Wednesday, 25 January 2012

Tersenyum sendirian aku
Anak-anak itu sudah besar!!
Cuma aku yang tidak perasan!
Ah, terlalu hebat aturanNya
dalam tidak sedar...

Adik bakal melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya
dan aku bakal menamatkan zaman bujang di pentas perjuangan galian ilmu
yang tak pernah padam!

dan mereka,
berbaki beberapa tahun sebelum menjejak langkahku
doa seiringan
semangat tiada pengakhiran
aku bahagia begitu
senyumku tertanam lama di bibir..
jika mereka bahagia
aku turut rasa
jika mereka derita
aku turut berduka..

Ya Allah, alhamdulillah atas semuanya..


*rasa itu aku harus pendam kembali..bukan tidak mampu, namun ada sesuatu yang menjadi tembok antara kami... 
Hari ini mengumpul saham kembali
Bukan sahaja hari ini
Malah semalam dan hari-hari sebelumnya..
Aku tahu akan semua itu..
Allah
Lemahnya aku..
Masih separa sedar aku...

Tuesday, 24 January 2012

Bersama kesusahan itu aku belajar sesuatu
Hidup ini bukanlah semata-mata untuk diri sendiri
Betapa besarnya pengorbanan mereka
Yang sehingga ke hujung nyawa atau mati hidup semula pun
Belum tentu aku mampu balas...

Satu persatu diuji dengan pelbagai dugaan
Namun mama dan abah masih gagah berdiri
Bersama membesarkan anak-anak yang semakin menginjak dewasa
Aku rasa keperitan itu walau ranjau itu belum lagi aku tempuh.

Bersabarlah duhai hati yang yakin pada pembalasan manis daripada Allah kelak
Kerana kesabaran kita bakal dikira satu persatu untuk dibalas kembali nilai sabar kita oleh Allah..
Buatmu mama dan abah
Aku akan cuba membuatkan hidup kalian bahagia kembali..
Usah dirisau tentang keadaanku kelak
Kerana kejayaan aku terletak pada redha diri kalian..
Jika kalian tidak redha maka aku tidak boleh berbuat apa-apa..


Monday, 23 January 2012

ketika aku sedang menulis tentang cinta, 
itu bukan bermakna hati ini turut berbicara tentangnya... 
ketika aku sedang berbicara tentang cinta, 
bukan bermakna hati ini turut mengiakan rasanya...
cuma aku terkadang perlukan cara yang berbeza untuk bermuhasabah tentangnya...

mencari cinta dan redhaNya tidak mudah sebagaimana mencari cinta manusia..

cinta yang AGUNG
cinta nan SATU
yakni cinta Allah Yang Maha Esa...

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.

kredit : tumblr


Peringatan di atas untuk aku, kepada aku dan buat aku...!!

Sunday, 22 January 2012

Mempunyai hidup bersosial yang teruk
Itu aku..!
Aku jarang sekali keluar untuk menikmati pawana ciptaan Illahi
Aku lebih gemar duduk di rumah
Itu aku..!

Mempunyai hidup bersosial yang parah
Itu aku..!
Akan ada saat aku rasa teramat malu untuk bertemu manusia
Aku lebih suka bersendirian
Itu aku..!

Mempunyai hidup bersosial yang tidak stabil
Itu aku..!
Akan ada satu saat aku tidak mampu berkomunikasi dengan baik
Aku lebih suka diamkan diri
Itu aku..!

Mempunyai hidup bersosial yang tidak bagus
Itu aku..!!
Akan ada saat apabila ada kenduri atau apa juga majllis
Aku akan cuba elak dek kerana tiada keyakinan untuk berjumpa sesiapa
Itu aku..!


Jadi,
jangan terlalu pelik kenapa tiba-tiba aku boleh berubah sekelip mata
kerana aku memang begitu..
=(

Saturday, 21 January 2012

Didatangi mimpi itu lagi...
Aku tidak mengambil berat sangat atas mimpi itu..
Kerana itu hanyalah mainan tidur semata..


*setiap kali bermimpi perihal itu, jawapannya aku tidak sempat nyatakan dan dia terlalu bersungguh-sungguh..

Friday, 20 January 2012

Jari ini tidak mampu untuk melakarkan apa-apa
Dek kesibukan dan menghadapi kekangan untuk melayari blog ini
Cuti seminggu ini bakal kembali penuh dengan sedikit tinta
aku harap rentak aku untuk menulis tidak hilang begitu sahaja..


*praktikum bakal bermula
*sibuk itu usah dikira
* kerja kursus
* menyambung kembali pembacaan
* penulisan dah terlalu lama tertunggak (Ya Allah)
* tenangkah hati dan fikiran...

*berbaki beberapa bulan.. rasa itu akan terluahkan? 

Saturday, 14 January 2012

Syukur Allah tidak melupakan aku hambaNya yang lemah
Pada setiap derapan langkah hidupku
Allah tidak putus-putus menurunkan ujian buatku
Itu tanda sayangnya padaku
dan supaya aku tidak leka daripada mengingatiNya..
Walau aku sering dilanda rasa futur yang maha hebat..

Ya Allah, hanya Engkau tahu..

Thursday, 12 January 2012

Ya Allah,
jika ikhlas niatku dalam mengerjakan amanah di dunia
maka iringilah setiap langkahku dengan nikmat pahala
jika aku sebaliknya,
maka yang mengalir hanyalah titis keringat yang tiada makna.


p/s: =(