Saturday, 20 August 2011

Aku Jatuh Cinta


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..


Cinta..
Andai saja kau bisa merasa getaran hatiku,
Kau akan tahu betapa aku sangat merindui-Mu.. 
Andai saja kau bisa menadah air mataku, 
Kau akan tahu betapa aku takut kehilangan-Mu.. 
Andai saja kau JAUH dari diriku, 
Kau akan lihat betapa kosongnya hidupku..
Andai saja kau hilang dariku.. 
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan jiwaku!


Cinta..  
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu! AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..

Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..  
Aku cinta pada jalan-Mu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..
"Atas nafas cinta...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.


Indah. Garapan yang indah dan bisa membuatkan airmata tumpah ke bumi. Apabila dibicarakan tentang cinta, mudah sahaja konsepnya. Perasaan kasih dan sayang sesama manusia. Namun, berapa ramai yang meletakkan perasaan cinta itu kepada Maha Pencipta? Buat diriku, moga tiada perasaan cinta kepada insan bergelar bakal pemimpin jika cinta yang bakal kusulam ini bukanlah bersandar pada cinta Allah kelak. Semoga...!

sumber : ILUVISLAM

Friday, 19 August 2011

Shah Alam atau Terengganu?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Shah Alam atau Terengganu?
Shah Alam, terlalu lama perancangan ini dibuat
Terengganu, demi melunaskan tugasan wajib
Kedua-dua pada hari yang sama..
Allah, tidak mampu untuk berfikir dengan rasional.

Shah Alam, andai tidak dapat menjejakmu kali ini, kupasti ada hikmahnya.
Terengganu, andai tidak mengunjungimu, pasti tinggal kesannya.

Ya Allah, kumohon petunjukMu untuk memilih..

noktah,
nhmy1303.




10 Malam Terakhir


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..



10 ramadhan terakhir. Allahuakbar, pantas masa berganjak. Saya seolah tidak sedar pemergian ramadhan kali ini semakin hampir ke penghujungnya. Layakkah untuk menyambut hari kemenangan? Allah..... 

Sickness: Expiation Of Sins

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..


courtesy of google
There are many hadith which explain that sickness expiates evil deeds and wipes out sins. Of these, some are given below:


Abu Hurairah narrates that the Prophet, peace be upon him, said: "When Allah wants to be good to someone, He tries him with some hardship."


Abu Hurairah also reports that Allah's Messenger, peace be upon him, said: "For every misfortune, illness, anxiety, grief, or hurt that afflicts a Muslim -even the hurt caused by the pricking of a thorn - Allah removes some of his sins."


Ibn Mas'ud said: "I visited the Messenger of Allah, peace be upon him, while he had a fever. I exclaimed: 'O Messenger of Allah! You have a high fever! ' He said: 'My fever is as much as two among you [might have]. ' I asked: 'Is it because you have a double reward?' He replied: 'Yes, that is right. No Muslim is afflicted with any hurt, even if it is no more than the pricking of a thorn, but Allah wipes off his sins because of it and his sins fall away from him as leaves fall from a tree'."


Abu Hurairah said: "The Prophet, peace be upon him, remarked: 'The example of a believer is like a fresh tender plant; from whichever direction the wind blows, it bends the plant. But when the wind dies down, it straightens up again. (Similarly a believer is tested by afflictions to strengthen his faith and heart, and he remains patient and firm). And an evil person is like a pine tree which remains hard and stiff until Allah breaks it whenever He wills."
Patience During Illness:
Anyone suffering from an illness should remain patient, for there is no reward better or more enriching than that reserved for those who endure in patience.
Suhaib ibn Sinan narrated that the Prophet, peace be upon him, said: "How remarkable is the case of the believer! There is good for him in everything, but this is not the case for anyone except for the believer. When the believer receives any good, he is thankful to Allah, and gets a reward. And when some misfortune befalls him, he endures it patiently, for which he is (also) rewarded."
Anas narrates: "I heard the Prophet, peace be upon him, saying: 'Allah says: "When I afflict a servant of mine with respect to his two most beloved things (meaning his eyes), and he endures it patiently, I grant him paradise in return'."

'Ata ibn Rabah related that he heard Ibn 'Abbas say: "Shall I show you a woman of Paradise?"I said: "Yes, indeed." He said: "A black woman came to the Prophet, peace be upon him, and said: 'I suffer from epileptic fits, and because of these, (at times) my body becomes uncovered. Would you invoke Allah, the Exalted One, to cure me of this disease? ' The Prophet, peace be upon him, said: 'If you wish, you can be patient and you will attain Paradise (for this suffering). But if you prefer, I will pray to Allah, the Exalted, to cure you of it?' The woman said: 'I will be patient,' then added: 'I become uncovered (when I have fits), so invoke Allah for me that I do not become uncovered. ' So the Prophet, peace be upon him, prayed for her."

A Sick Person is Rewarded for All the Good Deeds that He Would (usually) Perform in a State of Health:
Abu Musa al-Ash'ari reports that the Prophet, peace be upon him, said: "If a servant (of Allah) falls sick or goes on a journey, he (continues to be) rewarded for the good deeds that he used to do when he was healthy or at home."

Source : ILUVISLAM

pen off,
nhmy1303

Setiap Kesulitan, Allah Kurniakan Kemudahan


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak ditimpa dugaan pada manusia melainkan untuk menguji tahap kesabaran dan kemampuannya. Allahuakbar!! Terima kasih atas semua ini Ya Allah. Selepas malam yang begitu serabut, hari ini Allah kurniakan berita bahagia buat saya. Tidak mampu digambarkan pada kata-kata. Cukuplah hanya lafaz alhamdulillah meniti dibibir.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kurniaan ini. Kerana kuyakin, disetiap kesulitan yang melanda, Engkau akan hadirkan kemudahan pada perkara yang lain.  =)

noktah,
nhmy1303  

Thursday, 18 August 2011

Kosongkah JiwaMu?


"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
sumber : ILUVISLAM

noktah,
nhmy1303

Allah Maha Mengetahui


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekelip mata Allah memberi petunjuk. Lain dimulut, lain di hati. Lain disebut, lain yang dibuat. Sesungguhnya Allah itu Mengetahui segalanya. Sungguh saya tidak mengetahui banyak perkara. Anda lebih mengetahui segalanya. Namun, kuasa Allah tu siapa sangka? Terima kasih Ya Allah. Moga kita semua dilindungi daripada perkara yang tidak sepatutnya. Yakinlah padaNya. 


noktah,
nhmy1303.

Ramadhan Day 18

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah...
May Allah bless the day

Kini Segalanya Berakhir


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Saat ini, untaian jernih sudah menyapu pipi. Hanya menunggu jatuh tertumpah ke bumi. Siapa sangka takdirnya begini. Redha itu telah lama ada. Kerana yakin dengan setiap ketentuan Illahi.

Semalam merupakan pengakhiran segala. Biarlah begini jadinya. Pasrah dan redha. Ranahnya tak siapa tahu. Luluhnya tak siapa mengerti. Hancurnya tak siapa tahu. 

Umpama berjalan di atas pasir, bukaan langkah perlu dipercepatkan kerana kesan tapak kaki itu akan hilang untuk selamanya. 

noktah,
nhmy1303.

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah....kuatkan tekad ini. Hanya Engkau Maha Mengetahui. 
Biar ramai yang membenci
Namun jangan Engkau murka pada hamba yang lemah ini
Pimpini diri ini menuju redhaMu....
Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui.
 

p/s : diam kali ini? kembali? haruskah?

noktah,
nhmy1303.