Saturday, 17 March 2012

Kembali untuk bermuhasabah diri..
Aku tahu apa yang berlaku dalam masa seminggu ini cukup dahsyat
Terlalu jauh tersasar..
Tersangat..!!

Allah.. ampuni hambaMu yang lemah ini.. =(

Wednesday, 14 March 2012

Di usia 23, Allah uji aku dengan sakit. Semoga itu satu bentuk kafarah dosa.. Mudah-mudahan..

*Demam panas
*Asma
*Tangan terseliuh

Kuatlah...Untuk perjalanan yang jauh esok hari. Moga aku mampu.. amin...

Tuesday, 13 March 2012

Selagi mampu untuk terus setia maka setialah walau belum pasti dia menjadi bakal imammu kelak..

Hati manusia bukan kurniaan Allah untuk dicemari, namun untuk dijaga. Kerana hatilah tempat permulaan segala masalah pada manusia. Moga Allah pelihara hati-hati kita..
Mabruk alaik kepada rakan sekelas iaitu Zima kerana telah selamat diijabkabulkan Sabtu yang lalu
Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke syurga..

Mabruk alaik juga kepada pasangan Rosliza dan Badiuzzaman yang juga merupakan rakan sekelas. Semoga hubungan kalian diberkati Allah SWT.

Tahniah buat Nurul Hayati yang telah selamat bertunang dengan pasangannya

Juga buat rakan-rakan yang lain yang  namanya tidak perlulah dinyatakan disini.. Tahniah-tahniah. Moga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga..

* Saya? Bila lagi?  =)

Friday, 9 March 2012

Entah kenapa tenang itu tiada selepas kembali...
Hati ini terasa sesuatu.
Tapi aku sendiri tak pasti apa..
Takut, resah dan gelisah

Tiba-tiba terasa ingin selamanya tiada
Namun, aku tak pasti mampu atau sebaliknya..
Kerana terkadang rasa itu hanya hadir seketika
Selebihnya aku akan lebih lalai mengikut arus kehidupan dunia...

Mulut bisa tuturkan apa sahaja
Namun terkadang apa yang ditutur seringkali tidak dilaksana..


Ya Allah... jalan apa lagi harus aku pilih saat ini?

* Kehadirannya kembali membuatkan aku berkecamuk.. Tujuannya apa?

Thursday, 8 March 2012

MAC kembali..!!

- 12/3 : ?
- 13/3 : me, myself
- 14/3 : munsyi
- 20/3 : abah dan kak tasha
- 27/3 : mat le JPP
- 28/3 : haziq JPP
- 29/3 : hafiz JPP

* umur semakin bertambah, namun aku tahu amalanku bagaimana... =(

Wednesday, 7 March 2012

Melewati sebuah blog yang menceritakan perihal kesempurnaan
Aku tersentak..!!

Manusia seringkali inginkan kesempurnaan dalam hidup mereka
Kesempurnaan mencari pasangan hidup
Kesempurnaan ketika melakukan sesuatu tugasan
Kesempurnaan dalam mencari keperluan hidup 
Kesempurnaan dalam bersahabat
Kesempurnaan dalam segala perkara yang berkaitan keduniaan

NAMUN,
Mengapa kita tidak mencari kesempurnaan dalam mencari cinta Allah dan mengejar redhaNya?
Mengapa kita tidak mencari kesempunaan dalam melakukan ibadah seharian sama ada yang sunat atau wajib kepada Allah?
Mengapa kita tidak mencari kesempurnaan dalam apa jua perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah
Mengapa kita tidak mencari kesempurnaan dalam segala perkara yang berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah?

Duduk seorang diri dan muhasabah diri kembali
Kita mencari-cari kesempurnaan pada bahagian lain,
Namun kita terlupa untuk mencari kesempurnaan dalam perkara yang berkaitan dengan Pencipta kita..

Allahu Rabbi
Aku terpukul pada peringatan itu..

Terima kasih Ya Allah..

*Tiada seorangpun manusia yang dilahirkan untuk menjadi sempurna, maka usahlah berharap pada kesempurnaan insan lain. Terima segala kekurangan yang ada, moga kelak kekurangan itu mampu menjadi pengajaran buat manusia..

=(
=(
Terkadang menghilangkan diri itu SANGAT perlu
Saat Allah memberi amaran
Saat hati merasa tidak tenang
Saat Allah memberi petunjuk bahawa diri semakin lama semakin hanyut dan semakin lalai
Maka jalan yang terbaik ialah mendiamkan diri dan hilang untuk seketika

Dan apabila diberi kesempatan itu
Maka duduklah sejenak
selama mana diri mampu lakukan
atau ambillah ruang dan peluang yang telah Allah sediakan untuk
MUHASABAH DIRI
kerana takut-takut apabila terlalu leka manusia lupa untuk kembali kepada Pencipta mereka...


*ke arah itu.. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan nanti.. =)
berbaki 10 hari sahaja lagi
jawapan yang bakal menentukan hala tuju hidup aku selepas ini
Ya Allah, berikan aku kesempatan itu
berikan aku petunjuk yang paling baik..
amin
Jika bukan aku sendiri yang mengawal segala perkara dan diiringi dengan izin Allah
Siapa lagi yang akan menolongku jika tidak diri sendiri?

Seminggu yang penuh duka dan cabaran
Lama dipendam dan segalanya tersimpan kukuh dalam atma
Biar dipendam selama mana pun hingga meletus segalanya suatu  hari nanti yang aku tak pasti bila
Mungkin esok?
atau lusa?
atau selamanya aku mampu pendam?
Aku perlu cuba.


*biar wajah nampak bahagia, duka dalam jiwa kucuba untuk simpan seeratnya...=)