Saturday, 1 October 2011

Serangan Demi Serangan


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.

Jam kini 7.21 pagi. Mata ini tidak mampu untuk dilelapkan walau terlalu letih.. Mencuba untuk tidur kembali namun tidak berjaya. Semalam sekali lagi diserang asma. Namun kali ini keadaannya cukup buruk.. Saya tidak mampu untuk tidur secara normal. Batuk dan selsema juga mengiringi. Nafas juga semakin tidak menentu.. Akhirnya membuat keputusan untuk tidur secara duduk kerana itulah cara yang terbaik. Daku hanya mampu untuk melelapkan mata sekejap sahaja yakni daku bergelut dengan kondisi yang tidak baik. Allah, saat itu hanya Dia yang mengetahui. 

Kini kepala kosong. Tiada mampu untuk berfikir apa-apa. Yang difikir semoga Allah panjangkan usiaku. Andai usia muda ini daku bakal dijemputnya, aku reda.. Kerana hambaMu ini tahu Ya Allah, tidak Engkau uji aku jauh daripada tahap kemampuanku.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

  • Bila mana Engkau tidak pernah merasa nikmat sihat semenjak daripada kecil hingga ke saat ini, maka bersyukurlah wahai Noor Haszwani bt Mohd Yusoff, kerana Allah sayangkan dirimu. Kerana setiap kesusahan dan titisan airmata yang telah mengalir telah dikira oleh Allah. Kerana setiap ujian sakit yang menimpamu adalah kifarah kepada dosa. Maka bertahan dan bersabarlah wahai diri selagi terdaya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu. Amin Ya Rabbal Alamin..




Friday, 30 September 2011

Belum Tiba


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini berlalu seperti biasa. Awal pagi kena menghadiri perhimpunan. Walau tiada kuliah pagi ini namun seharusnya perlu ke perhimpunan pagi ini. Untuk ponteng itu agak mustahil kerana itulah rutin harian sebagai bakal guru kelak. 

Pagi-pagi lagi sudah bersiap. Seperti biasa, pagi-pagi diserang asma.. Namun kuatkan juga diri. Tiba di perhimpunan ketar semacam sebab hari ini berlaku sesuatu. Itulah kali pertama. Sudah kurasa debarannya sejak dirumah. Lagak mahu masuk pertandingan sahaja debarannya. Hanya yang ke perhimpunan tahu apa yang berlaku.. =)

Semasa perhimpunan tiba-tiba ditanya oleh Sanisha tentang satu pertanyaan. Ha, terkedu sebentar. Entah mengapa diusik sebegitu pagi ini. Jawapannya tidak kuberikan sepenuhnya. Cukuplah hanya Allah Yang Mengetahui. Selebihnya tunggu masa akan datang kerana daku sendiri tak pasti akan hal itu. Perjalanan masih jauh. Ingin dihabiskan dahulu sisa-sisa ilmu yang tinggal. Kemudian menyambung ke peringkat seterusnya jika diizinkan Allah Taala. Perihal itu bukan langsung tiada dalam senarai, tetapi daku meletakkannya pada tangga paling bawah sekali. Jika ada adalah, jika tiada pasrah sahaja.. =)

p/s:

  • sudah sampai dirumah. sangat gembira berjumpa mama abah dan adik-adik...
  • perancangan ingin membawa adik berjalan untuk mengurangkan tekanannya yang bakal menduduki PMR nanti.
  • hati ini sudah dimiliki andai diizinkan Allah Taala...


noktah,
nhmy1303.  
selamat hari lahir kakak tersayang....
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
moga Allah permudahkan urusan untuk bersalin nanti
orang sayangkan anda sangat-sangat..
=)

Sekerdil Aku


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


Melewati blog pensyarah yang memberi ceramah mengenai penulisan kreatif sewaktu mengikuti bengkel penulisan yang lalu dan mata tertancap pada senarai nama penulis. Terbungkam kaku! Kerdilnya aku dan tidak layak rasanya bersama barisan mereka. Daku tidak punya pengalaman dalam bidang ini walau menulis itu minat yang kucambah semenjak di bangku sekolah lagi. Cuma tidak dikembangkan sahaja. Terasa rugi apabila diimbas kembali, sewaktu menghadiri bengkel penulisan di sekolah dahulu, daku tidak bersungguh-sungguh. Minat itu ada, cuma galakan sahaja yang kurang. 

Kini apa perlu buat? Berusaha dan terus belajar kerana wasilahnya telah Allah sediakan.. Menunggu antologi yang pertama nanti dan itulah kenangan yang paling bermakna sepanjang tempoh bergelar mahasiswi..! Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan dan mengajak untuk menyertai bengkel itu. Jika tidak daku tidak berada dalam kalangan mereka..

noktah,
nhmy1303.

Thursday, 29 September 2011

Punya Teman Baru


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Temanku kini buku, sebatang pen dan sebuah buku nota. Perjuangan perlu diteruskan kerana kosa kataku tersangat kurang. Buka buku ini jumpa perkataan baru, buka buku itu jumpa lagi perkataan baru. Umpama kanak-kanak yang baru mengenal perkataan lagaknya. Seminggu ini berjaya menghabiskan 3 buah novel. Boleh tahan juga. Syukur Alhamdulillah. Kini sedang bergelut dengan bahan bacaan kreatif berbentuk cerpen pula. Syukurlah masa senggang itu banyak.Walau kerja yang lain datang secara mendadak, namun saya mengisi masa lapang yang lain dengan membaca. Kerjaku kini membaca, membaca dan membaca dan syukur rakan serumah telah memahami hobiku ini. Dalam bas, dalam kereta, di kedai makan, sebelum kuliah, semasa kuliah dan juga semasa bermesyuarat (haa, kantoi di situ).

Hari ini tiba-tiba didatangi idea. Ingin mencatat perkataan yang baru beserta maksudnya sebagai rujukan di dalam buku nota. Itu langkah permulaanku. Moga berjaya kali ini. Rahmati dan berkati minat ini Ya Allah..Amin.

p/s: 
  • kerja oh kerja...  
  • masih belum punya kesempatan untuk 'edit' gambar...minat yang satu ini juga tak pernah padam cuma belum berkesempatan.
  • perlu elakkan daripada mereka...bukan satu, tapi kedua-duanya..kuatkan hambaMu ini..
noktah,
nhmy1303.
rindu...........
rindu...........
rindu...........

rindukan adik-adik....
sebab merekalah tempat daku meluah segala tekanan...
dengan mereka segalanya hilang..
bergurau, makan, keluar membeli belah, main sama-sama
sekarang tengah membayangkan mereka
Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa sayangnya aku pada mereka
kokni rindukan kalian...
teramat sangat..!!
rindukan kakak....tak sabar nak dapat anak buah...moga dipermudahkan urusan bersalinmu....
orang sayang anda sangat-sangat wahai kakak...!
moga dapat bertemu dalam masa terdekat nanti..

bahagiakan keluarga kami Ya Allah
bahagiakan rumahtangga kakak dan abang ipar...
pelihara mama abah jua
berikan kesihatan yang baik pada mereka..

jua doa ini kukirimkan buat ibunya yang tidak pernah bersua muka...
jua buat opahnya.
moga sentiasa dalam lindungan Allah....

Wednesday, 28 September 2011

menulis itu sudah menjadi semakin sebati...
hanya bermula dengan ABC
kelak mungkin bakal menjadi wacana yang disegani..
siapa tahu?
moga bertemu sang rezeki...
moga mampu membuka pintu hati..

terima kasih wahai munsyi
kerana menemukan daku pada sebuah erti perjalanan diri...
moga istiqamah dalam bidang ini..
amin...

Tumpah Lagi


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Hati mulai berat...Sekali lagi, segalanya serba tidak kena.. Beban kerja yang semakin memuncak.! Pertanyaan itu ini, sehingga saya meletup sepanjang minggu ini. Entah apa yang tidak kena pada jiwa ini. Kosongkah? Semuanya serba serbi tak kena..Sensitif teramat barangkali..Hari ini seharian ditemani air mata...Bermula kuliah di pusat sumber tadi berlanjutan hingga ke usrah. Terasa malu menguasai diri. Namun, langsung tiada upaya untuk bertahan. Akhirnya kutinggalkan usrah itu begitu sahaja. Maaf kalian.. =(

Terkontang-kanting seorang diri mencari jalan keluar untuk masalah ini. Tidak pasti pada diri sendiri. Berulang kali saya ulang ayat ini "luaran nampak gagah dan ceria, namun dalaman?" Allah, jauhkan aku daripada sifat putus asa. Kerana diri sendiri tak mampu mencari jalan keluar lagi. Masih samar-samar pada tindakan sendiri. Saya yang jarang marah, dengan tidak semena bertindak sebaliknya. 

Teringat pada perkara yang berlaku siang tadi. Masakan perkara sama perlu diulang beribu kali? Cukuplah.. Luka yang dipendam bukan satu dua, barangkali sudah tiada ubat sebagai penyembuh. Bagaimana ingin diterangkan lagi pada kalian? Bermain dengan perasaan sendiri umpama membunuh diri secara perlahan. Sungguh saya penat walau setiap butir bicara itu merupakan gurauan. Kerana perkara itu harus disimpan dalam-dalam dan ketat-ketat. Usah diulang pada insan yang lain kerana saya cukup penat menanggungnya dan kalian tidak mengerti mengapa perkara ini perlu dianggap serius.

Moga ada sinarnya... Setiap kali berlalunya semester, pasti ada kisah yang kurang enak. Lalu bagaimana? Semoga tabah wahai diri... Menangislah semahunya kerana Allah lebih mengetahui segalanya..Segala penat dan lukamu bakal dibayar kelak.. Ampuniku Ya Allah...    

p/s:
  • terima kasih buat teman-teman.. sedihku cuma seketika..rajukku tak pernah lama..
  • Law Kana Bainana..! terima kasih yang tak terhingga...!
  • kerana ku tahu dia ada..walau dalam keadaan yang tidak disangka. dia paling senyap antara semua..
  • moga tiada ujian rindu pada ibunya. sungguh daku tidak mampu...
  • mama, orang perlukan mama saat ini.. andai pelukan itu menjadi penawar segala duka. doakan ketabahan daku...

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 27 September 2011

tiada siapa tahu...namun kugagahi jua untuk memberi senyum..
tiada siapa mengerti, namun kukuatkan jua untuk memberi budi....
tiada siapa fahami, kerana segalanya kusimpan kemas dalam nubari...
Ya Allah, kuatkan hati ini...
kembali tidak stabil....
entah mengapa sensitif ini menjadi-jadi..
terutama jika membicarakan tentang sesuatu
Ya Allah, ujilah hambaMu ini hanya pada tahap kemampuan ini..
sesungguhnya aku hambaMu yang paling lemah....