Assalamualaikum wbt..
Temanku kini buku, sebatang pen dan sebuah buku nota. Perjuangan perlu diteruskan kerana kosa kataku tersangat kurang. Buka buku ini jumpa perkataan baru, buka buku itu jumpa lagi perkataan baru. Umpama kanak-kanak yang baru mengenal perkataan lagaknya. Seminggu ini berjaya menghabiskan 3 buah novel. Boleh tahan juga. Syukur Alhamdulillah. Kini sedang bergelut dengan bahan bacaan kreatif berbentuk cerpen pula. Syukurlah masa senggang itu banyak.Walau kerja yang lain datang secara mendadak, namun saya mengisi masa lapang yang lain dengan membaca. Kerjaku kini membaca, membaca dan membaca dan syukur rakan serumah telah memahami hobiku ini. Dalam bas, dalam kereta, di kedai makan, sebelum kuliah, semasa kuliah dan juga semasa bermesyuarat (haa, kantoi di situ).
Hari ini tiba-tiba didatangi idea. Ingin mencatat perkataan yang baru beserta maksudnya sebagai rujukan di dalam buku nota. Itu langkah permulaanku. Moga berjaya kali ini. Rahmati dan berkati minat ini Ya Allah..Amin.
p/s:
- kerja oh kerja...
- masih belum punya kesempatan untuk 'edit' gambar...minat yang satu ini juga tak pernah padam cuma belum berkesempatan.
- perlu elakkan daripada mereka...bukan satu, tapi kedua-duanya..kuatkan hambaMu ini..
noktah,
nhmy1303.
2 comments:
sesungguhnya, langkah pertama sudah dimula. laksanakan pula pencak yang seterusnya. kembangkan sayap penulisan yang sudah disebarkan harumannya. biarkan taman-taman ilmu itu dipenuhi tulisan-tulisan yang berkarisma.
untuk saya dan senior ini [kakak yang sangat prihatin kepada kami]:
"Guru harus menulis. Menulis untuk sesuatu bagi bangsanya. Bukan juga untuk keuntungan semata."
"Jangan biarkan hidup kita dengan kehausan dakwat. Jika kita haus dengannya, maka tiada datanglah dakwat itu pada kita di hari kemudian kelak."
"Kalam sudah dimetrai oleh Allah. Kalam penerus ilmu daripada hilang bersama syuhada dahulunya."
Semoga sukses dalam bidang ini. Semoga sinergi yang digembleng, mencapai sasarannya...
Chaiyo!
"untuk saya dan senior ini [kakak yang sangat prihatin kepada kami]"
Ya Allah terharunya....xsgka nak tulis macam ni..
insyaAllah akak cuba..sebagai langkah permulaan itulah yg sedang dilakukan..membaca dan terus membaca kerana krgnya ilmu di dada...insyaAllah kalian akak cuba jadikan sebagai rujukan..
mungkin bila dah graduasi nanti masa terluang tu boleh diisi dengan menulis andai waktu 'posting' lambat...
mohon bagi sokongan...
terima kasih banyak2...
Post a Comment