Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli ala Muhammad, Wa Ala Ali Muhammad. Alhamdulillah, syukur dirafakkan kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kini aku terasa ingin kembali. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.
Kembali perlahan-lahan untuk menghunus pena. Aku terasa dipanggil untuk kembali mengasah pena yang telah lama kusimpan rapi dalam lipatan hati. Entah mengapa, kali ini rasa terpanggil setelah sekian lama aku tidak menulis.
Walau bagaimanapun, penulisan kali ini perlu ditapis dan hanya berkongsi perkara yang sepatutnya sahaja. Cukuplah kesilapan yang lalu yang telah memakan diri aku sendiri. Semoga penulisan aku kali ini ada sahamnya untuk akhirat kelak. Amin Ya Rabb..!

No comments:
Post a Comment