Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Menjadi guru bukan semata-mata mengajar ilmu dunia sahaja. Ilmu akhirat jua dan kedua-duanya perlu seimbang. Jika asyik terlalu mengajar ilmu dunia dan diabaikan ilmu akhirat, bagaimanakah hendak mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama? Masuk kelas semata-mata? Bagi petikan, suruh murid baca. Kemudian buat latihan pengukuhan, latihan tatabahasa dan beri penerangan habis-habisan terutama aspek tatabahasa sampai mereka faham.
Tetapi, ilmu agama? Dimanakah penerapannya? Hanya mengharap ustaz dan ustazah sahajakah untuk menyampaikan ilmu ini? Jika dilihat pada jadual waktu, berapakah masa yang diperuntukkan untuk kelas agama sendiri? Allah, umpama batu besar jatuh atas kepala sendiri apabila persoalan yang saya buat ini terkena diri sendiri. Allahuakbar!!
Semoga Ya Allah, semoga hambaMu ini mampu untuk menyampaikan ilmu kedua-duanya. Seimbang duniawi dan ukhrawi. Amin.
*persoalan ini tidak akan berhenti di sini. Kerana menjadi seorang guru itu bukan mudah. Memberi ilmu kepada anak didik. Silap ilmu maka terpesonglah.
Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
No comments:
Post a Comment