Tuesday, 16 August 2011

Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur saya rafakkan kepada Allah SWT. Selesai penyeliaan bersama antara guru dan pensyarah pembimbing. Namun hari ini perasaan cuak menguasai diri. Entah mengapa rasa itu hadir bermula petang semalam. Cuba memujuk diri. Semalam mata dilelapkan agak lewat. Kemudian terjaga kembali jam 3.45 pagi. Jantung berdegup kencang. Ah, kenapalah saat itu saya tidak bangun dan meneruskan qiam!! Allah sudah memberikan peluang, namun saya telah mensia-siakan peluang itu. 

Kelas bermula lewat 10 minit kerana ada beberapa masalah teknikal. Saya rungsing memikirkan masa yang tidak mencukupi. Namun, alhamdulillah sesi pengajaran tamat tepat jam 9.45 pagi. Sejurus selepas mengajar, tidak sempat untuk mendengar ulasan pensyarah kerana perlu ke kelas seterusnya bagi menggantikan kelas. Alhamdulillah komen daripada pensyarah tidak menghampakan. Namun diri masih lagi rasa tidak layak. Usai menggantikan kelas, mendapat sesuatu berita yang saya tidak pasti kebenarannya. Saya tahu itu adalah rezeki, namun layakkah? Apabila berbicara bersama guru pembimbing, saya berterus-terang bahawa diri ini sesungguhnya tidak layak berbanding dengan rakan sepraktikum. Allah, kumohon petunjukMu sebelum tibanya minggu hadapan.

Harus bersiap sedia  minggu hadapan. Moga Allah permudahkan. Amin.


noktah,
nhmy1303.

No comments: