banyak kekurangan, lantas merungut... 


dan

Aku sering lupa
Aku juga manusia
Manusia yang penuh rasa derita
Manusia yang sering lalai dan alpa
Manusia yang naik turun Imannya
Manusia yang banyak rungutannya
Manusia yang kurang rasa syukurnya
Manusia yang dipenuhi tangisan airmata 
saat tidak mampu menahan ujianNya
kerana aku lupa
aku juga manusia....

Titik Permulaan...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 9 Julai 2011 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat (A), satu bengkel penulisan cerpen kreatif telah diadakan anjuran Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Bengkel ini telah dihadiri oleh insan-insan yang berbakat dalam bidang penulisan dengan gaya penulisan masing-masing. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menimba seberapa banyak ilmu yang telah dibekalkan. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Terima kasih kepada junior saya yang sudi mengajak untuk sama-sama mencari ilmu dalam bidang penulisan ini. Pada mulanya hampir menolak kerana beberapa kekangan. Namun, alhamdulillah hati ternyata kuat untuk duduk bersama mereka, mendengar pelbagai input yang berguna oleh pensyarah serta bersama-sama menggarap sebuah tinta.

Biar gambar berbicara, menuturkan setiap perjalanan program... =)




Penceramah : Puan Norehan


 Barisan peserta

 Puan Hayati turut tidak melepaskan peluang

 Permulaan..Moga berterusan


 Saudara Fathul Khair

 Barisan peserta yang sedang khusyuk mendengar karya rakan-rakan




 Bacaan karya oleh Sanisha : "Bayang-bayang"


 Saudara Ajwad dengan karyanya yang hebat.




 KAMI 




 Ucapan Majlis Penutup oleh KJ Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Sharuddin


 Sesi penyampaian cenderamata



Langkah permulaan diatur penuh gigih, Hati yang ikhlas bersatu di bawah satu tujuan yang sama,
Semoga ada hasilnya kelak...


Terima kasih kepada saudara Fathul Khair yang sudi mengajak untuk menyertai bengkel ini.. 
Kalian terhebat..
Terasa kerdilnya diri...


Noktah,
nhmy1303.

Friday, 8 July 2011

Pengakhiran Itu Pasti Tiba...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat penuh barakah. Pagi dimulakan dengan majlis bacaan Yasin di sekolah dan diikuti dengan ceramah Isra' Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Kahar.. Alhamdulillah sedikit ilmu telah diperolehi.. Ternyata badan semakin lemah. Entah mengapa setiap pagi serangan asma secara kecil-kecilan berlaku. Nafas ini seolah sukar untuk dihembuskan seperti biasa. Dan apabila perkara itu berlaku, saya yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pernafasan..Namun dibiarkan sahaja.

Kembali tenang.. Selepas meluahkan akan hal itu. Menunggu saat tibanya hari Ahad. Andai tiada jawapan maka pengakhiran itu pasti berlaku dan saya harus berlalu pergi selamanya.. Moga Engkau permudahkan urusan ini..Moga kembali ditetapkan hati.. Terima kasih buat insan yang membantu dalam perihal ini. Hanya Allah dapat membalasnya kembali...

noktah,
nhmy1303