Tuesday, 31 January 2012

Ya Allah
kuakui, aku adalah hambaMu yang sentiasa memungkiri janji-janjiku terhadapMu
Kuakui, aku adalah hambaMu yang sentiasa memungkiri janji atas segala perkataanku
dan aku tahu, segalanya telah Engkau kiranya sebagai dosa..

Ya Allah,
aku tidak tahu betapa banyak lagi saham yang telah tertulis dan terhisab olehMu
maka untuk itu aku memohon Ya Allah
janganlah Engkau putus-putus memberi peringatan kepada hambaMu yang serba kekurangan ini..
Ampuni segala dosaku..
Titik-titik hitam itu semakin menghijab jiwa...
Moga aku sentiasa dalam perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa

Menjalani hari-hari yang aku sendiri tahu betapa sukarnya
Bukan dek kerana aku terpaksa berhadapan dengan sekolah saban hari
Tetapi kerana taburan benih-benih dosa itu semakin hari semakin membuahkan hasilnya
Aku terlalu ingin menuai hasil itu dengan segera
Kerana aku seorang diri semakin tidak mampu untuk mengharunginya..

Ya Allah,
aku tahu
mulut ini masih banyak bicaranya
dan bicara itu adalah bicara yang sia-sia
Izinkan aku menjadi manusia yang senantiasa bermuhasabah diri setiap masa
walau aku sendiri semakin lemas dalam rencam dunia yang aku tak tahu bilakah akan berakhir...

Monday, 30 January 2012

Tiba di Kampar..
Tiba awal daripada yang disangka..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah...

Namun, hati ini berdebar hebat..
Sangkaan aku tepat..
Tak pasti sama ada aku berdoa untuk itu atau sekadar kata-kata itu lahir dihati
Namun Allah makbulkannya

Biarlah hanya aku yang tahu..
Peritnya juga biar hanya aku yang tanggung


Selamat malam seisi dunia..
Moga kita dibangunkan semula daripada tidur yang lena.

Ya Allah, ampuni hambaMu yang enuh dosa ini..

Saturday, 28 January 2012

Semakin pantas masa berlalu
Semakin derasan aliran airmataku

Entah mengapa aku rasa yang aku tak mampu
Setiap detik yang berlalu, bayangan itu datang menemani aku
Menjelma satu per satu
Lalu pergi bersama rintik jernih mutiara

Tuhan,
Kuatkanlah hati hamba ini..
Hanya itu yang aku pinta..

Friday, 27 January 2012

Ada rasa yang jauh terpendam dalam lubuk hati aku...
Tak terluah sejak sekian lama dan aku semakin takut...
Jujur aku akui, aku memang tidak diberikan kelebihan untuk berkomunikasi
Kelemahan itu aku sendiri sahaja yang tahu
Dek kelemahan itu, aku harap sangat-sangat, walaupun aku memang tak petah untuk bercakap
Biarlah tangan ini sahaja yang petah
Namun bukanlah bicara tinta yang sia-sia,
aku terlalu takut akan itu..
Allah, terimalah setiap bicara tinta ini
Andai tidak memberi manfaat kepada orang lain
Biarlah ianya menjadi manfaat dan peringatan buat diri aku
HambaMu yang hina dan kerdil ini..
Ampunilah hambaMu ini Ya Allah..


*titisan mutiara itu bergenang di tubir mata...
Aku menulis kerana aku rasa dengan menulislah wasilah untuk aku memuhasabah diri..
Aku menullis kerana aku rasa dengan menulislah wasilah untuk aku perbaiki kelemahan diri..
Aku menulis kerana aku rasa dengan menulislah wasilah untuk aku meluah rasa
Aku menulis kerana aku rasa dengan menulislah wasilah untuk aku mencambah idea..

Erti Syukur

Assalamualaikum wbt...

Serasa sudah sekian lama tidak menulis begini. Ruangan ini terisi, namun isinya hanyalah sekadar luahan rasa apabila aku sendiri menjadikan blog ini sebagai catatan atau diari harian.

Usai membaca sesuatu di laman facebook sebentar tadi. Artikel itu telah mengajar aku tentang erti kesyukuran. Bayangkan seorang budak yang baru berusia 8-9 tahun terpaksa mencuri demi mencari sesuap nasi dek kerana kesempitan hidup mereka. Aku terkesima. Namun itulah senario yang berlaku sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana negara sekalipun yang mengalami kesempitan hidup, mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Dek kerana budak itu, lantas aku berfikir. Selama ini aku boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang boros kukira. Pembaziran berlaku usahlah dicerita banyak mana. Terkadang makanan yang dibeli atau dimasak, apabila tidak habis dibuang macam itu sahaja tanpa berfikir panjang akan kesusahan orang lain yang tak mampu untuk mendapat apa yang mereka nak.

Alhamdulillah aku bersyukur mendapat banyak benda yang aku nak. Sama ada yang diminta atau sebaliknya. Namun, aku tak sedar untuk mendapat sesuatu benda terutama daripada mama dan abah, mereka terpaksa hadapi macam-macam perkara. Semata-mata untuk melihat kesenangan anak-anak mereka. Lama baru aku sedar akan hal ini.. Terbaca satu pesanan ringkas yang benar-benar menusuk ke atma aku. Kini baru aku sedar akan perihal perkara yang berlaku. Allah, terasa aku ini manusia yang tak mengenang jasa.

Dek kerana satu artikel telah membuka mata aku. Satu persatu perkara yang berlaku di rumah sewa sendiri dan berlaku di kafeteria di IPG satu masa dahulu kembali terngiang-ngiang dalam benak mindaku. Terima kasih untuk kalian. Sedar dalam diam...


"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)  
Leave it for a while
I'll be back tomorrow!
InsyaAllah..

Thursday, 26 January 2012

27 April

- tamat praktikum
- pesta buku : Kuala Lumpur
- PC Fair (26-28 April)
Usai memberi tidur anak kecil itu..
Aku kerapkali tumpah airmata setiap kali melihat mama atau abah yang terpaksa bersengkang mata
Dek kerana kakak terpaksa kembali ke Putrajaya
Anak kecil itu terpaksa ditinggalkan buat sementara
dan lantas kerana kasihankan keduanya, aku sendiri yang mendodoikan bayi itu.
Tuhan, hanya Kau tahu perasaan saat itu..

Subuh tadi, aku sempat melihat juraian airmata seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya
Tak terbayang kala itu bakal menanggung rindu yang menebal.
Itulah lumrahnya menjadi ibu.
Jauh mana pun, rasa kasih dan sayang itu takkan pernah hilang
walau sedikit pun..