Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Usai berterawih, terlintas sesuatu..
"Ya Allah, untungnya kalau nyawaku ditarik dalam bulan Ramadhan ini.."
Entah mengapa. Serasa ingin meninggalkan dunia yang fana ini. Meninggalkan segala perkara yang telah saya lalui. Namun, saya akui, bekalan untuk dibawa bertemu Yang Maha Esa masih belum mencukupi. Siksanya apabila berkeseorangan di dalam kubur saya memang takkan mampu untuk hadapi. Segala azab dan siksaan yang telah Allah janjinya masih tidak mampu dijangkau di fikiran saya. Allahuakbar!! Ampuni segala dosa-dosa hambaMu ini. Andai bisa Ya Allah, tariklah nyawaku di dalam bulan yang penuh barakah ini. Supaya tiada lagi manusia yang kecewa dengan perbuatanku ini. Amin..
*Andai bisa sakit mama dipindahkan kepadaku, aku terima. Kerana hati ini sudah tidak mampu mendengar rintihannya saban waktu. Biar mata ini tertutup dahulu, biar jasad ini dibaluti putihnya kain kapan itu sebelum mereka Ya Allah, kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk hidup tanpa mereka. Lindungi mama dan abah...
Noktah,
nhmy1303.
No comments:
Post a Comment