Tuesday, 18 October 2011

Emosi terganggu sebelum ke mesyuarat...
Bagaimana tidak terganggu.
Skop tugasan yang sepatutnya diedarkan malam ini banyak yang salah.
Bayangkan ratusan kertas dibazirkan begitu sahaja.
Maaf teman serumah.. Emosi luar kawal sebentar tadi.
Sekarang dah ok..

Masa untuk siapkan kerja.
Duhai blog, terima kasih sudi mendengar segala rintihan tuanmu ini..
=)

p/s: hadiah hari lahir mama dan adik..

Monday, 17 October 2011

Sekali lagi terkena...
Hanya Engkau yang mengetahui Ya Allah..
Aku kembali diam..
Sekadar peringatan....

Cuba sedaya upaya untuk duduk di dalam kasut orang lain..
Rasailah kepayahan mereka..
Terkadang mereka dalam dilema..
Antara ingin membuat keputusan itu atau ini..
Antara ingin mengikut cakap dia atau dia..

Renungi sedalamnya..
Kerana kita cuma manusia biasa..

Maaf atas segala kekurangan yang ada...

Sunday, 16 October 2011

Alhamdulillah selesai Terasing..
Sehari setengah cuma..
Ceritanya banyak membuatku berfikir..
Tentang ukhuwah dan juga erti cinta pada manusia berlandaskan syariat Allah..

Usah biarkan manusia secara terasing..
Kerana boleh jadi mereka berubah menjadi yang lebih buruk...


p/s: Menyulam Cinta Fansuri... Perlukan buku... Bila hendak membeli lagi?
=)
tidak mampu untuk diluah secara lisan kerana aku bukan insan sebegitu..
segalanya luahan hanya mampu diterbit melalui tinta...

kepada kalian (adik-adik junior), terima kasih yang tak terhingga di atas kebaikan yang terlalu BANYAK..
-Ammar
-Fathul
-Najib
-Fahmi
-Sanisha
-Ika
-Paen
-Anis

Jua buat kalian sahabat sejati..
- Zura
- Ija
- Anie
- Alin
- Seeza
- Awin
- Afidatul

Terima kasih atas segalanya...Susah senang kalian tetap bersama. Segala makan, pakaian dan semuanya dijaga dengan baik walaupun daku sering menyusahkan kalian terutama sewaktu sakit. Daku sayangkan kalian kerana Allah..Terima kasih Ya Rabb atas kurnian insan2 ini. Moga mereka semua sentiasa di bawah lembayung rahmatMu..

p/s: untuk kalian... bibir tidak akan bisa berbicara seperti ini. Justeru, hanya pena yang mampu mengungkapkan..

BuatMu Kakak Tersayang

Masih berbaki 2 minggu
Buatmu kakak tersayang,
bait-bait ini tidak pernah diluah secara lisan..
namun hatiku sering menuturkan
terima kasih buat anda
bersyukur aku tidak terhingga..
orang sayangkan anda..
sayang apit, ayeh, ajik, mama dan abah
sekali lagi, moga dipermudahkan segala urusan..
amin

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Mengumpul segala kekuatan yang ada..
Biar begini adanya..
Moga aku kembali seperti sediakala..
Wajah suka. gelak tawa menutup duka dalam jiwa.
Terima kasih Ya Allah
Engkau kurniakan aku dengan kehadiran mereka..

=)
=)
Sakit itu datang kembali..
Sakit yang kusangka telah hilang setahun yang lalu.
Lantaran aku melengahkan masa untuk tidak bertemu doktor..
Kuharap ini adalah sakit biasa..
Bukan lagi sakit belakang tahap kronik macam dahulu..

Ya Allah, kuterima...

Saturday, 15 October 2011

Untukmu kakak,
Semoga dipermudahkan urusan bersalinmu..
Jujur orang teramat risau..
Moga dikurniakan anak yang solehah..
Saya sayang anda kerana Allah...
Sedari hakikat bahawa terlalu baik dengan orang itu bisa membawa padah..
Bisa tersebarnya fitnah...
Aku mencari-cari jawapannya hingga kini...