Friday, 8 July 2011

Pengakhiran Itu Pasti Tiba...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat penuh barakah. Pagi dimulakan dengan majlis bacaan Yasin di sekolah dan diikuti dengan ceramah Isra' Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Kahar.. Alhamdulillah sedikit ilmu telah diperolehi.. Ternyata badan semakin lemah. Entah mengapa setiap pagi serangan asma secara kecil-kecilan berlaku. Nafas ini seolah sukar untuk dihembuskan seperti biasa. Dan apabila perkara itu berlaku, saya yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pernafasan..Namun dibiarkan sahaja.

Kembali tenang.. Selepas meluahkan akan hal itu. Menunggu saat tibanya hari Ahad. Andai tiada jawapan maka pengakhiran itu pasti berlaku dan saya harus berlalu pergi selamanya.. Moga Engkau permudahkan urusan ini..Moga kembali ditetapkan hati.. Terima kasih buat insan yang membantu dalam perihal ini. Hanya Allah dapat membalasnya kembali...

noktah,
nhmy1303

No comments: