Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Usai mendengar amanat daripada mama.. Bukan mudah kerana saya sendiri pun ada simpan rasa cuak yang bukannya sedikit. Tetapi agak banyak juga. Tapi saya kena lebih berani. Sampai bila nak susahkan orang? Entahlah...Hidup selalu menyusahkan orang je rasa.. Yakni saya jenis yang susah nak luahkan sesuatu. Tetapi saya tahu dah banyak insan yang saya susahkan. Jadi kali ini perlu buangkan rasa takut, kena lebih berani. Bila lagi kan nak berdikari? Ya Allah, hanya padaMu hambaMu ini memohon dan mengadu, lindungilah setiap perjalananku. Hanya Engkau mengetahui perasaan hambaMu yang lemah ini. Lindungiku daripada sebarang marabahaya.. Permudahkan setiap urusanku dan jangan Engkau biarkan hambaMu ini terus-terusan menjadi anak yang sering memberi kesusahan kepada kedua ibu bapaku.. Amin..Tidur awal, esok pagi-pagi perlu belajar banyak lagi tentang kereta...
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment